Monday, July 22, 2013

Langkah Tercipta : Bab 1

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;
tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu,
mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka
diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan
untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih
suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.” (Albaqarah,ayat 24)


Afif memandang jam di dinding, jarum menunjukkan tepat pukul 4.30 petang. Sudah masuknya waktu bagi solat fardhu asar bagi kawasan Besut. Dia segera mengemas fail-fail yang bertimbun di atas mejanya. Walaupun bekerja sebagai seorang pegawai agama di pejabat agama daerah merangkap Ahli dewan undangan bagi parlimen Besut, dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya kepada Yang Maha Esa. Afif mencapai kunci keretanya lalu bergegas keluar daripada bangunan biru yang tersergam indah itu.

“Allahumma solli wasallim a’la..muhammad” telefon bimbit milinya berdering, menandakan ada panggilan masuk daripada satu nombor yang tidak dikenali. Afif segera menjawab panggilan tersebut.

“Assalamualaikum, ni YB Dato’ Zainul Afif?” satu suara kedengaran di hujung talian.
“Waalaikummussalam. Ya saya?”
“maaf mengganggu YB, saya Arif Afiq,setiausaha agong Barisan Nasional cawangan Kuala   Terengganu. Saya ingin menjemput YB ke satu program berbuka puasa bersama Perdana Menteri di Kuala Terengganu esok pada jam enam petang. YB dijemput untuk memberikan satu ceramah khas bersempena ramadhan.bolehkah YB hadir?” terang lelaki tersebut panjang lebar.
“Insya Allah, saya akan cuba untuk hadir.esok jam enam petang ya?” soal Afif untuk mendapatkan kepastian.
“Ya YB. Jemput datang bersama keluarga. Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, YB boleh hubungi saya kembali di nombor ini.”
“insya Allah..terima kasih ya.”
“terima kasih kembali. Maaf kerana telah menggangu masa yb.”
“tidak mengapa, assalamualaikum.”
“waalaikummussalam.”
Telefon bimbit itu dimasukkan ke dalam poket.Afif segera menghidupkan enjin kereta. Lantas, dia menuju ke masjid yang berdekatan untuk menunaikan solat asar sebelum pulang ke rumah.
Usai makan malam, Afif berbual dengan isterinya tentang pelawaan yang diterimanya sebentar tadi.
“Awak nak ikut tak abang pergi Majlis Iftar dekat Kuala Terengganu esok?” Soal Afif kepada isterinya.
“pukul berapa?” Afaf menyoal kembali.Mereka sekarang sedang berehat bersama-sama di ruang tamu.
“Pukul enam start. Tapi abang pergi lepas asar.sampai awal sikit insya Allah.”
“boleh juga.lagipun esok jadual saya tak padat sangat dekat hospital tu.” Jawab Afaf ringkas.
   Sebagai seorang doktor pakar di Hospital daerah Besut, Afif faham benar kesibukan kerjaya isterinya itu.Namun begitu, sejak menjadi doktor kira-kira setahun yang lalu.Afaf bijak dalam menyusun masanya agar dia tetap dapat meluangkan masa bersama anak dan suami yang tercinta.
***************************************************************************
“oleh itu, bersama lah kita hayati bulan ramadhan yang penuh berkah ini. Sesungguhnya, terdapat seribu satu kebaikan yang terkandung di dalamnya, rebutlah peluang yang ada,mungkin kita tidak akan berkesempatan lagi berjumpa dengan ramadhan pada masa yang akan datang. WallahuA’lam.sekian sahaja daripada saya,Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.”
Afif mengakhiri ceramahnya pada petang itu disambut dengan tepukan gemuruh daripada sidang dewan. Majlis berjalan dengan lancer sekali. Ramai juga ahli dewan undangan dun, parlimen dan negeri yang hadir ke majlis itu. Pendek kata, ramai ahli politik yang turut serta dalam majlis iftar bersama Perdana Menteri tersebut.
“YB, kenalkan, ini isteri saya.” Tutur Dato’ Asyraf, adun Dungun kepada Afif. Afif sekadar tersenyum. Dato’ Aasyraf baru sahaja melangsungkan perkahwinan sebulan yang lalu. Patutlah wajahnya sentiasa berseri-seri.
“YB datang seorang diri je ke?” soal Dato’ Asyraf kembali.
“Tak la, saya datang dengan isteri dan anak saya. Mereka ada di sana.” Ujar Afif sambil menunjuk ke arah afaf yang sedang berbual bersama-sama beberapa orang wanita yang berada di situ.
“so, macam mana perkembangan daerah YB? Semua okay?” soal Dato’ Asyraf lebih lanjut.
“Alhamdulillah, setakat ini semuanya ok. Sekarang saya tengah menguruskan majlis naik taraf bagi Sekolah Menengah Imtiaz Besut. Nak perbesarkan lagi kawasan sekolah tu.”
“Bagus jugak tu. Saya suka tengok pelajar sekolah tu. Masa saya melawat imtiaz dungun tempoh hari, sejuk je hati tengok anak-anak muda mengaji al-Quran. Saya ingatlah YB, nanti bila saya ada anak, saya nak hantar semua anak-anak saya bersekolah di imtiaz.” Ujar Dato’ Asyraf bersungguh-sungguh.
“Ha, elok sangat lah tu. Saya pun memang berniat nak hantar anak saya dekat situ.Nanti anak saya jadi senior kepada anak dato’ lah ya?” Afif berseloroh. Mereka saling ketawa mesra.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, ketika melalui satu kawasan pantai, Afif melihat beberapa anak muda yang sedang bermesraan bersama-sama pasangan masing-masing. Dia cuba untuk bersangka baik. Mungkin mereka pasangan yang sudah bernikah. Akan tetapi, ada di antara mereka yang kelihatan amat muda sekali, dalam lingkungan belasan tahun.
“Astarghfirullahal azim..abang, tengok tu.” Ujar Afaf sambil menggelengkan kepala.

