Sunday, July 21, 2013

Sampai syurga : Bab 2

Laila melangkah lemah menuju ke kelas.  sejak malam tadi, tiba-tiba dia demam panas. Sejak akhir-akhir ni, laila sering sahaja jatuh sakit.Walaupun begitu, Laila tidak mahu menyusahkan rakan-rakannya. Dia sendiri telah menelan sebiji panadol yang diberikan oleh afaf sebentar tadi. Afaf  memujuk laila agar pergi ke klinik. Walau bagaimanapun, laila tetap berdegil. Dia memang tidak suka berjumpa dengan doktor, walau hakikatnya abang kandung nya sendiri merupakan seorang doktor.

Dia duduk di kerusi lalu menongkak dagu. Sekarang baru pukul 7 pagi. Masih terlalu awal untuk row call. Laila mengambil kesempatan untuk berehat seketika di kelas yang kosong itu. tidak berapa lama kemudian,Tengku masuk ke kelas itu.melihatkan kesempatan yang ada, tengku meletakkan begnya dikerusi lalu melangkah ke tempat laila.
“hei nenek kebayan, puas hati kau bagi aku taik lembu yang wangi sangat tu?” bentak tengku. Laila hanya mencebik, malas ingin melayan kerenah lelaki itu.
“Malas la aku nak layan kau ni.” Ujarnya lalu bingkas bangun. Melihat laila yang ingin keluar daripada kelas itu, tengku segera menolak laila. Kepala laila terhantuk pada bucu meja.
“sakit la weh..” ujar laila. Dia memegang kepalanya.
“sorry,aku tak sangka la pulak kau jatuh macam tu, asal lembek sangat kau ni.selalu kuat je.” Perli tengku.
“diamlah..” marah laila. Tiba-tiba dia dadanya berasa sakit. Laila cuba menahan kesakitan itu. Dia tidak menyangka penyakitnya menyerang kembali setelah sekian lama. Matanya tiba-tiba berair.
“Tengku...” ucap laila lalu menangis.
“Laila, kau ok tak ni? Laila?” Tengku terkejut melihat perubahan sikap laila yang tiba-tiba menangis.
Laila terus menangis.Dia berasa sakit seperti ditikam. Tengku semakin gelisah melihat keadaan Laila.Dia berlari keluar daripada kelas itu. Dilihatnya afaf sedang menuruni tangga. Tengku segera memanggil afaf.
“Afaf, tolong saya, laila..”
“kenapa kalut sangat ni tengku? Ada apa dengan laila?”
“Dia tiba-tiba nangis dalam kelas tu.saya tertolak dia tadi.”
“eh, takkan jatuh sikit dah nangis, entah-entah..”  belum sempat afaf menghabiskan ayatnya, dia segera berlari menuju ke kelas. Dilihatnya laila sedang terbaring lesu tidak sedarkan diri.Darah mengalir daripada hidung laila.
“Laila !!!!” Jeritnya.
**********************************************************************************
Afif hanya mampu melihat sahabatnya itu yang sedang duduk termenung di birai katil. Walaupun seminggu sudah berlalu sejak kejadian itu, tapi Tengku tetap muram.Dia berasa bersalah di atas kejadian yang menimpa laila.
“Tengku, sabar lah ye? Doakan dia cepat sembuh.” Ujar afif sambil memegang bahu tengku.
“Afif, saya tak tahu dia sakit selama ni.”
“sabar tengku, saya pun baru tahu masa afaf cakap tu. Laila dah lama sakit jantung. Sekarang ni dia dah pergi ke UK untuk operation. So, kita doakan dia sembuh dan dapat sambung belajar macam biasa.”
“saya rasa bersalah sangat afif. Saya rasa berdosa.” Ujar Tengku sambil menolak tangan afif. Air matanya bergenang.
“tengku..sabar..”
“semua ni salah saya!” Tengku menekup mukanya. Air mata tidak dapat diseka daripada terus mengalir.
“Tengku! Sabar..kan saya dah kata, ni semua takdir Allah. Memang takdir laila macam tu. Kita tak boleh pertikaikan takdir Allah, tak boleh salahkan diri sendiri.Tak boleh meratap macam tu.Doakan Laila..” Ucap Afif sambil menepuk bahu sahabatnya itu. Tengku memandang afif dengan mata yang masih lagi berkaca.Lantas, dia memeluk sahabatnya itu.
********************************************************************************
“Adik abang ni ok?” Ayie menyapa adiknya yang terbaring lesu di atas katil. Mereka sekarang berada di rumah milik keluarga mereka di Uk. Laila menolak untuk berada di hospital, oleh itu, ayie dan ibu bapa mereka mengupah seorang jururawat untuk menjaga laila. Tambahan pula, ayie sendiri yang bekerja sebagai doktor bertindak menjadi doktor peribadi yang akan mengawasi taraf kesihatan laila.
“okay..abang, bila operation laila tu?” ujar laila cuba mengukir senyum.
“Lusa, kenapa sayang?” soal Ayie sambil mengeluarkan kotak ubat. Laila mengambil sepucuk surat yang diletakkan kemas didalam sampul.
“Abang, tolong laila poskan surat ni ke Malaysia boleh?” ujarnya sambil menghulurkan surat itu kepada Ayie.Ayie membaca alamat yang tertera di sampul surat tersebut.
“Imtiaz, ha, Tengku afiq ni siapa? Cikgu ea?” tanya Ayie sambil memasukkan sampul surat itu kedalam begnya. Laila menggeleng lemah.
“Habis tu? boyfriend ea?” Usik Ayie sambil mencuit hidung adiknya yang mancung itu.
“Amboi, adik abang dah ada bf. Bertuah  sangat tengku afiq sebab dapat adik abang yang gojez ni. Jeles abang.” Ayie menambah, sengaja mengusik adiknya.
“Abang ni..mana ada bf la. Couple kan haram. Tu, kawan laila. Laila macam, suka dia la.tapi kitorang selalu gaduh.dia mesti tak suka laila.” Ujar laila. Dia memang selalu berkongsi rahsia dengan satu-satunya abang kandung yang disayangi.
“Ala, gaduh-gaduh manja..adik abang ni kan cantik. Mesti dia suka laila kan?” usik ayie lagi.
“tapi abang laila ni lagi hensem. Kalau tak takde la kak epa suka terpikat dekat abang kan?” Usik laila pula. Ayie ketawa kecil mendengar kata-kata adiknya.
“pandai pulak adik abang ni nak kenakan abang kan?nah, makan ubat ni. Petang ni jugak abang pos surat laila tu guna pos express. Esok sampai.sharp.” Ayie ketawa sambil menghulurkan ubat kepada laila. Dia perlu memastikan laila mendapat dos yang cukup untuk  membolehkan laila cepat sembuh.
“orite bos. Thankyou ~” balas laila sambil turut ketawa. Setelah menelan ubat yang diberikan. Laila  tertidur nyenyak di katilnya. Ayie memandang wajah adiknya dengan penuh kasih sayang.

“Sabarlah sayang, ini semua dugaan tuhan..” monolog hatinya.
“you can count on me like one two three..i’ll be there..”
Telefon bimbit miliknya tiba-tiba bordering..Ayie segera menjawab panggilan yang diterimanya.
“hello papa!” kedengaran suara comel Danish di hujung talian.
“hello Danish yang hensem macam papa..danish sihat?”
“sihat..”
“baby dania sihat?”
“sihat..”
“mama sihat?
“mama pun sihat..papa, ni mama nak cakap.” Danish segera menyerahkan telefon kepada arifah.
“assalamualaikum abang..” lembut suara arifah menyapa di hujung gagang.
“waalaikummussalam..”
“abang , bila laila operate?”
“lusa , sayang..doakan ya?”
“insyaAllah..kirim salam saya pada laila, ibu dan ayah, ya abang?”
“Mama, danish nak cakap lagi dengan papa!” ujar Danish sambil menarik tangan ibunya.
“InsyaAllah, sayang.. jaga diri elok-elok..nanti lepas segalanya selesai,abang akan balik secepat mungkin.” Pesan Ayie kepada isterinya itu. Dihatinya terselit rindu kepada keluarganya yang berada nun jauh di Malaysia.
“Ok abang, ni Danish nak cakap lagi dengan papa dia.” Arifah segera menghulurkan telefon kembali kepada putera kecilnya itu.
“Papa..bila papa nak balik?”
“nanti papa balik laa, minggu depan ke. Ok?”
“ok. Nanti papa belikan Danish mainan boleh?”
“boleh,yang penting masa papa takde ni, Danish kena jadi hero.jaga mama dengan dania tau?
“okay papa!”
“ok, tolong kiss dania dan mama bagi pihak papa tau? Papa pergi dulu ya? Assalamualaikum, sayang.”
“okay pa..waalaikummussalam.” ujar Danish lalu memeluk Arifah.
“ Mama, papa suruh cium mama.”
“sebelum Danish cium mama, mama nak cium Danish dulu!” ujar arifah lalu mencium pipi putera kecil yang comel itu.

Danish cuba menutup mukanya lantas berlari sambil ketawa.

