Wednesday, July 17, 2013

Permata yang dicari : Bab 2

Bab 2 : lafaz yang tersimpan
                                 
 Afif duduk di ruang tamu rumahnya sambil menghadap laptop yang telah menjadi peneman setia. Rumah banglo miliknya itu tersergam indah,namun tiada serinya. Kerana bunga penyeri berada jauh di negeri orang, sedangkan dia masih setia menunggu walaupun sudah 9 tahun mereka berjauhan. Mungkin tempoh itu satu jangka masa yang hanya sekejap jika dibandingkan dengan perpisahan Nabi Adam alaihi salam dengan Hawa’. Kisah cinta agung Adam dan Hawa’ menjadi bukti cinta mereka yang setia.Kesetiaan hambaNya yang menyerahkan pengharapan itu kepada Allah taala. Oleh kerana itu, dia tidak mudah berputus asa walaupun dia dan afaf sudah lama tidak saling bertanya khabar.
Walaupun jauh di sudut hatinya, ingin sahaja dia menghubungi afaf untuk meluahkan segala perasaan rindu yang terbuku dihatinya.
“Ya habebti, aina enti?” bisik hati yang sedang gundah gulana, sayu merindui separuh daripada jiwa yang berada jauh dari mata.
Afif sebenarnya sedang menyiapkan sebuah novel yang menceritakan tentang kisah dirinya bersama Afaf sedari mereka mula berkenalan di bangku sekolah, sehinggalah saat ini. Novel ini akan menjadi salah satu hadiah hantaran yang akan diberikan kepada Afaf di saat mereka diijab-kabulkan.Namun, dia sekadar mampu untuk merancang, Allah jua yang menentukan. Dia akur walau terpaksa meninggu seribu tahun lagi. Yang pasti, sumpah setia telah dilafazkan,walaupun jauh di mata, Afaf sentiasa berada dekat di hatinya.
Tanpa disedari , air mata menitis di pipinya. Afif segera beristighfar. Takut perasaan rindu ini melebihi rindu pada cinta agung, kerana dia sedar, walaupun sehebat mana cinta antara dua manusia, hebat lagi cinta Allah swt kepada hambanya.
“Ya Allah, jika dia benar untukku,dekatkanlah hatinya dengan hatiku..
Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu”
Bait lagu ‘Permata yang dicari’ yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Dehearty sama seperti apa yang sering didoakannya.
Doa , hanya doa yang mampu diucapkan untuk mengubati hati ini. Hanya Allah yang mampu membantunya. Membantu meredakan kesayuan hati.Hebat sungguh dugaan yang melanda hati ini. Jarinya terus ligat menari di papan kekunci laptop.
ku titipkan rindu ini pada Allah,
Agar dapat disampaikanNya kepadamu.”

Dia segera menyeka manik-manik jernih yang mengalir sambil menaip ayat-ayat yang terakhir.
dalam setiap hembusan angin yang kau rasakan,
Itu lah kedamaian dan rindu yang aku kirimkan..
Semoga dirimu bahagia walau di mana engkau berada,
Ya Allah, sampaikanlah rinduku kepadanya..”
Segala lafaz rindu yang tersemat dijiwa menjadi lafaz yang tersimpan. Dia rela memendamkan segala rasa di jiwa demi menjaga kesucian cinta pada yang selayaknya.Afif yakin, afaf juga melakukan perkara yang sama, mendoakan kebaikan mereka bersama.
“Allahu akbar,Allahu akbar...”
Kedengaran suara azan daripada masjid yang berdekatan berkumandang di udara, menandakan bahawa sudah masuknya waktu untuk solat asar. Afif meraup wajahnya, menutup laptop dan bersiap-siap untuk ke masjid bagi menunaikan solat asar berjemaah.
***************************************************************************
“zainul! Lama tak jumpa.” Ucap Tengku sambil berpelukan dengan sahabat karibnya itu. Kebetulan hari ini hari ahad, Tengku datang bersama Ayie untuk meluangkan masa dengan sahabat karib mereka itu. Kebetulan mereka berdua tinggal di Kuala Lumpur, jadi senang bagi mereka berpakat untuk datang ke mari. Afif menjemput dua sahabatnya itu masuk kerumah.
“Tengku,nampak makin hensem sekarang?’’ usik afif sambil membalas pelukan sahabatnya itu.
“memang Tengku hensem pun, siapa tak kenal hotstuff KL sorang ni kan.” Ayie mengusik sambil bersalaman dengan Afif.
“Anda berdua sihat?” soal afif, cuba berjenaka.
“Sihat, Alhamdulillah. Skema la pulak prof kita ni.haha”. jawab tengku sambil membetulkan kaca matanya.
“Ayie, Epa sihat ke?” Afif bertanya sambil menepuk bahu ayie.
“Alhamdulillah, sihat. Ada dekat rumah, sibuk jaga anak dua orang yang comel  tu.”
“gembira dengar kawan dah ada anak.kita ni bila la nak sampai masa, kan Tengku?” Afif menambah.
“Ehemm, jangan main-main, Tengku dah sampai seru dah tu, akhir tahun ni naik pelamin la dia.” Ayie membocorkan rahsia.
“Ayie!! Kan saya dah cakap, jangan beritahu zainul lagi la..tak surprise la macam ni.” Tengku memprotes tindakan ayie yang terlebih dahulu memberitahu zainul perihal hari bahagianya itu.
“wah, mabrook! Tahniah la Tengku, bernikah jugak akhirnya. Siapa calonnya?” soal afif ingin tahu. Maklumlah, Tengku ada ramai peminat, jadi dia ingin tahu siapakah wanita yang Berjaya mencuri hati sahabatnya itu.
“Siapa lagi, budak yang dia suka masa...”
“Ayie...!”
belum sempat Ayie menghabiskan kata-katanya, tengku segera menekup mulut ayie.
“Yang calon tu rahsia dulu ye zainul, awak kena datang,baru boleh tahu.” Ujar Tengku sambil tangannya masih menekup mulut Ayie.
“Haha. Ye lah..insyaAllah saya datang,tapi lepaskanlah dulu Ayie tu, kang pengsan suami orang tu.Naya kita nanti.” 
Tengku segera melepaskan Ayie yang tergapai-gapai cuba bernafas. Dia membuat muka bengang dengan tindakan drastik Tengku.Afif menggelengkan kepala Lantas,terburai ketawa tiga insan yang menjalinkan ukhuwah ikhlas kerana Allah.
“zainul, Afaf macam mana sekarang? Awak dengan afaf lagi kan?” Tengku memandang wajah afif. Dia sememangnya tahu bahawa sahabatnya yang seorang itu amat setia menunggu si kekasih hati.
“Afaf dekat oxford sekarang, buat Phd.” Jawab afif sambil tersenyum.
“bila habis?” Soal ayie pula dengan penuh berminat.
“InsyaAllah tahun depan habis.”
“Awak contact dia tak?”
“Tak, sejak habis SPM tu, tak contact langsung.sampailah hari ni.”
“Zainul..hebatnya ,tak rindu ke?” soal ayie,ringkas.
“hati sentiasa merindui, tapi macam tu la, saya serahkan pada Allah. Bila sampai masa , insyaALLAH kami akan bersama.”
“so sweet..takpe zainul, saya doakan awak dengan afaf.” Ujar Tengku sambil menepuk bahu Afif,diikuti Ayie.
“betul tu, insyaAllah, amin..” sambung Ayie.
“Amin..terima kasih sahabatku..” Balas Afif ramah.Hatinya berasa amat terharu.

