Friday, July 10, 2015

#KK1Bigfamily Part 1 - interview

"Naa..sy dapat dah call daripada pejabat KK1 cakap suruh gi interview jaksa. Awak boleh dok?"

"Eh, tak dapat pun. Serious ah?"

"Serious.esok kot dia call."

"Oh ok."

Esok. Masih tak dapat call. Rasa sebak pulak sebab berharap sangat nak jadi Jaksa KK1. Ha gigih kan?

Bukak mesej.

"Salam akhi, izmira tak dapat jadi jaksa pun rasanya. Interview pun pun tak dapat. Kawan dah dapat call semalam. Sedih lah."

Tak sampai lima minit dapat reply message.

"Wslm. Takpe izmira, takde rezeki dekat situ agaknya tu. Rezeki izmira ada dekat persatuan lain ni insya Allah. Sabar ya? :)"

Tersenyum. Betul jugak tu. Rezeki ada dekat tempat lain. Rilek ah. Apedehal. Insya Allah, ada rezeki tak ke mana.

Malam tu, ada khabar daripada senior. Katanya dia mencari calon untuk biro akademik untuk satu persatuan lain. Pada pendapat nya, aku layak untuk posisi tu. Tergamam sekejap. Macam tak percaya je biro akademik. Agaknya mungkin ini rezeki yang Allah tunda.

Keesokan harinya, dapat call daripada pejabat KK1 ! Alhamdulillah dapat temuduga. Double triple rezeki Allah kasi ! ^^

Hari temuduga pun berlangsung. Tak ingat tarikh, tapi malam lah yang pasti.
Pergi berdua dengan kawan.
Sampai pejabat terus dijemput masuk ke ruang menunggu. Dalam tu dah ramai dah orang lain. Semua muka tak kenal.

Yang ingat, kak jannah bawak botol besar masuk dengan muka blur tak bersalah dia.

Budak botol besar..haha.

Pastu ada rasydan. Kak imah pun ada tapi tak kenal lagi time tu so blurr sket. Haha. Perasan ada budak lelaki pakai blazer siap pakai songkok. Skema betul. Luls. Siapakah beliau?

Cuak ? Agak lah. Tak lama kemudian, nama dipanggil. Aku, mahirah dengan fazrul akmal.

Dalam bilik temuduga tu ada tiga orang.
Sorang tak kenal. Sorang lagi tak kenal. Sorang lagi pun tak kenal. Haha. Semua tak kenal lagi. Pastu diorang perkenalkan diri.
"Selamat datang. Saya pengetua KK1, dr. Khairunneezam. Ni felo encik hafiz dan encik faiz."

Dan kemudian temuduga bermula. Cuak  dia tahap rasa macam nak tutup muka tapi macam biasa, konfiden itu perlu. Haha.
Dr. tanya macam macam. Kenapa nak jadi jaksa, apa kamu nak bawa dalam kk1, kalau ada masalah, kamu nak buat macam mana. Dan macam-macam lagi lah.
Dr tanya aku, kamu nak jawatan apa?

Terus teringat masa nak tanda jawatan dekat borang, afiq suruh tanda dekat timbalan pengerusi terus. Konfiden tahap apa je kan iols. Patutnya jadi lah biro ke apa. Haduhh. Budak law memang konfiden hahah. Tak sangka pun dapat sebab hajatnya tak kisah pun nak jadi apa.
Aku cakap, "insya Allah, kalau diberi peluang, timbalan pengerusi."

Pastu dr tanya lagi,

"Kalau saya jadikan awak pengerusi saya, awak nak tak?"

Pergh soalan psiko level tinggi dr neezam ni. Dr kan lecturer kaunseling kau skali kena soalan maut camni, terus konfiden aku jawab,

"Untuk jawatan pengerusi tu, rasanya lebih aula bagi dekat muslimin..sebab dalam islam, selagi ada lelaki dalam satu kelompok manusia , lebih aula lelaki yang diangkat jadi pemimpin. Lagipun ar-rijalu qawwamuna 'alannisa'..mungkin boleh lantik fazrul jadi pengerusi?" (tengok fazrul sambil senyum sinis) ngeh3~ kang kalau cakap boleh je jadi pengerusi kang terkejut semua orang. Poyo nye lah minah niii. Penyokong tegar gerakan feminism ke apa? Oh tidak. Haha.

Akhirnya habis interview. Keluar-keluar tengok ada AO. Rasanya hari tu cakap dah nak bersara. Pastu, dr neezam belanja kami air teh ais dengan apa tah. Bungkus bungkus bawak balik. 

Fazrul hulur, baik pulak ha.
"Nah, amek la air ni. Bawak balik."

"Oh terima kasih. Adik first year eh?" jawab aku selamba sambil amek air.

"Eh taklah, saya second year."

"Ingatkan first year tadi.mati-mati ingatkan first year" -mahirah menambah.

"Aah kan, sebab muka familiar macam budak first year. Macam pernah nampak." ayat cover aku sambil buat muka innocent.

ketawa.

Seriouslah ingat fazrul budak first year.

Sebelum balik, borak dengan aisyah. Ingat muka aisyah je. Tu pun sebab ramah sangat aisyah ni. Dan muka aisyah macam muka idayu imtiaz dulu. Lembut je air muka. :)

Balik dari interview, singgah makan kfc. Maklumlah, letih jana tenaga perah otak jawab soalan psiko dr tadi. :D

balik dalam pukul 12 lebih. Kena tegur dengan pakgad kknc.

"Kenapa kamu balik lambat ni? Tau tak pukul berapa peraturan ?"

"Tau. Tapi tadi kami pergi interview jaksa KK1 pakcik. Bukan sengaja balik lambat."
*aku buat muka minta simpati macam kucing mata bersinar-sinar*

"Ha ok, pergi masuk."

Yeay lepas !

Dugaan.