Sampai syurga : Bab Akhir

“Pasal kem tu, nanti saya cuba tanya cikgu balik,apa-apa hal nanti saya beritahu kemudian ya?” ujar Afif kepada Afaf. Mereka sedang berbual di dalam kelas.
“Okay.terima kasih ya?” Afaf membalas.dia melemparkan senyuman kepada lelaki yang berada di hadapannya itu. Afif membalas senyuman afaf.
“Ehemmm..amboi..berdrama  pulak korang dekat sini ya?” Tengku mendekati mereka berdua.kebetulan dia datang untuk berjumpa dengan Afif.
“pandai-pandai je, mana ada berdrama, ni bersinetron je.” Balas Afif , sekadar mengusik. Afaf hanya ketawa kecil disisi mereka.
“Afaf, Ustazah rohana nak jumpa sekarang dekat bilik guru.pergilah.” Kata Tengku . lantas, afaf meminta diri lalu melangkah menuju ke bilik guru.
“kenapa ustazah rohana nak jumpa afaf?” soal afif sambil membuka buku fizik.
“Ustazah nak bagi soalan ujian percubaan negeri kedah rasanya.tadi baru saya jumpa ustazah. Dia bagi surat daripada Laila. Pelik jugak.”
“daripada laila?untuk awak? So apa khabar dia dekat sana? Dah baca dah?” ujar afif bertalu-talu. Ternyata surat daripada laila menarik perhatiannya.
“Awak ni afif, rileks la. Malam ni saya baca. Sekarang ni, dengar sini. Esok ada majlis iftar puasa sunat isnin bersama warga sekolah. So, ustazah suruh kita uruskan qasidah. Nak masuk tak? Kalau nak masuk.malam ni practice !” ujar Tengku bersemangat.
“mesti la nak. Siapa yang latih?” Afaf menutup kembali buku teks fizik lalu memandang tengku dengan penuh minat.
“awak la latih.” Ujar Tengku lalu ketawa.  Dia mengeluarkan buku teks fizik dari beg sekolahnya.
“saya? Terima kasih je lah. Haha..” Afif turut ketawa. Persahabatan yang terjalin antara mereka berdua semakin hari semakin akrab. Afif berharap persahabatan ini akan kekal sampai bila-bila.
Usai solat isyak, Tengku membuka sampul surat yang diterimanya daripada UK. Dia perlahan-;ahan mengeluarkan sepucuk surat itu daripada sampulnya. Lantas, dibacanya dengan perlahan,secara berseorangan di koridor.

Assalamualaikum wbt..
Kehadapan Saudara Tengku Afiq..
Pertamanya, .aku nak mintak maaf banyak-banyak sebab dah banyak kali sakitkan hati kau. Aku tahu, kau mesti dah benci aku sangat kan? Maafkan aku. Sejujurnya, aku dah lama suka dekat kau. Walaupun aku tahu, aku bertepuk sebelah tangan. :’) hakikatnya begitulah. Aku bukan nya ingin mengganggu hari kau, tapi, aku harap kita dapat jumpa lagi. Insya Allah..mungkin kalau ada rezeki. Cuma, aku takut kita dah tak dapat berjumpa lagi. Untuk pengetahuan kau, isnin ni, aku akan dibedah disebabkan penyakit aku ni. Doakan aku dapat sembuh dan kembali ke imtiaz,gaduh dengan kau macam biasa..walaupun hakikatnya doktor kata peluang untuk aku sembuh tipis. Tapi abang ayie cakap, tiada yang mustahil kalau kita berdoa kan?okayy, sebak pulak bila cakap macam tu.entah kenapa air mata tak berhenti mengalir. walaupun perangai aku kasar, tapi aku lembut lah sebenarnya.hehe.malunya sebab dah nangis depan kau dulu. :’) Mungkin disaat kau baca surat ni, aku dah pun tiada kat dunia ni. Aku bersyukur aku dapat kenal dengan kau, walaupun sekejap. Walaupun kita selalu bergaduh.walaupun aku selalu marah, tapi ada tikanya aku bahagia.bahagia ada kawan macam kau.macam afif, macam afaf. maafkan aku,maafkan aku atas segalanya. Sampaikan salam sayang aku kepada afif dan afaf. Goodluck SPM. Belajar elok-elok.jangan gaduh dengan orang lain.Aku harap, kita dapat bertemu lagi di-syurga..sampai syurga..insya Allah.
Salam sayang,
-Laila fiqri-

Tengku melipat kembali surat itu. Malam ini, sekali  lagi dirinya dihujani air mata. Afif yang kebetulan datang  merasa aneh melihat sahabatnya itu dalam keadaan bersedih.
“tengku..kenapa ni?” soalnya sambil duduk disisi tengku. Tengku hanya tunduk, lalu dia menghulurkan surat itu kepada Afif. Lantas,dia menyeka air matanya.
Tergiang-giang lagu Patah seribu nyanyian Sheila Amzah.
**********************************************************************************

 “Papa, mama, abang Ayie, maafkan Laila ea? Halalkan makan dan minum laila, segala-galanya yang laila buat selama laila hidup sepanjang 17 tahun ni.” Ujar laila sambil tersenyum. dia mencium tangan kesemua ahli keluarganya. Puan Saidah menyeka air mata nya, menahan diri agar tidak kelihatan lemah di hadapan anak perempuannya itu.
“Laila jangan cakap macam ni, mama doakan laila cepat sembuh tau. Nanti kita pergi jalan-jalan dekat  Australia sama-sama. Laila nak pergi sana kan?” ujar Puan Saidah.
“Laila, jangan putus asa,doa pada Allah. Nah, sepanjang pembedahan, pegang tasbih ni ya?” Encik  Haziq meletakkan seutas tasbih kedalam genggaman Laila. Laila tersenyum gembira melihat pemberian bapanya itu.
“Thanks pa, cantik.” Ujarnya lemah.
“Laila, take care, abang doakan adik abang yang comel ni cepat sembuh.nanti bila laila dah sihat, abang bawak laila keluar makan. Ingat tu, laila janji nak belanja abang hari tu.”
“okay abang..insya ALLAH..”

“Sorry sir, we are going to take her to the operation room. Are you ready girl?” ujar doktor  Smith yang bertugas untuk melakukan operasi pembedahan itu. Laila mengangguk. Sekali lagi dia bersalaman dengan ahli keluarganya. Lantas, laila ditolak masuk ke bilik bedah.

Lampu pembedahan dinyalakan, perlahan-lahan dia memejamkan matanya, bertawakkal.
“Selamat tinggal, Tengku Afiq” monolog hatinya.Doktor Smith menyuntik tubuhnya dengan ubat bius. Tidak sampai lima minit, Laila sudah tidak sedarkan diri.

“Abang..anak kita..” Puan Saidah tidak dapat menahan sebak, lalu memeluk suaminya. Air mata berderai membasahi pipi.
“Sabar lah sayang, doakan puteri kita tu.”
“Banyakkan berdoa mama, everything will be fine.” Ujar Ayie lalu memeluk kedua-dua ibu dan bapanya itu.

“Tengku, jom siap. Majlis dah nak start dah ni.” Ajak Afif. Tengku hanya menggangguk. Dia segera mengekori Afif menuju ke dewan Ulul Albab.

Masa berlalu detik demi detik. Mereka bertiga setia menunggu di luar bilik pembedahan. Masing-masing hanya mampu bertawakkal kepada ALLAH. Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukannya.

Akhirnya, pembedahan itu berakhir. Doktor Smith keluar daripada bilik pembedahan. Ayie dan ibu bapanya segera mendapatkan Doktor Smith. Setelah memberi penjelasan,dia menghulurkan seutas tasbih kepada Encik Haziq. Ayie jatuh terduduk sambil meraup wajah, Puan Saidah segera memeluk suaminya. Encik Haziq menggenggam erat tasbih  dalam genggamannya.  Suasana sayu menyelubungi ruangan hospital itu.

Pada masa yang sama, Tengku, Afif dan beberapa orang lagi sedang berqasidah di atas pentas. Dengan tidak semena-mena, tengku berasa sebak yang teramat. Buat kali yang ketiga, air  matanya berderai lagi. Afif yang berada di tepinya segera menggosok belakang tengku perlahan-lahan.sekadar membantu untuk mengurangkan sebak. Dia berusaha untuk meneruskan qasidah itu. Tengku menguatkan semangatnya. Laila pasti tidak mahu melihatnya lemah seperti ini. Dia terus berqasidah dengan linangan air mata.
يَا بَدْرَتِمٍّ حَازَ كُلَّ كَمَـالِ
مَا ذَا يُعَبِّرُ عَنْ عُلاَكَ مَقَالِيْ



Usai majlis iftar, Afaf segera mendapatkan tengku dan afif. Dia memandang wajah afif dengan pandangan yang sayu.
“Tengku, afif..ada khabar  saya nak sampaikan.” Ujar afaf perlahan. Dia segera tunduk memandang lantai.
“Ada apa ni? Apa khabarnya?” ujar afif sambil memandang Tengku.
“Laila..’’ Lidah Afaf tiba-tiba kelu untuk mengucapkan khabar tersebut.
“Kenapa dengan Laila, Afaf?” tengku segera menyoal . Dia memandang afaf dengan mata yang kembali bergenang.
“Laila dah meninggal, baru je sejam yang lalu. Abang Ayie call ustazah Rohana, tadi ustazah maklumkan kepada saya. Mohon sabar,doakan arwah ya,Tengku?” Ujar Afaf sambil memandang ke arah tengku. Dia turut merasa sedih atas kehilangan sahabatnya itu.
“innalillahi wa inna ilaihi rajiun...”  Ucap Afif.  Tengku segera berlari keluar daripada dewan itu. Dia tidak dapat menahan sebak.
“Semoga kau bahagia disana aku akan setia menunggumu sampai syurga, al-fatihah...” monolog hatinya..



Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

Oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…






-TAMAT- faaizmir@22july2013








Wednesday, July 17, 2013

Permata yang dicari : Bab 6 (akhir)

Bab 6 : PERMATA YANG DICARI
“Hadirnya tanpa kusedari , Menggamit kasih cinta bersemi..
Hadir cinta insan padaku ini,Anugerah kurniaan ilahi..
Lembut tutur bicaranya, menarik hatiku untuk mendekatinya..
Kesopanannya memikat di hati,mendamaikan jiwaku yang resah ini.”

Afaf terharu membaca lirik lagu permata yang dicari yang digunakan Afif bagi menggambarkan dirinya. Dia membaca setiap helaian demi helaian novel yang mencatatkan segala kenangan mereka bersama. Sejak menerimanya ketika majlis pernikahan mereka beberapa bulan yang lalu, Afaf begitu gembira membacanya. Afif memang seorang novelis yang begitu pandai bermain perasaan dalam setiap penulisannya.