Kelihatan seorang gadis yang berambut panjang berwarna perang sedang asyik berpelukan dengan seorang lelaki di satu bangku di bawah pokok.
Afif menggelengkan kepala melihat sikap remaja zaman sekarang yang terlalu bebas bersosial, sampaikan tidak malu untuk melakukan maksiat secara terbuka.walaupun hari sudah larut malam, mereka masih lagi berada di tepian pantai itu. Sedikitpun tidak ada perasaan hormat terhadap bulan ramadhan.
Afif singgah di masjid Hadhari yang bersebelahan dengan Bandar Jerteh untuk melaksanakan solat terawih secara berjemaah. Sekali lagi dia berasa sedih apabila melihat sekumpulan anak muda yang masih lagi menghabiskan masa dengan melepak di kaki lima Bandar, sedangkan azan sedang berkumandang di udara, menandakan sudah tibanya waktu untuk solat Isyak, sekaligus bersiap sedia untuk solat Terawikh. Dia turut berasa sebak apabila melihat jumlah saf yang hanya sekadar lima saf sahaja di dalam masjid yang serba luas itu. Ke mana perginya ratusan ribu penduduk disitu? Afif menggelengkan kepala. Dalam sujudnya, Afif memohon kepada Allah semoga diberi kekuatan dalam membantu menyedarkan umat Islam supaya tidak terus mengabaikan syariat Ilahi.
     Setiap malam sebelum tidur, Afif akan memikirkan masalah yang dihadapi oleh umat islam, khususnya masyarakat di daerah Besut itu sendiri. Sebagai seorang wakil rakyat yang bertanggung jawab untuk menjaga kebajikan penduduk di daerah Besut, Afif sedar bahawa dia memikul satu amanah yang besar. Lagi lama dia membiarkan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat itu berlaku, makin menggunung tinggi dosa yang dipikulnya. Makin jauh mereka akan hanyut dalam arus kesesatan.
“Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum, melainkan diri mereka sendiri”(AlQuran)
“Astaghfirullahal azim. Aku kena segera bantu mereka.” Desis hati kecilnya.

***************************************************************************

No comments:

Post a Comment