Saturday, August 31, 2013

Lambaian Qalbi

Damba kasih  1:
“Tengku! Meh sini jap” Farhana separuh berbisik. Senaskhah cerpen dipegang erat.
“Ya, ada apa kak?” soal tengku sambil membetulkan kopiah yang dipakainya. Suasana dewan makan itu riuh rendah dengan pelajar-pelajar yang sedang menikmati juadah minum malam.
“ni, tolong bagi dekat afif, boleh?” Farhana menghulurkan naskhah yang dipegangnya lantas disambut oleh Tengku.
“ni cerpen yang afif nak tu ke?”
“aah, baru siap tadi.Haha.mana dia? Tak nampak pun. Tadi janji nak datang jumpa akak pukul 11.ni dah lewat dah ni.”
“entah, dia ada dekat atas rasanya.” Ujar tengku sambil melihat kea rah jam tangannya. Waktu menunjukkan pukul 11.25 malam.Farhana menarik muka masam. Sedikit perasaan kecewa berbekas di hati.
“Akak pergi letak barang jap. Boleh tak awak bagitau afif, akak tunggu kat sini. Nak jumpa dia jap.sebelum pukul 12 tau?”
“okay kak.” Tengku segera berlalu pergi.
Farhana mengambil beg miliknya lalu melangkah perlahan menuju ke asrama puteri. Usai meletakkan beg di dalam kelas, dia melangkah kembali menuju ke dewan makan. Satu gelas plastic dicapai dari dalam bakul lalu diisi dengan air mineral yang sudah tersedia di sisi dewan. Dia meneguk air itu perlahan-lahan. Detik makin berlalu, tapi kelibat insan yang ditunggu-tunggu masih belum tiba.
Jam sudah menunjukkan pukul 12.10 malam. Farhana mula menapak langkah menuju ke             asrama. Dia berasa geram. Penantian itu satu penyeksaan. Tambahan pula, dia bukan seorang yang suka menunggu. Apapun, dia tetap bersangka baik. Afif mungkin sibuk dengan kerja rumah yang perlu disiapkan. Dari tepi koridor, kedengaran tengku memanggil namanya.
“Ya?” Farhana menyahut. Dia berhenti lalu berpusing menghadap tengku.
“Akak dah jumpa afif? Dia kata nak jumpa akak.”
“Entah lah, dari tadi akak tunggu. Tapi tak turun-turun pun. Takpe lah tengku. Akak pun mood tak berapa nak okay ni, kang termarah awak tak pasal-pasal pulak.”
“Akak...tunggu la kejap.”
“Takpe la, ok tengku. Bye.” Dia segera melangkah laju meninggalkan tengku yang sedang terpinga-pinga sambil menggaru kepala. Mungkin aneh dengan sikap seniornya yang agak dingin itu. Dalam kegelapan malam, farhana menyeka air mata yang bergenang. Mungkin kerana terlalu letih dengan kerja pada siang tadi membuatkan perasaannya menjadi terlalu rapuh pada malam itu. Tiba-tiba kedengaran tengku melaungkan namanya. Namun dia tetap tidak mempedulikan laungan itu dan terus melangkah memijak anak tangga.
Setibanya di tingkat satu, farhana mengintai melalui ruang kosong di tepi asrama. Kelihatan dari jauh tengku sedang berjalan dengan Afif. Timbul rasa bersalah dalam hatinya.tak semena-mena dia telah menyusahkan afif dengan kerenahnya malam itu. Farhana segera melangkah masuk ke bilik warden.Sungguh, dia rasa bersalah, rasa bersalah yang teramat. Drama apakah ini?

“Pastu Kak hana?” soal Afaf ingin tahu. Farhana tersenyum.
“Pastu esok tu jumpa afif kat bawah. Dia mintak maaf dengan kak hana sebab dah buat kak hana tunggu lama. Dia rasa bersalah la tu. padahal akak yang salah. Entah, saja la tu nak berdrama. Haha.”
“kelakar la pulak, macam dalam drama.” Ujar afaf sambil ketawa.
“Amboi, sedap tu gelakkan orang. Ni sinetron je. Takleh lawan la kisah awak, kan novel lagi tu. lagi hebat!” usiknya sambil menjeling kearah afaf.
“Kak Hana!!” getus Afaf malu. Tangannya laju mencubit lengan seniornya itu.
“Eh! Sakit laaa afaf! Hahaha”
Lafaz yang tersimpan 2 :

Afif, bila ingat balik semua kenangan masa debat dulu, masa forum semua tu. rasa sedih pulak. Kan Tengku?” Ujar farhana. Mereka bertiga berbual di bangku berhampiran dengan pondok di koridor menuju ke bilik guru.
“Betul tu kak, banyak kengan kita bersama.” Ujar tengku perlahan.
“Kak hana ingat semua yang berlaku, memang takkan boleh lupa la. Afif dengan bidadari dia tu. Ayie dengan epa, raja , semua laa... betul tak afif?soal farhana kembali.
“bidadari apa ni kak?” afif membuat ekspresi muka yang sedang keliru.
“Eleh, buat tak tahu laaa pulak!” ucap farhana, lantas dia dan tengku ketawa melihat afif yang tersengih macam kerang busuk.
“sedih pulak nak tinggal kalian kat sini. Semua dah macam adik sendiri. Siapa tak sedih.” Farhan kembali bersuara, meluahkan rasa di hati.
“kita pun dah anggap kak macam kakak sendiri.” Tengku menjawab ringkas.
“rilek la kak, kita kan family. Usrah kan, kitorang akan selalu contact akak.” Ujar afif, lantas berdiri di sebelah tengku. Tengku mengganguk.
“ya, kita usrah. Akak, afif, tengku, dengan afaf. “ ujar farhana terharu bercampur gembira. Ya, mereka sudah rasminya menjadi satu usrah yang akan sentiasa bersatu sampai bila-bila. Mereka saling tersenyum antara satu sama lain.
**************************************************************************************

Seminggu berlalu, hubungan mereka makin lama makin akrab. Farhana dan afif juga sering bertukar pendapat mengenai hal-hal yang berkaitan dengan kemaslahatan mereka semua di sekolah. Begitu juga dengan Afaf dan tengku. Mereka berempat sering membantu antara satu sama lain. Afif dengan tengku manakala Farhana dengan Afaf. Usrah ini menjadi tempat mereka saling berbincang dan berkongsi suka duka yang di alami.
 “Tengku, usrah dah ada, nak buat panggilan macam family lah, nak?” Farhana mencadangkan satu idea yang muncul dari benaknya.
“boleh jugak tu. panggil tengku, qifa!” sahut tengku bersemangat.
“laju je dia. Haha. Afif?” farhana menoleh kea rah afif yang hanya tersenyum.
“saya tak kisah, ikut kak la nak panggil apa.”
“afif jadi abang long lah.Afaf kak long. Ke camne kak?” ujar Tengku bersemangat.
“aah boleh jugak tu.” jawab farhana sambil tersenyum penuh makna ke arah afif.
“ikut lah, boleh je. Dah tu, akak pulak apa?” balas afif ringkas.dia membetulkan kaca mata yang dipakai.
“akak, panggil kakyong lah.okay?”
“okay. Abang long, Kak Long, Kak yong dengan Qifa!” ucap qifa bersemangat.
“eh jap, panggil kakyong, kakngah la, sebab dalam family panggil kakngah.” Farhana bersuara sambil mengerutkan dahi.
“ok la kakngah pun.” Afif tersenyum.
“tukar balik la. Kakyong macam lagi special. Hehe.” Farhana meniup muncung tudungnya smbil membuat muka skema.
“ye lah kak yong!!” ujar qifa lalu ketawa.
“bagus, qifa memang bagus. Haha.” Farhana mengipas-ngipas tengku menggunakan fail yang dipegangnya.
“Jom makan kakyong.” Ucap afif lalu mereka bertiga melangkah menuju ke cafe.
**************************************************************************************
  Usai sambutan hari raya di sekolah, tengku, afaf, afif dan farhana beserta nik melangkah menuju ke kelas tingkatan empat. Kamera dslr milik tengku dipegang oleh farhana. Ketika nik dan afaf melangkah masuk ke kelas, farhana segera menahan tengku dan afif.
“Jap, awak dua orang stay dekat situ. Bila kakyong suruh jalan baru jalan ok?”
“nak record ke kakyong?” soal afif.
“aah.” Ucap farhana, lalu dia mengambil tempatnya dari sudut sisi.
“ok, satu..dua..tiga..jalan!” ujar farhana. Lensa kamera segera dikawalnya. Dengan perlahan-lahan mereka melangkah menuju ke kelas. Setibanya di tempat telefon awam, farhana sekali lagi memberikan arahan, seperti seorang pengarah filem terkemuka.
“kita start dekat sini..qifa buat-buat la macam baru jumpa abang long. Maklumlah hari raya. Kakyong nak buat video ni.”
“oohh..no hal.” Ujar qifa. Afif dan qifa memainkan peranan.
“okay , satu, dua..tiga!”
“ abanglong ! apa khabar, lama tak nampak. Selamat hari raya.” Ujar Tengku sambil berpelukan dengan afif. Pandai sungguh mereka berlakon.
“qifa! Alhamdulillah, selamat hari raya.” Afif menjawab sambil membalas pelukan Tengku.
“so camne abang long sekarang?”
“camni lah, sibuk memikirkan hal semasa. Kita melihat pada perkembangan teknologi dunia masa kini, memang kena..”
“cut! Eh abang long. Apa pulak abang long merepek tu. ni hari raya.mana ada orang cakap berwawasan tinggi camtu. Tau lah bakal YB!” ujar farhana sambil menggelengkan kepala. Qifa ketawa terahak –bahak manakala afif tersengih.
“kak yong tak cakap awal-awal. Takpe, kita buat sekali lagi.” Ujar afif cuba cover line.