“Ehemm..” Kedengaran seseorang berdehem di belakang. Afaf segera berpaling. Dia tersenyum melihat wajah yang sentiasa memberi kebahagiaan di hatinya. Belahan hati pengarang jiwanya.

“Khusyuk nampaknya saudari membaca novel tersebut?” Ujar Afif sambil ketawa mengusik.

“Sudah tentu saudara, kerana ceritanya dikarang menggunakan hati. Terusik jiwa membacanya.” Afaf bermadah. Dia  kini sedang bersantai di koridor rumahnya,menghadap ke arah taman bunga yang cantik sekali.Ditemani suami yang tercinta di sisi, sungguh, dia bahagia di saat ini. Afif mengambil tempat di sisi bidadarinya.Lantas dia bersuara.

“Jika dahulu kita telah berjanji untuk setia menunggu, kini saya berjanji untuk terus setia berada di sisi awak.” Afif mengukir janji setianya kepada afaf.

“Awak, dalam banyak-banyak bunga ros kat depan tu, awak suka yang warna apa?” Afaf menutup novel yang dibacanya lalu melihat kearah Afif. Hatinya gembira mendengar ucapan suaminya sebentar tadi.

“saya tak nak bunga yang lain, saya hanya inginkan bunga di tepi saya ni. Bunga yang telah menjadi penyeri hati, bunga yang tidak akan pernah layu. Bunga yang lebih cantik daripada semua bunga ros kat depan tu.” Tutur Afif sambil memandang kearah bunga-bunga yang sedar mekar ditaman. Tidak ada satu pun yang dapat menandingi bidadari kurniaan ilahi  yang sudah sah menjadi miliknya itu. Afaf berasa amat terharu, lantas dia memandang wajah suaminya itu sambil tersenyum. Matanya sekali lagi bergenang. Lantas dia memegang tangan Afif, lalu berkata,

“Awak, biarpun cinta kita tidak sehebat cinta Adam dan Hawa’, tapi saya janji untuk setia, setia sampai syurga.


-TAMAT-



Permata yang dicari : Bab 5

Bab 5 : ANDAI ITU TAKDIRNYA

“Kak Hana, terima kasih banyak-banyak. Saya memang terhutang budi dengan akak. Hanya Allah yang mampu balas semua jasa akak daripada dulu sampai sekarang.” Afif berdiri betul-betul di hadapan Farhana. Perbicaraan kes itu berjalan dengan lancar. Dia begitu bersyukur kerana bebas daripada pertuduhan tersebut.
“Sama-sama. Allah, tak ada apa laa. Memang tugas akak untuk bantu awak pun kan.Apa guna jadi peguam kalau tak dapat menegakkan keadilan?” Jawab Farhana sambil mengangkat kening.
“Memang kalau ada apa-apa kes lepas ni, saya upah kak Hana lagi. Beres?”
“No problem. Kak Hana on je. Lagi besar kes, lagi mahal la.”
“Erk..krik-krikkk.” Zainul mengangkat bahu, cuba mengusik peguamnya itu.
“Dah jumpa dia?” Kak Hana melihat kearah Afaf yang berpelukan dengan kakaknya dan Arifah di tempat duduk disisi mahkamah itu, sedang mereka berdua berdiri berhampiran dengan pintu masuk mahkamah itu.Afif menggeleng kepala, sambil turut memandang kearah Afaf.
“Kenapa?”
“Entahlah. Siapa lelaki dekat tepi dia tu kak Hana?”
“Awak tanya akak, mana lah akak tahu.”
Dari jauh, kelihatan Afaf sedang memperkenalkan syazwan kepada kakaknya. Mereka kelihatannya sedang berbual dengan mesra sekali. Afif memandang dengan satu persoalan. Siapa sebenarnya lelaki itu? Perasaan cemburu mula terbit dari dalam hatinya. Hatinya mula membara. Bukan kerana marah, tetapi kerana api cemburu melihat afaf bersama-sama lelaki itu. Dia beristighfar di dalam hati. Syaitan mula membisikkan kata-kata dusta. Mungkin afaf sudah melupakannya. “Malang nasibmu, bunga di taman sudah di sunting orang.” Afif mengetap bibir. Dia sudah tidak sanggup untuk berada di situ.
“Kak Hana, saya balik dulu.” Ujarnya lalu melangkah keluar daripada bangunan tersebut.
“Eh, taknak jumpa..” belum pun sempat Farhana menghabiskan kata-katanya, Afif sudah hilang daripada pandangannya.
“Kak Hana!!!” Afaf meluru kearah Farhana lalu memeluknya erat.
“Lamanya tak jumpa! Kak Hana sihat?”
“Alhamdulillah..Afaf? bakal doktor kita, hebatnya dia, Phd!”
“Alaa kak Hana pun hebat jugak. Kagum saya tengok Kak Hana cakap tadi. Tegas!”
“memang laa, jadi lawyer, takkan laa nak lembek pulak suara tu kan?” Farhana mengenyit mata .Dia mencubit pipi afaf. Afaf menutup mukanya dengan tangan,mengelak daripada terus dicubit.Mereka saling ketawa mesra.
“Kak Hana, mana dia?” Afaf mengintai di luar pintu masuk. Tidak kelihatan susuk tubuh insan yang dicarinya disitu.
“Dia dah balik, Afaf.” Ujar Kak Hana. Sambil memegang bahu Afaf. Kak Hana cuba mengukir senyum.
“Kenapa? saya nak jumpa dia..” bergenang air matanya mendengarkan kepemergian Afif. Sungguh dia ingin sekali berbicara dengannya. Tetapi tadi kakaknya terlebih dahulu memeluknya setelah selesai perbicaraan.
“Dia pun memang nak sangat jumpa awak.Memang dia excited sangat tadi. Tapi bila dia nampak awak mesra dengan lelaki tu, tiba-tiba je Kak Hana tengok air muka dia berubah. Terus dia balik. Akak pun tak sempat nak halang,tengok-tengok dah hilang.Siapa lelaki tu Afaf?”
“Kak Hana...” berderai air matanya. Afaf tidak mampu lagi menahan kesedihannya. Dia menangis teresak-esak. Farhana memeluk afaf, cuba untuk menenteramkan hati gadis itu.
“Afaf..jangan la nangis. Kenapa sedih sangat ni?”
“Kak Hana..lelaki tu kawan saya. Tu family dia..saya tak ada hubungan apa pun dengan syazwan tu.” Afaf menangis teresak-esak. Makin lama makin kuat. Farhana sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.
“Afaf..jangan macam ni. Jangan lah nangis. Salah faham je tu.”
“Saya nak jumpa Afif. Kenapa dia balik macam tu je. Saya tak nak dia salah anggap, Kak Hana, saya rindu dia.” Manik jernih masih lagi laju membasahi pipinya.
Farhana segera mengusap air mata yang menitis di pipi Afaf. “Sayang, dengar sini, bagi Afif masa okay? Dia baru je lepas menghadapi dugaan terbesar dalam hidup. Bagi dia masa untuk tenangkan fikiran. Esok kak Hana yakin, dia sendiri yang akan cari awak. Awak kenal Afif macam mana kan? Stop crying dear. Kami ada dengan awak dekat sini. Kak Hana akan tolong awak, okay? Farhana tersenyum. Tangisan afaf semakin reda, namun masih lagi bersisa. Dia menahan sendu. Afaf memeluk Farhana seerat-eratnya. Arifah dan kakaknya yang dari tadi hanya membiarkan Kak Farhana memujuk Afaf turut datang dan memeluk Afaf.
“Honey, what’s wrong? Are you okay?” Soal Datin Susan. Dia dan Dato’ Aziz baru sahaja selesai berbual dengan Puan Syarifah.
“I’m okay auntie.” Ujar afaf, cuba untuk senyum.
“Why are you crying?” Soal datin susan lagi.
“She miss us, thats why she’s crying.” Afaf Syahira berseloroh. Farhana dan Arifah ketawa mendengarnya.
“Oh, so sweet..”Ujar Datin susan, terharu.
***************************************************************************
Usai solat Isyak, Afif kembali mengadap laptopnya. Dia kembali menyambung novel yang sudah separuh siap itu. Hatinya kembali sayu mengingatkan perbualan mesra antara lelaki yang tidak dikenalinya itu dengan afaf siang tadi. Jika benar bunga di taman sudah di sunting orang, apalah gunanya segala yang dilakukan sebelum ini? Perlukah dia terus menyiapkan novel ini jika cinta hati sudah mustahil untuk menjadi miliknya.
“Sudah lama kita tidak bersua,
Dan hari ini, Apa yang ditunggu-tunggu selama sembilan tahun muncul jua akhirnya. Rindu di hati sudah terubat dengan hanya melihat wajahmu wahai bidadariku. Ingin sekali ku tatap wajahmu yang sentiasa mendamaikan hatiku. Namun apakan daya, Kelihatannya bunga di taman sudah disambar orang. Aku redha dan pasrah, andai itu takdirnya, aku rela.walau pahit, walau hati ini terseksa”
Kali ini, air matanya menitis lagi. Dalam sedar, dia melepaskan segala kesedihan di hati. Mungkin ini petunjuk daripada Allah . Mungkin dia lalai dalam mengejar cinta selama ini. Afif membiarkan sahaja air matanya membasahi pipi. Biarlah, air mata ini menjadi air mata yang bakal menyucikan hatinya. Dia hanya mampu berserah. Kehilangan bunga yang dicintai bukanlah bererti dia kehilangan segala-galanya. Mungkin ini pengakhiran bagi sebuah cerita. Mala mini, dia ingin membiarkan segala bebanan rindu itu pergi bersama air mata. Alunan nasyid Inteam-damba kasih itu menambahkan sayu di jiwa. Dia berzikir di dalam hatinya.
“Semakin jauh ku dari-Mu,Semakin dekat pula kau menghampiri daku,
Oh Tuhan yang maha pengasih,siapalah diriku di pandangan-Mu..
Semakin cuba ku dekati, semakin kuat pula Kau mendugai aku.
Oh,Tuhan yang maha sempurna,kerdilnya diriku dihadapan-Mu..
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu,
Sudikah kau menerima hambaMu yang hina ini..Ya  ALLAH kau maha pengampun..
Di bayangan mentari aku kealpaan,dusta dunia penuh kepura-puraan..
Di kala dini hari aku kepasrahan, mendamba jernih embun kasih sayang-Mu..
Oh Tuhan..
Andainya dihitung amalanku,belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu..
Oh Tuhan yang maha pemurah, hindari diriku dari siksa-Mu..
oh Tuhan..
Kasih sayangMu Tuhan, itulah  yang ku dambakan..dengan rahmatMu..
Ampunilah diriku...”

Afif mematikan laptopnya, lalu berbaring di atas katil. Hatinya terasa ringan sedikit selepas meluahkan beban yang terpendam kepada Yang Maha Kuasa. Benarlah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Perlahan-lahan, dia memejamkan matanya.

Puan Syarifah dan Farish menuju ke balai polis apabila dimaklumkan bahawa lelaki yang benar-benar bersalah telah ditangkap setelah dua hari kes mahkamah itu berlalu. Sungguh cekap pihak polis menjalankan tugas. Puan bersyukur kerana pembunuh itu bakal mendapat balasan yang setimpal. Semoga roh suaminya dapat bersemadi dengan aman.
Dari jauh, puan Syarifah terpandang seorang lelaki yang sudah dua hari ingin dihubunginya.Dia segera berjalan ke arah lelaki tersebut.
“Encik Afif..”
Afif berpaling menghadap Puan Syarifah.
“Encik Afif, saya nak minta maaf atas kekasaran saya dengan anak saya tempoh hari. Diharap encik sudi maafkan kami ya?” ujar Puan syarifah dengan penuh rasa bersalah.
“Tak mengapa puan, saya faham perasaan puan pada hari itu. Anggap sahaja semuanya sudah selesai. Saya tak pernah berdendam.
“Encik, maafkan saya..” Farish menghulurkan tangan untuk bersalaman lantas disambut oleh Afif. Terdetik rasa malu dalam hatinya, kerana Afif merupakan seorang lelaki yang begitu jujur dan baik, namun kerana terlalu mengikutkan perasaan tempoh hari, dia telah menumbuk lelaki yang baik itu. Afif tersenyum. Tidak ada sedikitpun dendam di dalam hatinya.
“Puan, sebenarnya, sebelum arwah meninggal, arwah abang ada sampaikan satu pesanan buat puan.” Tutur afif dengan sopan.
“Apa dia?”
“Arwah cakap yang arwah amat sayangkan puan sekeluarga.”
Puan syarifah menggenggam tangan farish. Dia begitu terharu mendengar pesanan tersebut. Dia mengucapkan terima kasih kepada Afif. Lantas, Farish memeluk ibunya itu.Dia tahu, ibunya pasti sebak mendengar kata-kata yang disampaikan oleh Afif sebentar tadi.
“Abang, kami pun sayangkan abang..bersemadilah dengan aman.semoga kita dapat berjumpa di syurga kelak.” Getus hati kecilnya.
***************************************************************************
Sebuah kereta persona hitam berhenti betul-betul dihadapan pintu pagar rumahnya.Kebetulan Afif yang baru bersiap ingin pergi berkerja segera membuka pintu pagar.  Dia kenal benar dengan kereta itu. Cermin kereta di bahagian pemandu diturunkan.
“Afif, cepat masuk dalam kereta sekarang.” Arah Farhana serius.
“Kenapa ni Kak Hana, saya nak pergi kerja ni.”
This is an order, get into my car,now!” Tegas Farhana. Riak mukanya kelihatan tegang sekali. Tanpa membantah, Afif membuka pintu di sebelah pemandu lalu duduk. Farhana segera memandu menuju ke lebuh raya.
“Kak Hana, sebenarnya ada apa ni? Akak nak bawa saya ke mana?” soal Afif. Dia merasa aneh. Kak Farhana tidak pernah berkelakuan ganjil seperti ini.
“Rilek lah, awak ingat akak nak culik awak ke?” ujar farhana sambil ketawa.
“Habis tu akak tiba-tiba je datang macam tu, dah la muka macam singa. Takut saya.memang macam nak kidnap betul ni.” Afif bercakap dengan nada yang bersungguh-sungguh. Farhana hanya ketawa mendengarnya.
“Akak nak bawak saya pergi mana?”
“Awak sayang afaf tak?”
“akak ni, orang tanya dia, dia tanya orang balik. Tak perlu saya jawab soalan akak tu, sebab akak sendiri tahu jawapannya.”
“Ha, kalau sayang, duduk diam-diam. Jangan banyak tanya. Takut tak sempat je ni.
“Kenapa akak, Afaf dah nak balik London ke?”
“Tu laa. Hari tu tak nak jumpa dia sangat.”
“Kak..bunga sudah disunting orang, takkan saya nak rampas hak orang kan?”
“Eh! Sape kata? Teruk afaf nangis lepas awak pergi tu tau tak.Dia nak sangat jumpa awak. Dia rasa serba salah sangat bila akak cakap awak jeles. Lagipun syazwan tu bukan suami dia la.Tu kawan dia je.”
“Betul ke ni kak?  Afaf nangis? Ya Allah, rasa bersalahnya saya. Habis tu saya nak buat apa ni kak?” soal afif. Timbul rasa bersalah dalam hatinya. Sang bidadari telah menangis kerananya.Sungguh, dia merasa bersalah yang teramat.
“Senang je, duduk diam-diam ye.” Ujar Farhana tersenyum sinis lalu dia menukar  gear, menambahkan kelajuan kereta.Keretanya meluncur dengan amat laju di atas lebuh raya itu.
“Kak Hana!!! Akak nak drift ke apa laju sangat ni?”
“Ya  Allah, semoga aku tak terlambat.”  Farhana bermonolog di dalam hatinya,membiarkan persoalan afif  kosong tidak terjawab.Yang pasti, apa yang dilakukannya ini adalah demi kebaikan Afif juga.
Pada masa yang sama, di rumah Afaf syahira, ibu bapanya yang datang daripada Terengganu dua hari yang lalu, semata-mata untuk bertemu dengan Afaf syazwani sedang sibuk melayan tetamu di rumah itu. Afaf menjemput Datin susan sekeluarga menikmati hidangan yang disediakan.
“Sebenarnya, kami datang ni bukan hanya sekadar melawat saudara saya. Kami sebenarnya ada hajat yang lebih besar.” Ujar Datin susan.
“Apa hajatnya?Besar sangat nampaknya tu.” Tanya Encik Satmi, sekadar mengusik. Dato’ Aziz ketawa sambil memandang wajah isterinya.
“Sebenarnya kami berkenan sangat dekat syazwani. Kalau boleh, kami nak menyunting bunga di taman, untuk dijadikan penyeri hati kepada anak tunggal kami ni. Boleh ke kiranya kami ingin melamar  syazwani untuk syazwan ?” Jelas Datin susan, sambil tersenyum memandang anak teruna yang amat disayanginya itu. Syazwan tertunduk malu.
Afaf terkejut mendengar penjelasan Datin susan sebentar tadi. Dia tidak menyangka, secepat ini mereka ingin melamarnya.
“Kami tak kisah, terpulang pada tuan empunya badan untuk membuat pilihan sama ada setuju atau tidak,kan abang? “ Ujar ibu afaf.
“Ya , betul tu. tanya tuan empunya diri tu ha.” Bapa afaf menyahut.
“So wani, how?” Datin susan menyoal kembali.
“saya..urm..” Sukar untuk Afaf melafazkan kata. Dia cuba untuk mengumpul semangat. Ini satu-satunya peluang yang ada.  Afaf tidak ingin mempersiakan peluang yang diperolehinya itu.  Dia melemparkan senyuman kepada Datin Susan.
“Mana kak Hana ni...” getus Afaf syahira. Dia mengetahui tujuan kedatangan Datin susan sekeluarga setelah mendengar perbualan antara datin susan dengan Syazwan di mahkamah tempoh hari. Oleh itu, dia berpakat dengan Kak hana untuk menyelamatkan keadaan sebelum segala-galanya terlambat. Tapi dengan reaksi Afaf syazwani yang bersahaja, seakan-akan menerima lamaran tersebut. Afaf Syahira berasa risau. Kenapa secepat ini Adiknya itu berubah angin?
“Ting tong...”
“Assalamualaikum...”
Kedengaran suara perempuan memberi salam.  Afaf syazwani segera membuka pintu. Hatinya kembali berbunga melihat insan yang berdiri di belakang kak Hana.  Lalu kak Hana member isyarat kepada Afif untuk masuk ke dalam rumah terlebih dahulu.
“Auntie,uncle, syaz.. inilah lelaki yang wani maksudkan..dia lah lelaki yang wani nantikan.”
Afif yang tidak tahu menahu akan apa yang berlaku hanya berdiri kaku sambil memberi salam. Semua mata tertumpu kepadanya. Dia bersalaman dengan Encik satmi, Dato’ Aziz dan syazwan.
“Tak mengapa lah,kalau itu keputusan Wani, Auntie tak kisah. Kami hormati keputusan Wani.So, Wani nak ikut kami balik ke London atau tak?” Soal Datin susan, cuba menyembunyikan kekecewaannya.
“Mungkin tak auntie, wani nak stay dulu dekat sini. Terima kasih auntie.”
“Kalau macam tu, kami minta diri dulu lah ya? Sebab kami punya flight malam ni. Nak singgah di rumah adik uncle dulu di serdang. Jumpa di sana la nanti ya?” ujar Dato’ Aziz.
“Baiklah, hati-hati auntie, uncle..” Ucap Afaf. Mereka saling bersalaman. Sebelum meninggalkan rumah itu, Syazwan bersalaman dengan Afif.
“Bro, jaga wani baik-baik. I know you’re the right man for her.” Bisiknya.
“No worry, I’ll take care of her, better than I take care of myself.” Balas Afif.
Syazwan tersenyum, lalu melambaikan tangan kepada Afaf.
“Take care rose..” hatinya berbisik.
“Jadi, ini lah zainul afif ya?” soal Encik Satmi. Sambil menepuk bahu bakal menantunya itu.
“Ya saya.” ujarnya tersenyum.
“Welcome to the family!” ujar Encik satmi sambil tersenyum memandang afif. Afaf tersipu malu. Hatinya berasa amat gembira. “Alhamdulillah..” monolog si bidadari di hadapan puteranya.
“Kalau macam tu, apa kata kita percepatkan tarikh perkahwinan kamu berdua. Apa pendapat kamu afif?” Ujar ibu Afaf gembira.
“Eh, biar betul ni makcik?” Afif seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Adakah dia sedang bermimpi?
“Betul la..benda baik haruslah disegerakan. Next week nikah, lepas tu Afif hantar Afaf pergi London, boleh? Afaf  tu kena belajar lagi. Dia mana habis lagi Phd tu afif oi.” Ujar bapa afaf dengan bersemangat.
“Kalau macam tu kata pakcik, saya ikut je. Lagipun saya memang dah bersedia untuk bernikah.”
“Amboi..semangat..” Usik Afaf syahirah, sambil mengenyitkan mata kepada Kak Hana.
“Tak nak ucap terima kasih dekat kami ke? Kak hana pecut laju tau takut laa bunga terlepas di tangan orang.” Ujar Kak  Hana mengusik.
“Terima kasih kak ira, Kak Hana..kak Hana boleh jadi pemandu Formula one dah ni. Laju betul drift tadi. Kecut perut saya.” Seloroh Afif. Kak Hana mencebik lalu ketawa.
“Ha, so get ready lah ya afif? Afaf setuju dari tadi lagi tu.” soal Encik Satmi kembali.
“Baiklah makcik, pakcik..” jawab afif sambil tersenyum.
“Apa kata pakcik makcik tu, cuba tukar kepada mak dan ayah?” usik Kak Ira.
“baiklah, mak, ayah..” sahut Afif. Semua yang ada disitu ketawa bahagia. Yang paling bahagia pastilah afaf dan afif. Segala penantian sebelum ini tidak sia-sia. Mereka bakal diijabkabulkan dalam masa terdekat. Alangkah bahagianya hati Afif. Setiap dugaan yang berlaku ada hikmahnya.Ini lah hikmah buat dirinya. Dia melemparkan senyuman kepada afaf  lalu afaf tertunduk malu.
***************************************************************************
“Aku nikah akan dikau, zainul afif dengan Afaf syazwani dengan mas kahwin sebanyak sembilan ribu ringgit,tunai.”
“Aku terima nikahnya Afaf  Syazwani dengan mas kahwin sebanyak  sembilan ribu ringgit, tunai.”
“Sah?”
“sah-sah”
“Alhamdulillah..”
“Mabrook ya syeikh..”