   Mereka merakamkan sekali lagi babak itu, lalu disambung dengan babak kaklong bertemu dengan kakyong. Nik dilantik menjadi juru kamera peribadi. Pelbagai babak dirakamkan seperti perbualan mereka  berempat di hari raya dan juga merakam potret raya keluarga, yang kelakarnya, video itu berlatar belakangkan kelas tingkatan empat itu. Setibanya di rumah, farhana segera mengedit rakaman-rakaman itu menjadi sebuah video yang mempunyai jalan ceritanya yang tersendiri. Walaupun durasinya hanya empat minit lebih. Tapi sudah cukup membuatkan gadis itu sebak melihatnya. Sebak dan terharu, kerana dia mula dapat merasakan kemanisan ukhuwah dan keakraban mereka berempat.

“eh, makan lah kfc ni.” Tutur Farhana sambil menghulurkan sekotak ayam goreng yang dibawanya untuk dijamu bersama-sama usrahnya dan juga ayie beserta raja. Hari itu merupakan hari terakhir dia berada di sekolah sebelum menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam syariah dan undang-undang di usim pada 2 haribulan September nanti. Farhana mengambil segala kesempatan dan ruang yang ada untuk bersua muka dengan usrahnya disitu, sebelum menanggung rindu kerana terpaksa berpisah selama lebih lima bulan semata-mata untuk berjihad menimba ilmu di tempat yang lain. Mereka berenam menikmati hidangan itu di dewan makan, sejurus selepas minum malam.
“terharu la tengok video raya dengan video usrah yang kakyong edit ni, kakyong.” Ucap qifa sambil matanya leka menonton video tersebut melalui tab milik farhana.
“camne, komen la sikit, okay tak kakyong edit?” soal farhana sambil tangannya membuka paket sos yang dikongsi bersama afaf.
“best!” ucap tengku ringkas.
“hebat ah. Kak guna software apa?” Ayie menambah.
“alaa, guna windows movie maker je la. Yang video lama tu guna application apa tah, lupa. Tapi online punya la.” Jawab farhana singkat.
“owh, nanti bagitau la software tu dekat saya ea?” pinta ayie sambil mengunyah ayam goreng kfc itu dengan penuh selera.
“orite. Ala, makan la dulu, abang long, qifa. Makan ni . pasni kita amek gambar pulak..kan raja?” pelawa farhana.
“bereh kak.” Jawab raja .
Farhana berbual mesra dengan afaf sambil sekali sekala mengusik mereka yang berada di situ. Akan tetapi, selepas itu afif dan tengku kelihatan agak muram. Mereka lebih banyak mendiamkan diri. Afaf dan farhana sendiri berasa aneh.
“afaf, kak yong ada salah cakap ke tadi?” Farhana berbisik kepada afaf.
“ntah, rasanya takde pun. Diorang sedih sebab kakyong nak gi ipta dah kot? Sedih la tu lepas tengok video tu.” balas afaf, juga berbisik, risau didengari oleh afif.
“alaa, tak kan la nak sedih camtu..” farhana dan afaf memandang afif dan tengku yang memang senyap, tidak bersuara sejak tadi manakala ayie dan raja pula agak ceria pada malam itu.
**************************************************************************************

Keesokan harinya, tepat pada jam 5.30 petang, mereka berempat berkumpul di dalam kelas tingkatan empat untuk bertemu buat kali yang terakhir. Afaf menghulurkan keychain yang dibelinya di Melaka khas untuk farhana. Lantas mereka mula berbual mesra.
“kakyong nak mintak maaf dekat kaklong, abang long dan qifa. Atas segala salah silap, mintak halal semua yang kakyong ambik, guna, termarah dan semua lah . ye?” ucap farhana perlahan. Dia tersenyum lantas ketawa kecil. sekadar cuba menghilangkan perasaan sedih dihati.
“saya mintak maaf jugak kat kakyong, terima kasih banyak-banyak.” Ujar Afif.
“betul tu kakyong. Saya mintak maaf jugak.” Sambung tengku.
“saya pun kakyong, terima kasih banyak-banyak ye?” tambah Afaf.
“apa lah sangat nak berterima kasih dekat kakyong. Kalau nak bandingkan dengan ukhuwah yang kita ada pada hari ini, tiada satu pun jasa-jasa kakyong yang lebih berharga daripada usrah kita pada hari ni.” Jawab farhana perlahan. Tengku menundukkan kepalanya. Afif hanya termenung. Afaf mencapai tangan farhana lalu digenggamnya erat. Sekali lagi, suasana sebak menyelubungi setiap pelusuk tempat itu.
        
**********************************************************************************

“Kak yong, sebelum balik jumpa saya dulu ea?” pesan Afaf selepas selesai majlis penutup program bersama SMA putra di dewan ulul albab itu.
“insyaAllah..” jawab farhana sambil tersenyum. dia mengorak langkah menuju ke bilik guru manakala afaf dan epa menuju ke kelas untuk sesi permbelajaran.
    Farhana membantu ariff,izzat, dan fakhrul menanda kertas kuiz bahasa inggeris tingkatan satu. Sambil menanda kertas, mereka berbual-bual mengenai  kenangan pada waktu persekolahan dahulu. Ketiga-tiga lelaki itu adalah junior farhana semasa mereka masih lagi menuntut di imtiaz. Sekarang kesemua mereka telah menyampung pengajian di ipta-ipta terkemuka di luar Negara. Tambahan pula, ketiga-tiganya bakal menyambung pengajian dalam kos medic. Sekali sekala, mereka ketawa apabila membaca jawapan adik-adik pelajar tingkatan satu yang tersilap grammar.Farhana melihat kea rah jam yang terdapat id telefon bimbitnya. Sudah pukul 11.30 pagi. Mana agaknya afaf sekarang. Tinggal setengah jam lagi sebelum dia pulang.
      Kebetulan,dari tepi kelihatan afaf sedang berjalan bersama-sama rakan sekelasnya, menuju ke makmal kimia. Farhana meletakkan pen merah yang dipegangnya lalu memanggil afaf.
“Allahurabbi..Afaf!” panggil farhana, separa kuat. Bimbang mengganggu pelajar tingkatan tiga yang sedang belajar di kelas yang berhampiran.
“eh, kak yong, nak balik dah ke?” ujar afaf lalu melangkah menuju ke arah farhana.
“lebih kurang, nak beransur-ansur dah ni.”
“alaa, hmm. Mintak maaf banyak deh. Jaga diri kat sana tu.” pesan afaf lalu memeluk erat kakaknya itu.
“awak pun. Study elok-elok..jaga usrah kita. Kalau rindu ke, call la kakyong.”
“insyaALLAH..”
Mereka berbalas pelukan, lalu farhana bersalaman dengan nik dan epa yang turut berada di situ.
Usai bersalaman, farhana kembali menyambung kerja yang tertangguh. Selang beberapa minit, terlihat kelibat tengku melepasi kawasan di hadapan bilik guru itu.Lantas Tengku melangkah menuju ke arah farhana.
“Qifa, dah nak balik dah ni.”
“laa, awalnya, kenapa tak balik petang ni je?”
“ala, nak beli barang sikit dekat jerteh tu pasni. Abang long mana?”
“qifa nampak abang long dekat kelas dia tadi. Tak tau la tu, sibuk kot.”
“ohh, takpe la. Kirim salam dekat dia, thanks, and thank you so much akhi.” Ucap farhana sambil tersenyum. matanya berkaca, tapi segera di manipulasi diri dengan mood ceria yang dibua-buat. Maklumlah, ariff dan yang lainnya turut berada disitu.
“ok kak, mintak maaf jugak. Nanti call tau?” ujar qifa tersenyum , lalu melangkah pergi dari situ. Tidak berapa lama selepas itu,Farhana segera mengemas barangnya di dalam bilik guru. Dia mencapai beg tangan milik di atas meja lalu menuju ke luar. Ustazah dan tiga rakannya sebentar tadi sudah siap menunggunya di dalam kereta. Dia tersenyum ke arah mereka,sambil membuka pintu kereta di tempat duduk hadapan.lantas, pintu ditutup perlahan.
“bismillah...” bisiknya, perlahan.
Kelihatan pacuan empat roda itu meluncur laju melintasi pintu pagar sekolah, meninggalkan bangunan yang megah dan seisinya yang telah membekaskan kenangan-kenangan yang indah. Farhana meraup wajah.

“Selamat tinggal, usrah. Berpisah itu hanya seketika, moga kita berjumpa lagi di lain masa,insyaAllah.” Monolog sang hati.


Sunday, July 28, 2013

Nota Cinta

 “Arifah, sekarang pilih siapa yang awak nak untuk jawab soalan seterusnya.” Ujar cikgu suhaila. Subjek matematik tingkatan empat kelihatan lebih mencabar daripada tahun yang sebelumnya. Arifah memandang sekeliling. Sebagai seorang pelajar baru di sekolah itu, dia kurang mengenali rakan-rakan sekelasnya.
“Afaf..” ujarnya ringkas.
“Lelaki la pulak. Tadi kan dah perempuan. Cepat pilih lelaki sorang.” Jawab cikgu Suhaila.
“Hayi.” Nama lelaki yang dikenalinya melalui majalah sekolah itu disebut tanpa ragu-ragu. Kebetulan rakannya di sekolah lama dahulu telah memperkenalkan bakal rakannya di sekolah yang baru ini melalui majalah sekolah,tambahan pula, Arifah hanya mengecam Hayi yang duduk di hadapannya. Seisi kelas berasa aneh kerana apabila dia menyebut nama itu.
“Ehemm..Ayie tu..” kedengaran suara budak-budak lelaki yang lain mengusik.
“Okay dah,,Arifah boleh duduk.Hayi, jawab soalan seterusnya.” Ujar cikgu Suhaila, mengubah angin agar tidak menjadi taufan.
Usai kelas, beberapa orang pelajar perempuan mendekatinya. Masing-masing tersenyum penuh makna.
“Epa! Macam mana awak boleh kenal Ayie? Ada apa-apa ke?” ujar mereka.
“Mana ada, saya kenal melalui majalah sekolah kawan saya dulu. Kawan saya tu kawan kepada Ayie. Kenal sikit-sikit , alaa, sekadar cam muka je lah.” Ujar Epa malu-malu.
Arifah segera melangkah keluar daripada kelas melalui pintu masuk belakang. Sekarang waktu rehat, jadi dia ingin menuju ke dewan makan bersama-sama rakan sekelasnya.
“Ehh!” ujarnya apabila dia hampir dirempuh oleh satu susuk tubuh yang tidak dikenali di pintu hadapan. Lelaki itu segera berpaling menghadapnya.
“Arifah, sorry2!” Ujar Ayie lalu segera tunduk. Epa menggeleng lalu segera pergi dari situ.
“Epaaa! First day dah macam tu. so sweet !” Usik Raja Najihah, sambil mengerling ke arah Ayie yang berada di muka pintu. Ayie segera melangkah masuk kembali ke kelas, cuba menahan jantung daripada tercabut.
“buat malu je. Aishh..” monolog hatinya. Dia mengintai Arifah melalui tingkap. Namun kelibat gadis baru itu sudah tidak kelihatan.
“Ayie! Intai sape tu haa?” usik tengku sambil ketawa.
“Takde sape, intai Teacher Ramlah, lepas ni kan masa dia.” Ujar Ayie lalu dia segera mengambil tempat di kerusinya smabil mengeluarkan buku teks kimia.
“Elehh, ye la tu..padahal dia intai budak baru tu.” Tengku kembali mengusik.
“Mana ada, tak payah nak pandai-pandai sangatlah Tengku.” Ayie membuat muka protes, seumpama malu tapi mahu.
****************************************************************************
“itu first time saya kenal dia, Kak Hana. Orang kata, dari mata turun ke hati.  Lagipun, saya tak pernah suka pada sesiapa sebelum ni, bila hadirnya dia, saya rasa lain.” Tutur Ayie mesra. Farhana mencatat setiap bait yang dilafazkan oleh ayie menerusi mata pena. Novelis muda itu seakan dapat menyelami hakikat sebuah cerita yang sedang di rungkaikan oleh pemilik cerita itu sendiri.
“Rasa macam mana?” Soal farhana kembali.
“Rasa bahawa dia jodoh saya.”  Ayie tersenyum, lalu dia tertunduk malu.
“Bagusnya. Kak Hana masih ingat saat baru kenal awak, masa tu kak Hana dah kenal Epa.sebab Epa kan satu group Quran bawah halaqah Kak Hana.” Ujar Farhana ceria. Lantas memori belasan tahun yang lampau tersingkap kembali.
“eh, awak bukan budak debat kan?” Ujar guru muda itu ke arah seorang remaja lelaki yang lengkap berpakaian jubah putih dan kopiah.
“Bukan, tapi saya tak exam lagi math, saya ada hal pagi tadi. So cikgu Suhaila suruh saya exam sekali dengan budak-budak debat. Boleh Kak Hana?” Ujarnya sambil menjelaskan situasi yang sebenar.
“Oh, takde masalah la kalau macam tu. tapi awak kena ikut saya pergi bilik guru ambil soalan extra, sebab saya amek cukup-cukup untuk budak debat je ni. Nah , tolong bawak beg laptop saya, boleh?” Farhana menghulurkan beg laptop miliknya kepada Ayie.
“Beratnya, kenapa tengok akak ni bawak tadi tak nampak pun macam berat.” Komen Ayie dalam hatinya.
“Kenapa?” soal Farhana tiba-tiba.
“Eh takde apa kak. Hehe.” Ayie tersengeh sambil mengekori ex-seniornya itu ke bilik mesyuarat.
“Okay, masa tinggal dua minit. Dah pukul 12 malam dah ni. Hantar lah, Kak Hana nak balik pulak ni.” Ujar Farhana sambil meraup muka. Sudah pasti dia berasa mengantuk kerana terpaksa berjaga sedari pagi sehingga ke lewat malam.
“Tengku, Amir, Zainul..siap dah? Soalnya pendek.
“Dah, jap Kak Hana, nak check.”ujar Tengku. Zainul dan Amir hanya mengangguk.
“Raja, dengan awak , yang pakai spek tu, dah siap?”
“Dah, tapi kak hana, raja tidur.” Ayie menjawab smbil menggoncang bahu Raja Haris.
“Bangun laa Raja, kunci dekat sini kang.” Seloroh Farhana.
“Jap, awak nama apa ea? Macam pernah nampak laa.” Farhan atiba-tiba bersuara sambil memandang Ayie.
“saya? Ayie.”
“Awak ada kakak ke kat sini?”
“takde, kenapa kak hana?”
“macam pernah nampak laa awak ni.”
“Kak cuba tengok elok-elok muka ayie ni, ada serupa dengan seseorang budak form 4 ni. Bakal isteri dia.” Raja menambah, cuba mengusik Ayie. Farhana merenung wajah Ayie.
“Muka awak macam epa kan?” Getus Kak Hana sambil tersenyum.
“Tepat dah tu, bijak kak.” Ucap  Zainul. Raja dan tengku ketawa sambil memandang ke arah Ayie.Ayie menutup mukanya menggunakan kopiah.
“Mana ada lah kak, kebetulan je tu.” Ujarnya menutup malu. Lantas mereka berenam berjalan beriringan menuju ke koridor. Tiba-tiba Farhana ketawa.
“Kak okay tak ni? Tiba-tiba je ketawa.” Tegur Amir.
“Ok..tapi ayie ni, kenapa jalan sama je macam epa? Awak ni sebijik macam epa lah!” Farhana bersuara dalam tawa.
“memang dah, suami isteri haruslah sama kak, akak ni buat-buat tanya pulak.” Raja menyindir, sekadar menghangatkan suasana.
“Ala, kak  Hana tanya je lah.” Farhana mencebik. Ayie ketawa gembira. Serentak dengan itu, Amir segera bersuara.
“Kak, apa yang bertenggek dekat tangki air tu? macam tengah lambai dekat akak je!” Ujar Amir sambil menunding jari ke arah tangki air. Farhana segera berpaling sambil menutup telinganya.
“Amir!!!!”