“Barakallahulakuma~”

Permata yang dicari : Bab 4

BAB 4 : Segenggam tabah

“Kenapa encik bunuh suami saya? Apa salah dia?” Puan Syarifah, isteri Prof Azman menyoal Afif yang sedang duduk di hadapannya dalam bilik melawat dengan linangan air mata.Duduk disisinya anak bongsu arwah prof Azman, Suraya.
“Ya Allah,puan.. bukan saya yang bunuh abang Azman. Takkan saya nak bunuh dia. Kami keluar minum air bersama-sama dan abang man yang ajak saya keluar. Puan percaya lah cakap saya. Masa kami nak pulang, ada seorang lelaki menghampiri abang azman lalu menikam  abang azman.” Ujar afif menerangkan peristiwa yang sebenar. Perkara yang sama diberitahu kepada polis yang menyoal-siasatnya sebentar tadi.
“Habis tu kenapa cap cari encik ada dekat pisau tu?”
“sebab saya pegang pisau tu, saya cuba nak cabut sebab abang azman terbaring di pangkuan saya masa tu. cuba puan bayangkan kalau puan berada di tempat saya.Saya faham perasaan puan, tapi saya tak bersalah.” Afif bersuara tegas demi membela dirinya. Dia cuba untuk tidak berkasar bahasa dengan Puan Syarifah kerana dia tahu, Puan Syarifah masih lagi bersedih atas kematian suaminya. Puan Syarifah tunduk, air mata mengalir semakin laju membasahi pipinya.
“Mummy..” panggil seorang lelaki di muka pintu.
“Eh, Farish..” Puan Syarifah mendongak ke pintu.
“Encik ni, yang kereta hari tu kan? Kenapa encik bunuh ayah saya?” Ujar Farish lalu meluru kearah Afif. Dia menghayun penumbuknya, tepat mengenai pipi kiri Afif tanpa sempat mengelak.Afif memegang pipinya yang terasa kebas.Belum sempat bergelut, mereka dileraikan oleh dua pengawal polis yang bertugas menjaga bilik tersebut.
“Farish! Mummy tak ajar Rish biadap macam tu” marah Puan Syarifah sambil memegang bahu anaknya. Afif hanya duduk memegang pipinya tanpa bersuara, tidak mahu keadaan menjadi lebih teruk lagi.
“Tapi lelaki ni yang dah bunuh daddy, mummy.” Jerit Farish sambil menundingkan jari ke arah Afif.
“Selagi mahkamah tidak membuktikan dia bersalah, dia tak bersalah Rish, you should know that.Mummy pun sedih dengan kehilangan daddy, tapi rish tak boleh buat macam ni. Kita tiada hak untuk hukum orang tanpa bukti.Biar pihak berkuasa yang menentukannya. Kalau betul dia bersalah, dia akan dapat balasannya.” Puan Syarifah berpaling kearah Afif dengan pandangan sayu. Lalu dia menarik tangan Suraya dan mengajak Farish keluar daripada tempat itu.

Tidak lama selepas Puan Syarifah berlalu, kedengaran suara seseorang memberi salam di muka pintu.
“Assalamualaikum, Afif..”
“Waalaikummussalam..” Afif yang sedang tunduk mendongakkan wajahnya. Dia terkejut melihat Kak Afaf ira yang turut hadir bersama-sama Kak Hana.
“Kak Ira datang jugak?” Tanya Afif, sedikit aneh dengan kedatangan bakal kakak iparnya itu.
“Ya, Kak Hana yang ambik Kak Ira datang dekat KL. Akak datang sini sebab akak risaukan awak.” Ujar afaf lalu mengambil tempat di hadapan afif.
“Afif,bukan kami je yang datang ni.” Kak Hana tersenyum sambil melihat kearah pintu. Serentak dengan itu, masuk Tengku diikuti Ayie dan Arifah daripada belakang.
“Ya Allah, tengku,Ayie! ujar Afif seraya berdiri.Dia bersalaman dengan sahabatnya itu.
“Banyakkan bersabar afif, saya tahu awak tak bersalah.” Ujar engku sambil memeluk Afif.dia menepuk-nepuk bahu Afif, memberi sokongan kepada sahabatnya itu.
“Betul tu Afif, banyakkan bersabar.Kak Hana akan tolong awak.” Ayie menambah sambil memeluk sahabatnya itu.Dia menoleh kearah farhana lalu tersenyum. Mereka berenam duduk sambil membincangkan tentang perkara yang berlaku.
“Satu je cara yang boleh kita lakukan dalam waktu yang terdekat untuk membuktikan Afif tidak bersalah.” Ujar kak Hana penuh bersemangat.
“Apa dia kak Hana?” soal Arifah sambil menggenggam erat tangan Ayie.
“Kita kena cari saksi.mungkin ada orang yang menyaksikan kejadian tersebut.Kalau kita ada sorang saksi pun sudah cukup untuk membuktikan yang zainul tak bersalah.” Jelas Kak Hana.Sebagai seorang peguam yang berpengalaman, dia sudah banyak kali mendapat kes sebegini. Tambahan pula, tiada bukti lain yang menunjukkan Afif bersalah. Ini bermakna, Zainul Afif bukan orang yang disyaki membunuh Azman Zulkifli.
“So, kalau macam tu, kita kena cari saksi tu secepat mungkin la kan?” Afaf menambah.
“Betul tu Kak, kita tak boleh bazir masa sekarang.Jom pergi!” ucap Tengku.Dia begitu ingin membantu sahabatnya yang seorang itu.
“Jap,awak dah beritahu afaf tentang hal ini?” soal Arifah kembali sambil memandang wajah Afif.
“belum, dan saya taknak beritahu dia.Kak Afaf ira tak beritahu Afaf mengenai hal ini kan?”
“Tak.”ujar Afaf sambil menggelengkan kepala.
“Saya harap awak semua tak beritahu dia.saya tak mahu afaf risau.”
“baiklah, kita kena bergerak sekarang, dah pukul enam ni.” Ujar Kak Hana.
“siapa nak ikut akak?” soalnya kembali.
“saya!” Ayie,tengku dan Arifah berkata serentak.
“Saya mestilah akan ikut kemana saja kak Hana pergi, kan?” ujar Afaf sambil mengenyitkan matanya. Farhana tersenyum riang.Mudahlah kerjanya untuk mencari saksi dengan adanya pertolongan adik-adik juniornya itu.
Mereka semua keluar daripada bilik melawat.Belum sempat Kak Hana keluar, Afif memanggilnya.
“Kak Hana..”
“Ya Afif?”
“Terima kasih banyak-banyak sebab bantu saya.Saya harapkan kak Hana untuk kes ini.”
“Tak ada apa-apa lah afif, rilek laa..”
“Saya memang terhutang budi dengan kak Hana ni.” Bergenang air matanya tatkala itu.
Farhana teringat kembali sebelas tahun yang lalu, ketika dia ingin berhenti daripada menjadi guru sambilan di imtiaz, hatinya turut sebak ketika itu.
“kak hana nak berhenti betul-betul ke?” Afif bersuara perlahan, sekadar berbisik memandangku.
“ada ke orang berhenti main-main?”
“jangan la berhenti kak, kak takde nanti sunyi kita.”
“tapi adik kak hana dah tunggu kak hana dekat rumah tu.”
“kak balik, pastu datang balik lepas lepas tu..boleh?”
“tak janji laa afif,rilek laa.” Aku membalas sambil tersenyum.
“setara kita sedih kak nak berhenti, tak tau la kalau afaf tu, nangis kot.”
“ye ke sedih?”
“kak, kalau boleh nangis, kita nangis. Mujur takleh nangis je ni.”
“Alaa,rilek laa.”
Perasaan sebak yang sama, namun situasi dan jalan ceritanya berbeza. ”Berat sungguh dugaanmu adikku.” monolog hatinya.Lantas, dia cuba untuk mengubah angin.
“Sabar ya Afif, jangan la sedih camtu.lagipun akak tolong ni bukan bukan free ya.Nanti awak menang kes ni, sila bayar cash dekat kak Hana 30k. Bukan cheque tau, akak nak cash. Assalamualaikum~” Farhana ketawa lalu keluar daripada tempat itu.Sebenarnya dia tidak ingin mengalirkan air mata di hadapan Afif.Oleh itu, dia cuba menahan sebak.Afif ketawa kecil lalu menjawab salam. Dia tahu yang kak Hana hanya bergurau.
“Moga Allah memberkatimu,ukhtiku.” Ungkapnya di dalam hati. Kedua-dua pengawal yang mengawasi Afif terus membawanya kembali ke lokap. Itu kali pertama dalam hidupnya tidur di dalam lokap. Afif yakin, ada hikmah di sebalik semua ini. Allah tidak akan menguji hambanya,melainkan dengan sesuatu yang mampu ditanggung oleh hambanya.