***************************************************************************
 “Ayie, ingat tak lagi masa kita berlatih forum dulu, yang Epa masuk pidato tu?” Kak Hana kembali menyoal.
“Ingat, kenapa?”
“Ingat tak yang akak ajak awak dengan dia amek gambar sekali tu?”
“hehe..mestilah ingat. Semangat saya suruh zainul dengan Tengku tunggu saya.” Ujar Ayie sambil mengembungkan pipinya.
“Ala, tak payah nak buat muka cute sangat la Ayie!” Ujar Kak Hana sambil ketawa. Ayie cuba mengingati kembali saat itu.
Selesai latihan forum, kesemua peserta mengemaskan barang masing-maisng sebelum menuju ke dewan makan untuk minum malam. Kak Hana yang kebetulannya sedang mengambil gambar bersama-sama pelajar perempuan dengan menggunakan webcam miliknya segera memanggil Ayie.
“Ayie meh laa..Epa ajak amek gambar sekali!” Laung kak Hana kepada Ayie yang berada di muka pintu.
“Tengku, tunggu aku jap.” Bisik Ayie kepada tengku. Tengku segera mengambil beg Ayie lalu berjalan menghampiri Zainul.
Usai Ayie, Kak Hana dan Epa mengambil gambar, Raja, yati, nik dan ila yang melihat gambar itu segera ketawa.
“Epaaa! Sweetnya awak dengan ayie.” Ujar yati.
“ohmaii ohmaii..sweetnyaa!” tambah raja sambil mencubit pipi epa. Ayie sudah terlebih dahulu berlari mengejar zainul dan Tengku.
“apa laa raja ni, apa yang sweet ntah.” Ujar Arifah sambil mengawal agar tidak tersenyum.
“Kak Hana nak simpan, nanti korang kawen, akak nak bagi gambar ni. Haha~” Kak Hana mengusik. Merah padam muka Arifah dibuatnya.
Farhana segera mencoretkan memori itu ke atas helaian kertas yang dipegangnya. Lantas dia kembali memandang wajah Ayie sambil tersenyum.
“Kak Hana sendiri rindu semua kenangan tu..best kan?”
“ya.” Ayie mengangguk. Hatinya sebak, kerana rindukan kenangan silam yang tidak akan pernah pudar walau dihanyut arus dan zaman. Dia membetulkan kaca matanya.
“Saya ingat lagi, masa dekat-dekat nak raya. Masa lepas SEM tu. Kan Kak Hana datang sekolah. Pastu masa kak balik, kak ingat tak lagi yang saya cerita dekat akak tu?”
“urm, yang awak cakap awak takut Epa tak suka awak. Awak takut bertepuk sebelah tangan kan?”
“aah, yang saya cakap dekat akak, mulai sabtu tu saya nak berubah.entah kenapa, memang saya rasa sedih sangat masa tu”
“awak cakap awak down tu kan?akak ingat laa, masa tu panjang lebar akak cuba bagi motivasi dekat awak. Nasib baik awak boleh hadam motivasi tu.risau jugak akak kalau doktor ni putus asa.” Farhana mengusik Ayie yang sedari tadi asyik tersenyum.
“mana ada laa kak, akak memang pakar motivasi terbaik lah!” selorohnya. Lalu mereka ketawa bersama-sama.
“Akak ingat lagi yang awak mimpi beri khutbah tu. Maknanya Allah masih lagi beri peringatan kepada awak, agar jadi hambaNya yang bertaqwa.”
“Betul tu kak..saya ingat lagi lepas tu, saya datang sekolah dengan niat yang baru. Nak jadi orang yang hebat, mukmin yang hebat akhlak dan Qurannya.”
“Mantaplah~ pastu macam mana kisah awak lepas tu?”
“dengan Epa ke?”
“Aah..camne korang dekat sekolah?”
“macam biasa je, tak pernah bercakap face-to-face ke apa. Sampailah lepas habis SPM tu..”
“awak lamar dia ke?” seloroh kak Hana sambil membulatkan matanya. Ayie mengangguk sambil tersenyum menampakkan lesung pipinya yang manis itu.
“Tapi kitorang nikah lepas saya dah habis degree. Masa tu saya jadi doktor, terus saya masuk meminang. Alaa , kan Kak Hana sendiri datang dengan suami kak hana masa wedding kitorang tu.”
“Aah, ye laa. Akak tak lupa. Sweet la korang..macam budak-budak kecik je.haha~” Farhana mengusik lagi.Kelihatan wajah ayie sudah merona merah.
“Alaa, akak ni..”
“Gurau je la.tapi comel apa~haha.jom lah balik, kita sambung esok pulak.” Farhana segera menyimpan warkah-warkah yang tercatat kisah kenangan lama itu di dalam fail miliknya. Walaupun sibuk dengan kes perbicaraan di mahkamah, peguam yang bergelar novelis itu sentiasa mengisi masa lapang dengan menghasilkan karya yang dibuat hasil kisah benar sahabat-sahabatnya. Biarlah berkarya melalui hati , pasti hasilnya jua akan memikat hati.
“Haa, alang-alang. Husband kak Hana sihat?”
“Alhamdulillah sihat..ada kat rumah tu , jaga Farhan dengan Farhana.Epa,Danish dengan dania sihat?”
“Sihat ..alhamdulillah~” Ayie tersenyum.
“Zainul dengan Afaf sekarang macam mana?” Ayie kembali menyoal.
“Kak Hana dengar zainul sekarang dah jadi YB dekat besut tu. Afaf macam biasa, doktor.
“Hebat lah zainul..memang sesuai la jadi YB.Tengku?”
“Tengku accountant. Alaa, pengantin baru tu tengah honey moon dekat Istanbul la sekarang. Haha~” Ujar Kak Hana sambil ketawa.
“hebatlaa...haha.”
“Jom balik Ayie.sambung esok pulak la cetusan idea ni.” Ajak Farhana.
“orite, jom gerak sekali?”
“okay.”
Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kereta masing-masing. Dua jam masa dihabiskan bersama-sama di pejabat milik Farhana di firma guamannya itu belum cukup untuk mengimbas kembali semua kenangan mereka bersama. Tengku, Zainul, Afaf, Epa, Raja, Ila, dan lain-lain, entah apa agaknya khabar mereka sekarang. Jauh di sudut hati, Farhana rindu untuk bersua muka dengan adik-adiknya itu.
“Ayie, nanti kirim salam sayang dekat Epa dan prince and princess tu tau?” Pesan kak Hana.
“insyaAllah, kak Hana pun, send my regards to your family.” Ujarnya sambil mengenyitkan mata.
“InsyaAllah, assalamualaikum~” Farhana mengakhiri perbualan sambil menghidupkan kereta.
“Waalaikummussalam.” Ujar Ayie sambil melambaikan tangan.
Serentak dengan itu, sebuah kereta BMW dan persona hitam meluncur laju meredah lebuh raya, menuju destinasi masing-masing. Yang pasti, perbualan itu akan bersambung lagi, esok atau lusa, dan hari-hari yang berikutnya. Masih banyak kenangan yang perlu diimbas dan diimbau kembali.