Setibanya Farhana, Tengku dan tiga yang lain di tempat kejadian, mereka berpecah untuk mencari orang-orang yang mungkin menyaksikan kejadian tersebut.
“Pakcik, pakcik nampak tak masa orang mati kena tikam tu?” Tengku bertanya kepada seorang pegusaha kedai runcit yang terletak berhampiran dengan tempat letak kereta itu.
“Pakcik ada juga dengar, tapi pakcik tak nampak pula masa kes tu berlaku.Masa ambulan datang tu pakcik tengok ada dua lelaki, satu yang meninggal, satu lagi habis berdarah baju dia” Ujar pakcik itu.Kelihatannya dia begitu semangat bercerita.
“Jadi pakcik tak tau la sape yang bunuh ni?” soal tengku sambil memicit kepalanya yang agak pening.
“Tak tahu nak, pakcik pun tak tahu. Dengar kata polis dah tangkap orang yang bunuh laki tu.”
“oh, tak apa lah pakcik ye, terima kasih.” Ujar Tengku ramah, lalu meminta diri.Dia segera keluar daripada premis itu.
Dua jam berlalu, namun mereka masih tidak menjumpai orang yang melihat kejadian itu. Afaf dan farhana kembali ke kereta Persona milik farhana yang diletakkan di tempat letak kereta tersebut.Mereka menunggu Ayie, Arifah dan Tengku untuk berangkat pulang.Sementara menunggu, Afaf berbual dengan Farhana tentang perkara tersebut.
“Kak Hana, macam mana ni, dah semua tempat kita cari tapi semua cakap tak tahu pasal kejadian tu. Saya bukan berputus asa, tapi saya risau pasal Zainul afif dalam lokap tu. Kalau kita tak jumpa saksi kes ni, macam mana? Kesian dia kena tidur dalam lokap malam ni.cuba kak hana bayangkan, kalau kita tak dapat saksi, alamatnya lagi lama la dia kena tidur dalam bilik berjeriji besi tu.” Ucap Afaf sedih.Dia tidak dapat membayangkan bagaimana rasanya jika dia berada di tempat bakal adik iparnya.
“Rilek, jangan panik awak, doa banyak-banyak, insyaAllah ada orang yang tengok kejadian itu.Mesti ada punya.Doa biar dipermudahkan Allah.Kak Hana harap ada orang yang dengar, Cuma kita kena usaha lagi.Tambah pulak dah dekat maghrib dah ni,lepas solat,kita datang lagi sini.Mana tahu ada rezeki kan?”Farhana cuba menghilangkan perasaan takut yang dialami oleh sahabatnya itu.
Benar kata orang,bercakap waktu siang,pandang-pandang, bercakap waktu malam,dengar-dengar.Tiba-tiba,muncul seorang perempuan tua,berjalan kearah mereka.Rupa-rupanya makcik itu dari tadi telah mendengar perbualan diantara afaf dengan Kak Hana sebentar tadi.
“Makcik nampak kejadian tu, bukan lelaki muda berbaju kemeja itu yang menikam rakannya, tapi orang lain.” Ucap makcik itu. Afaf dan farhana berpandangan antara satu sama lain. Antara takjub dan gembira. Setelah mendengar penjelasan daripada insan yang dicari-cari, Farhana meminta butiran diri makcik tersebut, lalu memintanya untuk tunggu di sini pada pukul 8 pagi esok. Dia sendiri yang akan menjemput makcik itu dan akan membawanya sendiri ke mahkamah.Lalu makcik tersebut meminta izin untuk pulang kerana hari sudah semakin lewat senja.
“Alhamdulillah afaf, tengok, Allah sentiasa membantu hambanya yang berada di dalam kesusahan.” Ujar kak Hana sambil tersenyum gembira memeluk afaf.
“Kak, saya tak jumpa saksi.” Tengku menghampiri mereka.
“Kami pun.” Ujar Ayie dengan wajah yang sayu. Mereka turut berasa risau kerana tidak dapat menjumpai orang yang boleh menjadi saksi.
“Tak mengapa,masuklah dalam kereta.Jangan risau ya, esok Kak Hana akan usahakan juga cara untuk kita tolong zainul.” Ujar Kak Hana, sambil mengenyitkan mata kepada afaf yang duduk di sebelahnya.
“Mummy, kita nak pergi mana ni? Ni bukan jalan nak pergi rumah auntie kan?” Syazwan bertanya setelah melihat jalan yang dilalui mereka tidak sama dengan jalan yang biasa dilalui.
“Dear, we are heading to mahkamah, sayang. Auntie ada dekat sana, pagi ni ada perbicaraan kes uncle.” Terang Datin susan kepada anaknya.
“Syazwani tak kisah kan ikut kami dulu?” soal Datin kepada Afaf yang senyap sedari tadi.
“No auntie, saya ikut je.” Afaf mengukir senyum. Dia mengalihkan pandangan ke luar tingkap apabila bertentang mata dengan Syazwan.Sungguh, syazwan memiliki sepasang mata yang tajam menggoda. Namun hatinya tidak mudah di tawan dengan hanya sepasang mata, ia memerlukan lebih daripada itu,kesetiaan dan keikhlasan.Segala kriteria itu terdapat pada Afif, maka kerana itulah sudah sekian lama hatinya terpaut pada jejaka itu,yang kini bertakhta di sanubarinya. Walau jasad terpisah tapi raganya tidak.Afaf memejamkan matanya.Mengimbas kembali kisah yang berlaku dahulu.
“Afaf, nak tahu something tak?” Soal Kak Hana sambil tangannya menekan pad kekunci telefon.
“Apa kak hana?” Afaf memegang tangan seniornya itu, dengan muka yang teruja untuk mendengar cerita.
“Masa awak tengah leka tengok sekolah Tengku Mahmud berforum tadi,kak hana tanya afif..”
“Kak hana tanya apa?”
“Excited nampak.rilek-rilek..Kak hana tanya afif, ada banyak bunga atas tu kan, so kak hana suruh dia pilih yang mana satu dia nak untuk bagi awak.Cuba teka dia balas macam mana?”
“Dia ambik bunga ros?”
“salah..”
“dia..pilih bunga yang paling cantik atas pentas tu.betul tak?”
“pun salah..”
“alaa..dah tu?”
“dia cakap dia taknak semua bunga tu.dia nak bunga dekat bawah ni je.siapa lagi, kalau bukan awak.Haha~” cerita Kak Hana ringkas.niatnya memang untuk mengusik afaf, tapi hakikatnya cerita itu fakta yang tepat lagi jitu, bukan auta semata-mata.
“Kak Hana.betul ke ni..hehe.” Afaf tersipu-sipu malu.
“haa, malu la tu. Kak Hana tak tipu okay! Tanya Afif tu. Betul tak afif?” Kak hana menguatkan suaranya agar didengari oleh afif yang berada di meja hadapan.
“ha? Betul kak, betul tu.” Jawab afif spontan, walaupun sebenarnya dia tidak tahu akan perkara sebenar yang dibualkan oleh Kak hana dan afaf.
Afaf tersenyum. Itu antara kenangan manis yang terjalin di antara dirinya dan afif di bangku sekolah dahulu. Afaf berhajat untuk menghubungi afif selepas pulang ke pangkuan keluarganya sebentar nanti. Dia tersenyum penuh keterujaan memikirkan perkara tersebut.
Tengku, Ayie, Arifah dan afaf mengambil tempat di bahagian hadapan mahkamah, tempat duduk yang disediakan untuk orang awam. Sejurus dengan itu, perbicaraan dimulai dengan hakim memanggil masuk tertuduh dan peguam bela serta peguam cara yang akan menjalankan perbicaraan. Afif yang diiringi seorang pegawai polis masuk ke kandang tertuduh, manakala Kak Hana berjalan menuju ke ruangan yang disediakan untuk peguam bela.
Pada masa yang sama, Syazwan dan keluarganya masuk ke ruangan mahkamah, diikuti Afaf syazwani. Afaf terkejut melihat Afif yang berdiri dalam kandang tertuduh,begitu juga afif yang terpaku melihat kehadiran afaf yang tidak dijangka-jangka.Setelah sembilan tahun tidak bersua muka, akhirnya pandangan mereka bertaut di dalam mahkamah ini. Satu pertemuan yang menyedihkan sekali. Namum Afaf segera mengorak langkah, mengambil tempat di sisi Datin Susan. Di benaknya lahir pelbagai persoalan. Apa sebenarnya yang berlaku?
“Tertuduh, Zainul Afif disabitkan dengan tuduhan membunuh Azman bin Zulkifli.” Hakim mula membacakan pertuduhan kes.  Bulat mata afaf mendengarkan pertuduhan itu. Dia terkejut dengan  apa yang didengarinya sebentar tadi. Benarkah hal ini? Tanpa disedari, air mata menitis membasahi pipi. Dia tidak dapat menahan sebak yang meruntun hati. Makin lama, makin deras air matanya mengalir. Dari jauh, afif memandang wajah afaf dengan pandangan yang sayu.
“Tuan yang dipertua, walaupun cap jari tertuduh ada pada pisau yang ditikam pada mangsa, tidak semestinya tertuduh bersalah. Seperti yang kita sedia maklum, anak guaman saya ini merupakan rakan akrab mangsa. Adalah tidak logik jika tertuduh membunuh mangsa dengan menggunakan pisau kerana tertuduh boleh menggunakan teknik lain yang lagi berkesan untuk membunuh tanpa meninggalkan bukti.” Farhana Izmira mula memberikan hujah untuk membela Afif. Dengan tegasnya dia memberikan sebab-sebab yang mengakibatkan timbulnya keraguan pada tuduhan yang dijatuhkan ke atas tertuduh.
“Tuan yang dipertua, saya mohon izin mahkamah untuk menjemput masuk seorang saksi bagi kes ini.” Farhana menyambung bicara sambil melihat tepat kearah Hakim.
“Mahkamah mengizinkan saksi masuk ke kandang saksi.”  Lantas Makcik Vivian masuk.
“Boleh ceritakan sedikit sebanyak tentang diri anda?” soal Farhana kepada saksi.
“Saya Vivian wong, seorang tukang sapu sampah yang bekerja di sekitar kawasan tempat letak kereta.”
“Makcik Vivian, pada hari Khamis yang lalu, di manakah makcik berada pada jam kira-kira lima petang?”
“Saya sedang berehat di bawah sebatang pokok, di tempat letak kereta itu selepas membersihkan kawasan itu.”
“Adakah makcik melihat dengan mata sendiri akan kejadian yang berlaku pada waktu itu?” Farhana kembali menyoal.
“Ya. Pada waktu itu, dua orang lelaki berbaju kemeja putih sedang dalam perjalanan menuju ke keretanya.Tiba-tiba datang seorang lelaki yang memakai t-shirt tidak berkolar dan berkacamata gelap, menghampiri mangsa. Lelaki itu mengeluarkan sebilah pisau lalu menikam mangsa.Lelaki itu melarikan diri dengan serta merta manakala mangsa jatuh terduduk. Seorang lagi lelaki yang berdiri di kereta di sebelahnya segera mengejar pembunuh itu, namun dia kembali mendapatkan mangsa. Lelaki itu ingin mencabut pisau daripada perut mangsa. Dia memangku mangsa yang tercungap-cungap, sukar untuk bernafas.kelihatan mangsa mengucapkan sesuatu pada lelaki yang memangkunya itu. Tidak berapa lama kemudian, lelaki itu meninggal dunia. Beberapa minit selepas itu, ambulan dan polis sampai di tempat kejadian.” Makcik Vivian menyebut setiap butir peristiwa yang disaksikan sendiri olehnya pada masa itu.
“Makcik Vivian, adakah makcik cam lelaki ini? “ Soal Farhana kembali, sambl menundingkan jari kearah Afif.
“Ya,dia lah yang memangku mangsa.”
“Adakah dia yang telah menikam mangsa?”
“Tidak.”
“Adakah makcik Vivian kenal dengan tertuduh sebelum kes ini?”
“Tidak. Itu pertama kali saya melihat wajahnya, dan saya yakin, dia bukan orang yang membunuh mangsa.Walaupun saya dah tua, tapi saya masih ingat wajah lelaki yang telah menikam mangsa.Dia bukan orangnya.” Ucap makcik Vivian.
“terima kasih makcik Vivian.”
“sama-sama.”
“tuan yang dipertua, seisi mahkamah juga sudah mendengar penerangan daripada makcik Vivian. Saya yakin, tuan yang dipertua, anak guam saya tidak bersalah. Mohon mahkamah menarik balik tuduhan yang dijatuhkan ke atas saudara zainul Afif.”  Farhana mengucapkan kata-kata terakhir sebagai penamat kepada proses pembelaan. Setelah itu, Yang dipertua hakim berbincang dengan sidang mahkamah sebelum memutuskan keputusan sepakat ke atas tertuduh.
“Mahkamah memutuskan bahawa Zainul Afif ,dengan ini didapati, tidak bersalah.”
Afif mengucap syukur. Afaf syahira memeluk Farhana. Ayie mendakap isterinya. Tengku melemparkan senyuman kepada Afif manakala di sebelah sana, Afaf menyeka air matanya.
“Alhamdulillah ya Allah..” Ucap mereka serentak.


Permata yang Dicari : Bab 3

Bab 3 : Allah uji tanda Allah sayang
                                 

“Okay, class is dismiss” Ucap Afif lalu mengemaskan failnya.Kuliahnya pada hari ini tamat pada pukul 4 petang. Afif melangkah menuju ke kereta untuk pulang ke rumah.Masih tergiang-giang di telinganya suara Kak Ira yang memberitahu bahawa Afaf dipukul di London ketika ingin menyelamatkan orang. Sungguh walaupun Afaf seorang yang berperwatakan lembut tetapi dia seorang yang tegas.Afif tersenyum sendirian apabila memikirkan yang Afaf telah mempunyai tali pinggang hitam dalam taekwando manakala dirinya tali pinggang kuning pun tiada.
“Prof ! nak balik dah ke?” tegur Professor Azman, rakan sejawatannya.
“Eh,abang, ingat nak balik rumah terus ni. Kenapa?” Afif menjawab sambil membuka kunci keretanya.
“Jom keluar makan dulu nak? Aku belanja dekat Restoran Angsana. Lama dah tak borak dengan kau.”
“boleh jugak tu, jom lah.” Ucap Afif lalu mereka menaiki kereta masing-masing menuju ke tempat yang dijanjikan.
Setibanya di sana, mereka mengambil tempat di bahagian tepi kiri restoran.Lebih selesa untuk berbual daripada berada di meja tengah.
“Apa khabar anak bini abang?” soal Afif membuka bicara.
“Sihat. Kau pulak macam mana? Bila nak kahwin?” Azman kembali menyoal. Dia menghirup air kopi yang dipesan sebentar tadi.
Afif tunduk sambil mengacau air kopi di dalam cawan. Lalu dia mengangkat mukanya, memandang Azman sambil tersenyum.
“Entahla abang, kalau dah sampai masanya nanti,saya nikah la.”
“Dah ada calon?”
“Dah, orang Terengganu.”
“Oh dekat la macam tu, kau Kelantan kan Afif. Sebelah je la ye.” Usik Prof Azman.
“Dekat la nampaknya, kalau jodoh saya dengan dia,insyaAllah.”
“Aku nampak kau macam susah hati je ni, kenapa?”
“takde la abang man, saya risaukan future wife saya tu la. Dia ada dekat London sekarang ni.Baru lepas keluar hospital sebab kena pukul time nak selamatkan orang.”
“Laa..dia kerja polis ke kat London tu?
“ish, mana ada la, dia tengah belajar, course perubatan. Masa tu dia nak selamatkan ada orang kena belasah ni. Lepas tu dia pulak kena pukul.Kakak dia yang call beritahu saya semua ni.”
“macam tu, dah ok ke belum?”
“dah, tapi saya ingat nak pergi lawat dia la man.apa pendapat abang?”
“pergi lah, tak ada masalah pun kalau kau nak pergi lawat dia kat sana tu.”
“tapi saya dah sembilan tahun tak jumpa dia.”
“lamanya afif.tapi Kau pergi je la. Nampak kesungguhan kau ambil berat pada dia.bila plan nak pergi sana?”
“Mungkin minggu depan, insyaAllah. Tapi saya belum beli tiket flight lagi la.”
“Alah, yang tu tak ada masalahnya lah.haha.rindu isteri la tu.” ujar Azman sambil ketawa. Dia tahu bahawa sahabatnya yang dianggap seperti adik sendiri itu sedang menanggung rindu.Lagipun, mestilah dia faham perasaan Afif kerana dia sendiri telah berumah tangga.Kalau ditinggalnya isteri selama sehari pun sudah menggunung rindu, apatah lagi sembilan tahun.
Usai makan, Afif dan Azman berjalan menuju ke kereta untuk pulang. Semasa Azman ingin membuka pintu keretanya, tiba-tiba datang seorang lelaki lalu menghampiri Azman.
“Ya Encik ada apa?” soal Azman apabila melihat lelaki itu merapatinya. Afif pula berdiri di sebelah pintu keretanya sambil melihat kearah lelaki itu.
Tiba-tiba lelaki yang tak dikenali itu mengeluarkan sebilah pisau lalu menikam perut azman. Darah membuak-buak keluar. Lelaki itu berlari meninggalkan azman yang jatuh terduduk di tepi keretanya sambil menahan sakit. Afif yang terkejut terus berlari mengejar lelaki itu,namun tidak Berjaya kerana lelaki itu terlebih dahulu pantas menyelinap di lorong belakang kedai. Afif berlari kembali ke kereta untuk menolong azman.
“Allahurabbi, Afif ! tolong aku Afif.” Ujar azman sambil darahnya membuak-buak keluar.
“Bertahan abang man, bertahan, saya akan bawa abang ke hospital.” Ujar Afif sambil memangku kepala azman, dia memegang pisau yang terpacak di perut sahabatnya itu.Azman kelihatan semakin sukar untuk bernafas.
“bertahan abang, mengucap..”  
“tolong..kalau aku mati..tolong beritahu anak dengan isteri aku afif..yang aku..sayang diorang..”
“Abang jangan cakap macam tu, mengucap abang, bertahan..”
Namun apakan daya, belum sempat Afif mengangkat azman masuk ke dalam kereta, sahabatnya itu telah pun meninggal dunia di ribanya.
“Innalillahiwa inna ilaihi rajiun..abang azman” Ucap afif perlahan , penuh sayu. Dia tidak menyangka semua ini akan berlaku dengan sekelip mata. Orang awan yang kebetulan lalu di situ menelefon polis dan ambulan. Setibanya ambulan di sana, jenazah Azman dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.
Setelah memberi keterangan dibalai polis, Afif segera pulang ke rumah. Dia membasuh baju yang penuh berlumuran dengan darah itu. Di fikirannya tergiang-giang amanat akhir abang azman sebentar tadi.
“tolong..kalau aku mati..tolong beritahu anak dengan isteri aku afif..yang aku..sayang diorang..”
Dua perkara yang kini bermain di benaknya. Afaf dan abang Azman.Allahurabbi, jiwanya menjadi makin sayu, sayu menanggung rindu dan sayu dengan kehilangan insan yang disayangi umpama abang kandungnya sendiri.
********************************************************************************
“Good morning wani.” Ujar syazwan sambil tersenyum.
“Good morning syaz.” Afaf membalas senyuman. Dia baru sahaja tahu bahawa kedai bunga yang selalu dikunjunginya itu ialah milik syazwan. Entah mengapa, selepas kejadian itu, syazwan sering berada di kedai bunga milik ibunya itu.
“red roses?” soal syazwan sambil menghulurkan sejambak bunga ros segar kepada Afaf.
“ohh thank you so much..” Afaf mencium bau harum bunga ros tersebut. Memang harum sekali baunya.
“Auntie susan sihat , syaz?” soal Afaf kembali.
“Sihat, Alhamdulillah. Wani cuti kan sekarang?”