Ayie tersenyum,dan gadis itu telah pun sah menjadi miliknya.

Monday, July 22, 2013

Langkah Tercipta : Bab 1

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;
tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu,
mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka
diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan
untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih
suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.” (Albaqarah,ayat 24)


Afif memandang jam di dinding, jarum menunjukkan tepat pukul 4.30 petang. Sudah masuknya waktu bagi solat fardhu asar bagi kawasan Besut. Dia segera mengemas fail-fail yang bertimbun di atas mejanya. Walaupun bekerja sebagai seorang pegawai agama di pejabat agama daerah merangkap Ahli dewan undangan bagi parlimen Besut, dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya kepada Yang Maha Esa. Afif mencapai kunci keretanya lalu bergegas keluar daripada bangunan biru yang tersergam indah itu.

“Allahumma solli wasallim a’la..muhammad” telefon bimbit milinya berdering, menandakan ada panggilan masuk daripada satu nombor yang tidak dikenali. Afif segera menjawab panggilan tersebut.

“Assalamualaikum, ni YB Dato’ Zainul Afif?” satu suara kedengaran di hujung talian.
“Waalaikummussalam. Ya saya?”
“maaf mengganggu YB, saya Arif Afiq,setiausaha agong Barisan Nasional cawangan Kuala   Terengganu. Saya ingin menjemput YB ke satu program berbuka puasa bersama Perdana Menteri di Kuala Terengganu esok pada jam enam petang. YB dijemput untuk memberikan satu ceramah khas bersempena ramadhan.bolehkah YB hadir?” terang lelaki tersebut panjang lebar.
“Insya Allah, saya akan cuba untuk hadir.esok jam enam petang ya?” soal Afif untuk mendapatkan kepastian.
“Ya YB. Jemput datang bersama keluarga. Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, YB boleh hubungi saya kembali di nombor ini.”
“insya Allah..terima kasih ya.”
“terima kasih kembali. Maaf kerana telah menggangu masa yb.”
“tidak mengapa, assalamualaikum.”
“waalaikummussalam.”
Telefon bimbit itu dimasukkan ke dalam poket.Afif segera menghidupkan enjin kereta. Lantas, dia menuju ke masjid yang berdekatan untuk menunaikan solat asar sebelum pulang ke rumah.
Usai makan malam, Afif berbual dengan isterinya tentang pelawaan yang diterimanya sebentar tadi.
“Awak nak ikut tak abang pergi Majlis Iftar dekat Kuala Terengganu esok?” Soal Afif kepada isterinya.
“pukul berapa?” Afaf menyoal kembali.Mereka sekarang sedang berehat bersama-sama di ruang tamu.
“Pukul enam start. Tapi abang pergi lepas asar.sampai awal sikit insya Allah.”
“boleh juga.lagipun esok jadual saya tak padat sangat dekat hospital tu.” Jawab Afaf ringkas.
   Sebagai seorang doktor pakar di Hospital daerah Besut, Afif faham benar kesibukan kerjaya isterinya itu.Namun begitu, sejak menjadi doktor kira-kira setahun yang lalu.Afaf bijak dalam menyusun masanya agar dia tetap dapat meluangkan masa bersama anak dan suami yang tercinta.
***************************************************************************
“oleh itu, bersama lah kita hayati bulan ramadhan yang penuh berkah ini. Sesungguhnya, terdapat seribu satu kebaikan yang terkandung di dalamnya, rebutlah peluang yang ada,mungkin kita tidak akan berkesempatan lagi berjumpa dengan ramadhan pada masa yang akan datang. WallahuA’lam.sekian sahaja daripada saya,Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.”
Afif mengakhiri ceramahnya pada petang itu disambut dengan tepukan gemuruh daripada sidang dewan. Majlis berjalan dengan lancer sekali. Ramai juga ahli dewan undangan dun, parlimen dan negeri yang hadir ke majlis itu. Pendek kata, ramai ahli politik yang turut serta dalam majlis iftar bersama Perdana Menteri tersebut.
“YB, kenalkan, ini isteri saya.” Tutur Dato’ Asyraf, adun Dungun kepada Afif. Afif sekadar tersenyum. Dato’ Aasyraf baru sahaja melangsungkan perkahwinan sebulan yang lalu. Patutlah wajahnya sentiasa berseri-seri.
“YB datang seorang diri je ke?” soal Dato’ Asyraf kembali.
“Tak la, saya datang dengan isteri dan anak saya. Mereka ada di sana.” Ujar Afif sambil menunjuk ke arah afaf yang sedang berbual bersama-sama beberapa orang wanita yang berada di situ.
“so, macam mana perkembangan daerah YB? Semua okay?” soal Dato’ Asyraf lebih lanjut.
“Alhamdulillah, setakat ini semuanya ok. Sekarang saya tengah menguruskan majlis naik taraf bagi Sekolah Menengah Imtiaz Besut. Nak perbesarkan lagi kawasan sekolah tu.”
“Bagus jugak tu. Saya suka tengok pelajar sekolah tu. Masa saya melawat imtiaz dungun tempoh hari, sejuk je hati tengok anak-anak muda mengaji al-Quran. Saya ingatlah YB, nanti bila saya ada anak, saya nak hantar semua anak-anak saya bersekolah di imtiaz.” Ujar Dato’ Asyraf bersungguh-sungguh.
“Ha, elok sangat lah tu. Saya pun memang berniat nak hantar anak saya dekat situ.Nanti anak saya jadi senior kepada anak dato’ lah ya?” Afif berseloroh. Mereka saling ketawa mesra.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, ketika melalui satu kawasan pantai, Afif melihat beberapa anak muda yang sedang bermesraan bersama-sama pasangan masing-masing. Dia cuba untuk bersangka baik. Mungkin mereka pasangan yang sudah bernikah. Akan tetapi, ada di antara mereka yang kelihatan amat muda sekali, dalam lingkungan belasan tahun.
“Astarghfirullahal azim..abang, tengok tu.” Ujar Afaf sambil menggelengkan kepala.

Kelihatan seorang gadis yang berambut panjang berwarna perang sedang asyik berpelukan dengan seorang lelaki di satu bangku di bawah pokok.
Afif menggelengkan kepala melihat sikap remaja zaman sekarang yang terlalu bebas bersosial, sampaikan tidak malu untuk melakukan maksiat secara terbuka.walaupun hari sudah larut malam, mereka masih lagi berada di tepian pantai itu. Sedikitpun tidak ada perasaan hormat terhadap bulan ramadhan.
Afif singgah di masjid Hadhari yang bersebelahan dengan Bandar Jerteh untuk melaksanakan solat terawih secara berjemaah. Sekali lagi dia berasa sedih apabila melihat sekumpulan anak muda yang masih lagi menghabiskan masa dengan melepak di kaki lima Bandar, sedangkan azan sedang berkumandang di udara, menandakan sudah tibanya waktu untuk solat Isyak, sekaligus bersiap sedia untuk solat Terawikh. Dia turut berasa sebak apabila melihat jumlah saf yang hanya sekadar lima saf sahaja di dalam masjid yang serba luas itu. Ke mana perginya ratusan ribu penduduk disitu? Afif menggelengkan kepala. Dalam sujudnya, Afif memohon kepada Allah semoga diberi kekuatan dalam membantu menyedarkan umat Islam supaya tidak terus mengabaikan syariat Ilahi.
     Setiap malam sebelum tidur, Afif akan memikirkan masalah yang dihadapi oleh umat islam, khususnya masyarakat di daerah Besut itu sendiri. Sebagai seorang wakil rakyat yang bertanggung jawab untuk menjaga kebajikan penduduk di daerah Besut, Afif sedar bahawa dia memikul satu amanah yang besar. Lagi lama dia membiarkan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat itu berlaku, makin menggunung tinggi dosa yang dipikulnya. Makin jauh mereka akan hanyut dalam arus kesesatan.
“Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum, melainkan diri mereka sendiri”(AlQuran)
“Astaghfirullahal azim. Aku kena segera bantu mereka.” Desis hati kecilnya.