“ya, cuti dua minggu. Why?”
“Actually, mama, papa and I nak berangkat ke Malaysia sekejap lusa. Jom la ikut sekali. Pasal tiket semua jangan risau, papa uruskan.”
“Oh really? Kenapa tiba-tiba nak balik Malaysia?”
“Uncle I meninggal. Kami nak lawat keluarga uncle.” Ujar syazwan, menerangkan perkara yang berlaku.you nak ikut tak?”
“well, of course i nak, tapi I segan.”
“syazwani, mama I kan ada. You tak payah nak segan la.apa-apa hal i inform you later okay? Balik nanti kemas barang you tau, lusa dah nak pergi.” Ucap syazwan gembira. Sebenarnya selain melawat keluarga arwah pakciknya, ada agenda lain yang tersembunyi.
“Okay, see you later.kirim salam dekat dato’ dan datin ya?” ujar Afaf lalu meminta diri. Dia segan sebenarnya untuk mengikut mereka sekeluarga, tapi jauh di sudut hatinya, afaf gembira kerana dia akan bertemu dengan keluarganya di Malaysia.sudah setahun dia tidak pulang ke Malaysia sejak kali terakhir dia menjejakkan kaki di Negara tanah tumpah darahnya itu. Sejak peristiwa yang berlaku dua bulan lalu, hubungan Afaf dan family Datin susan semakin akrab. Syazwan juga sering membantunya jika dia dan sophie dalam kesusahan.Dato Aziz juga baik dengannya. Afaf melangkah sambil mencium ros yang dipegangnya. Hatinya berbunga riang. Yang pasti, kepulangannya ini akan dirahsiakan kepada keluarganya. Dia mahu membuat kejutan kepada keluarga tercinta di sana.


‘ting-tong..’ kedengaran bunyi loceng yang dipasang memenuhi segenap ruang. Siapa pula agaknya yang menekan loceng tersebut. Jam baru menunjukkan pukul 8 pagi. Kebetulan hari ini hari ahad, maka Afif mengambil peluang untuk berehat di rumah sahaja. Afif meletakkan akhbar yang dibacanya lalu membuka pintu.
“Ini encik Zainul Afif?” soal seorang lelaki yang lengkap berpakaian seragam polis.terdapat dua orang lagi anggota polis di belakangnya.
“Ya, saya zainul Afif. Ada apa yang boleh saya bantu?” soal Afif.
“Saya inspektor Razif , maafkan saya, kami perlu menahan anda, sila ikut kami ke balai.” Ujar pegawai polis tu lalu kedua-dua tangan Afif digari oleh dua pegawai polis yang berada di belakang.
“Tapi encik, apa salah saya?” Afif yang terkejut dengan tindakan lelaki itu segera menyoal.Dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku.
“Encik didapati bersalah atas tuduhan membunuh Encik Azman Zulkifli, beberapa hari lalu dengan sebilah pisau.”
“Tapi bukan saya yang bunuh dia, saya tak bersalah encik!”
“Encik boleh menjelaskannya dibalai polis, tugas kami adalah untuk menahan encik.sila ikut kami ke balai.” Ujar pegawai polis itu tegas.
Farhana termenung di biliknya. Panggilan yang diterimanya sebentar tadi begitu mengejutkan. Afif meminta pertolongannya untuk membela dirinya berkaitan dengan kes bunuh.
“Ya Allah..” monolog hatinya. Dia turut bersimpati pada nasib yang menimpa bekas anak muridnya itu. Yang pasti, dia sudah bersiap sedia untuk membantu Afif sekaligus menegakkankan keadilan. Afif tidak bersalah. Setelah mendengar apa yang diceritakan oleh afif sebentar tadi, Farhana yakin afif tidak bersalah.Dia kenal benar dengan perangai afif. Lantas Farhana mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor seseorang.
“Hello, assalamualaikum..Afaf, ni Kak Farhana.”
“Waalaikummussalam. Kak Hana! Lamanya tak dengar khabar.sihat?” ujar Afaf Syahira, teruja. Afaf syahirah merupakan kakak kepada Afaf syazwani yang kini bertugas di Kuala Lumpur sebagai seorang doktor pakar bedah.
“Alhamdulillah, awak sihat?”
“Sihat, Alhamdulillah.”
“Afaf, Kak Hana ada something nak bagitau awak ni.”
“Apa dia kak Hana?”
“Zainul..Zainul ditahan polis atas tuduhan membunuh.”
“Astarghfirullahal azim..biar betul kak Hana? Takkan la zainul sanggup bunuh orang?”
“betul ni,takkan la akak nak tipu. Tapi zainul tak bersalah.Akak yakin dia tak bersalah. Pagi tadi dia ditahan polis. Tengahari tadi dia call minta tolong akak uruskan kes dia.Esok dia akan dibicarakan di mahkamah Nilai. Sekarang dia ada dekat balai polis tu.”
“Kak Hana, saya nak pergi lawat dia. Kak Hana datang ambil saya boleh?”
“ambil dekat rumah awak ke? Husband awak bagi tak ni?”
“InsyaAllah dia bagi. Hehe..saya tak susahkan kak hana kan?”
“Ala, chill la, tak kisah pun.bersiaplah, dalam sejam lagi akak sampai.”
“thanks kak hana, love you sis.”
“love you too..assalamualaikum..”
“waalaikummussalam.
Peguam itu mencapai kot yang disangkut di almari lalu mengambil kunci kereta di dalam laci. Sebelum sempat keluar daripada rumah, dia terdetik untuk menghubungi Ayie. Lantas nombor ayie segera didail.
“Assalamualaikum.” Kedengaran suara lembut menjawab panggilan.
“waalaikummussalam, sape budak comel yang angkat ni?” Farhana turut membuat suara seperti budak kecil.
“Ni Danish..nak cakap dengan siapa?”
“alolo Danish comel..auntie hana nak cakap dengan papa. Papa ada?”
“Papa takde, mama je ada. Nah cakap dengan mama ye?”
“mama pun boleh..” ujar farhana ketawa. Dia geli hati mendengar suara comel si kecil itu.
“Assalamualaikum Kak Hana.” Suara Arifah menyapa di hujung talian.
“Waalaikummussalam epa..ayie ada?”
“Ayie tido la kak hana. Kenapa?”
“Epa, zainul kena tahan polis, sekarang dia ada dekat balai polis nilai. Ayie tak kerja hari ni kan?”
“Astarghfirullahal azim..kenapa kena tangkap kak Hana?Ayie cuti, klinik tutup hari ni.”
“Apa kata awak datang nilai? Kita lawat Zainul petang ni.Esok bicara dekat mahkamah.”
“insya Allah, sekarang jugak saya beritahu ayie.”
“Datanglah ya? Pukul lima jumpa dekat sana, suruh ayie ajak tengku sekali. Bank pun tutup ni.”
“bereh, insyaAllah.”
“ok, assalamualaikum.”
“waalaikummussalam.”

Farhana segera menghidupkan enjin kereta. Banyak destinasi yang perlu dituju. Yang pasti, tujuannya satu, untuk membantu sahabatnya yang seorang itu.