***************************************************************************

Langkah Tercipta : Bab 2

Sudah dua hari Afif menghadiri Muktamar Islam sedunia yang dihadiri oleh ramai muslimin daripada seluruh pelusuk dunia. Muktamar yang berlangsung selama tiga hari dua malam bertempat di Putrajaya International Convention Centre itu diisi dengan ceramah-ceramah agama daripada ulama’-ulama’ yang tersohor di seluruh dunia.Muktamar itu turut membincangkan tentang masalah yang dihadapi oleh umat islam dan cabaran dalam menyebarkan dakwah pada masa kini. Afif mengambil setiap ruang dan peluang yang ada untuk menimba ilmu sebanyak yang mungkin.
Setelah sesi pada waktu tengahari berakhir, Afif segera menuju ke surau yang disediakan untuk menunaikan solat zohor. Usai solat, dia duduk di belakang surau sambil termenung memikirkan masalah yang dihadapi oleh rakyatnya.
“Assalamualaikum ya akhi.” Sapa seorang lelaki sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman daripada arah belakang.
“Waalaikummussalam. Aiwah?” Afif segera menyambut salam yang dihulurkan.
“Anta malizi?” soal lelaki itu kembali. Lelaki yang tinggi berkaca-mata itu mengambil tempat di sebelah kanan Afif.
“naam.” Balas Afif sambil tersenyum.
“ana Al-Hakim.ana pun orang Malaysia.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya, turut sama tersenyum.
“ana Zainul Afif.Enta asal mana?”
“Kelantan. Enta?”
“la, sama lah. Ana Kelantan jugak. Tapi sekarang ni ana tinggal dekat Besut.”
“oh,sebenarnya ana baru balik daripada Madinah. Mengaji dekat sana. Dah Sembilan tahun tak balik Malaysia. Ni pun, baru balik. Tak sempat balik Kelantan lagi.” Ujarnya sambil tertawa kecil.
“hebat enta, enta ambik course apa dekat sana?”
“ana belajar fiqh wa usuluh. Selain tu,ana belajar qiraat dengan Sheikh Salah ibn Mohamed Al Budair selama tiga tahun.”
“Sheikh Salah, imam masjid nabawi kan?”
“ya. Eh akhi, jom pergi makan. Ana belanja. Bukan senang nak jumpa sahabat sekampung dekat Kuala Lumpur ni.” Al hakim mengajak. Ternyata walaupun baru sahaja mengenali lelaki itu, dia amat gembira dapat berkenalan dengan Afif.
“boleh juga.” Ujar Afif. Lalu, mereka bingkas bangun daripada tempat duduk masing-masing.
Baru sahaja Al-Hakim berdiri tegak, tiba-tiba dia terdengar namanya dipanggil.
“Assalamualaikum ya syeikh, imam kabir Al-Hakim!” Ucap seorang lelaki Arab lalu memeluk Al-Hakim.
“Waalaikummussalam. Syeikh Hassan. Kaifahalik ya syeikh?” Al-Hakim membalas pelukan ukhuwah daripada sahabat yang dikenalinya semasa dia melawat bumi Jordan setahun yang lalu.
“Alhamdulillah, Alhamdulillah.enta?” Ujar Syeikh Hassan sambil ketawa.
“Alhamdulillah, kheir.” Balas Al-Hakim pendek. Afif hanya memerhati daripada tepi. Tidak mahu mengganggu dua sahabat itu.
Al-Hakim memperkenalkan Afif kepada Syeikh Hassan. Setelah berbual selama lima minit, mereka meminta diri kerana dia dan Afif ingin pergi ke restoran berdekatan untuk makan tengahari.
Setelah memesan makanan dan minuman yang diingini, Afif meraup wajahnya. Hatinya tiba-tiba menjadi gelisah. Entah mengapa, hatinya sebak memikirkan perihal masalah umat Islam zaman sekarang. Di media massa sendiri dapat dilihat, manusia saling bergaduh disebabkan politik, pengaruh wahabi yang sering membidaahkan sesuatu perkara,pengaruh barat dan banyak lagi. Terbaru, isu Tabaruk yang dianggap sebagai taksub. Tambah pula dengan isu masyarakat Islam yang dihina oleh orang kafir. Yang tambah menyedihkan, sikap masyarakat melayu sendiri yang semakin terpengaruh dengan budaya songsang daripada barat.
“Syeikh, kenapa?” Al-Hakim yang menyedari perubahan emosi sahabatnya itu segera menepuk bahu Afif.
“entahlah, ana rasa sebak bila memikirkan masalah umat islam sekarang,tambah pula rakyat di bawah tanggungjawab ana di besut tu.”
“di bawah tanggungjawab? apa maksud enta?” Al-hakim memandang wajah Afif dengan penuh tanda tanya.
“Akhi, ana sebenarnya seorang ahli politik. Wakil rakyat bagi parlimen Besut.” Ujar Afif serius.
“Oh, ahli politik, yang berhormat la ni.enta dato’?”
“naam. Enta ikut perkembangan politik di Malaysia?”
“tak. Samihini, ana dengar..politik di Malaysia kotor. Enta pro kerajaan atau pembangkang?”
“Ana, kerajaan.”
“owh..”
Afif memandang wajah Al-Hakim yang sedang tunduk memandang meja. Dia membetulkan kacamata yang dipakainya.Pasti Al-Hakim tidak menyangka lelaki sepertinya rupanya ialah pro kerajaan.
“Akhi, mungkin enta rasa aneh. Sebenarnya politik Malaysia tidak kotor, Cuma manusia yang telah mengotorkannya. Ana masuk aliran ni, sebab ana nak cuba membersihkan kembali apa yang telah dikotorkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sebelum ni.Kalau bukan kita, siapa lagi kan?Kalau dibiarkan benda yang kotor, maka makin kotorlah ia.sebab tu ana nak perbetulkan apa yang telah terpesong.Kami mengamalkan konsep wasatiyyah, yang bersederhana dalam setiap hal. Begitu juga dengan amar ma’ruf nahi mungkar. Ana praktikkan semua tu, akhi. Sekarang, ana nak minta tolong enta, boleh?” Panjang lebar Afif memberi penjelasan kepada Al-Hakim. Al-Hakim tersenyum mendengar penjelasan Afif itu.
“Apa yang enta nak ana bantu enta?”
“Bantu ana selamatkan masyarakat Islam kita.”
***************************************************************************
   Afaf yang baru sahaja selesai dalam melakukan operasi pembedahan terhadap seorang pesakit jantung kini sedang berehat di dalam ruang pejabatnya. Dia menatap sekeping gambar lama yang di ambil tiga tahun lalu, di saat dia baru sahaja menikahi Afif. Dia masih ingat lagi ketika itu, dia pulang ke Malaysia daripada London kerana ingin melawat keluarga sahabatnya. Afaf menyambung pengajiannya di peringkat Phd di Oxford university, manakala Afif pula berkhidmat sebagai pensyarah undang-undang syariah di Usim,Nilai. Peristiwa yang berlaku masih segar di ingatan. Afaf tidak pernah menyesal menolak lamaran Syazwan demi Afif. Selepas berkahwin, Afif berpindah ke kampung halaman afaf dan bekerja sebagai seorang pegawai syariah di pejabat agama. Tidak lama selepas itu, dia berkecimpung di dalam dunia politik seterusnya dipilih sebagai wakil rakyat dalam kempen pilihan raya baru-baru ini. Sungguhpun begitu, Afif memang seorang suami yang menjalankan setiap amanahnya dan  juga seorang bapa yang baik. Putera sulung mereka kini sudah menginjak usia setahun setengah. Afaf tersenyum bahagia. Benarlah firman Allah,
perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang
baik untuk perempuan-perempuan yang baik.” (Surah annur,ayat 26)
Dia meletakkan kembali gambar berbingkai kaca itu ke atas meja. Lantas, Afaf mencapai kot putih miliknya lalu melangkah keluar daripada pejabat.
Pada masa yang sama, Afif dalam perjalanan menuju ke Kota bharu untuk berjumpa dengan Al-Hakim. Al-Hakim kini sedang menguruskan Maahad At-Taqwa miliknya. Maahad itu sudah pun mempunya pelajar seramai tiga ratus lima puluh orang. Sejak mengenali Al-Hakim di Muktamar Islam lima bulan yang lalu, Afif sering merujuk kepadanya jika ada masalah yang berkaitan dengan umat Islam. Mereka akan bersama-sama mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Sejak akhir-akhir ini, pelbagai program berbentuk kerohanian dianjurkan oleh Afif di daerahnya. Afif sering menjemput Al-Hakim untuk menyampaikan ceramah. Teknik penyampaian secara santai tapi berhikmah yang digunakan oleh Al-Hakim telah menarik minat orang ramai terutamanya golongan remaja untuk lebih mendalami ilmu agama. Alhamdulillah, berkat usahanya itu, sedikit demi sedikit masalah sosial dalam kalangan masyarakat semakin berkurangan.
“Assalamualaikum ustaz.” Seorang pelajar memberi salam.
“Waalaikummussalam.” Balas Al-Hakim yang sedang dalam perjalanan menuju ke bilik guru  sambil tersenyum. Dia bersalaman dengan pelajarnya itu.
“Ustaz, bila imtihan syafawi?” soal Amir yang merupakan seorang pelajar yang hafiz. Ujian Syafawi ialah ujian yang akan mengukur setakat mana seseorang pelajar itu dapat menjaga hafazannya.
“insyaAllah, lusa. Tolong maklumkan pada semua ya?”
“InsyaAllah ustaz, syukran ustaz.”
“Afwan.”
Pada masa yang sama,sebuah kereta BMW berwarna hitam datang dan berhenti betul-betul berhampiran dengannya. Al-Hakim tidak dapat mengecam pemandunya disebabkan cermin kereta yang agak gelap. Seorang lelaki keluar daripada pacuan empat roda itu. Lalu berjalan menghampiri Al-Hakim.
“Assalamualaikum syeikh!” Ucap Afif sambil tersengih.
“Waalaikummussalam, Allahurabbi, enta Afif, datang tak beritahu ana dulu.” Al-Hakim memeluk sahabatnya itu.
“Saja nak buat surprise ni. Enta free tak sekarang?”
“Insya Allah free, ada apa ya?”
“Ana nak ajak enta pergi besut. Ada program.”
“Laa, kenapa tak maklumkan awal-awal?”
“ana pun baru tahu ni. Enta boleh ikut tak? Lagipun dah lama ana tak berdiskusi dengan enta. Ana datang dari jauh ni semata-mata untuk jemput enta. Jom lah.” Pujuk Afif. Al-Hakim membetulkan serban yang dipakainya. Dia segera mengangguk.
“Aiwah, ana pergi letak buku kejap.”
“Alhamdulillah..ana tunggu dekat kereta ya?”
“baik yang berhormat Dato’..” Seloroh Al-Hakim, sekadar mengusik Afif.

“Allah syeikh..” Afif ketawa lalu berjalan menuju ke keretanya.