“how much is it?”
“it’s only 15 dollar for a bouquet, miss.”
Afaf membuka handbagnya untuk mengambil wang. Dia menghulurkan 50 dollar untuk membayar harga bunga ros yang dibelinya. Afaf kini berada di dalam kedai bunga, sekadar singgah untuk membeli bunga ros bagi diletakkan dalam biliknya.Tambahan pula, dia begitu menggemari bau harum bunga ros yang mendamaikan.
“I’m sorry miss, do you have a smaller amount of money? Because I don’t have changes for that amount.”
“oh, please wait.” Afaf cuba mencari wang yang lebih kecil jumlahnya. Malang sekali, dia juga tiada duit kecil untuk membayar harga bunga itu.
“i don’t  have it too. Hmm. Nevermind, i cancel this one, okay?” ujar Afaf sedikit kecewa.
“wait, i’ll pay it for you.” Seseorang bersuara sambil menghulurkan wang berjumlah 15 dollar untuk membayar harga ros tersebut.
“eh, no need to , sir.” Tutur afaf lembut. Lelaki itu langsung tidak dikenalinya.Patutkah dia mengambil pemberian lelaki itu?
“A bouquet of beautiful roses for a beautiful lady.I hope you have a nice day.Please take it.” Ujar lelaki itu sambil tersenyum.
“if you said so,okay, thank you so much.”
“u’re most welcome.”
Afaf mengambil bunga tersebut sambil melemparkan senyuman kepada lelaki itu. Dia meminta diri lalu keluar daripada kedai tersebut. Hatinya berbunga riang. Bukan kerana lelaki tersebut, tapi kerana hajatnya untuk mendapatkan bunga ros itu tercapai.
“Alhamdulillah ya Allah.”
“Sir, do you have to pay for the flower? You are the owner of this shop.” Soal Mary perlahan.Majikannya itu memang jarang datang ke kedai tersebut. Kebetulan pula hari ini dia datang melawat.
“it’s okay , Mary.” Jawab Syazwan Aziz mesra. Syazwan,anak kacukan Melayu inggeris yang kacak dan tinggi itu sebenarnya baru sahaja pulang daripada syarikat ayahnya.Kebetulan dia tidak mempunyai apa-apa aktiviti sekarang, jadi dia singgah untuk melawat kedai bunga milik ibunya itu.
“Kebetulan yang indah sekali.” Getus hati kecilnya.
**********************************************************************************
Afaf dalam perjalanan pulang daripada kuliah. Ketika melalui satu jalan yang agak sunyi , tiba-tiba dia terlihat seorang pemuda dibelasah oleh seorang pemuda yang lain.Memiliki tali pinggang hitam dalam taekwando , dia segera berlari menuju kearah lelaki tersebut.
“Hey you! Stop !” jerit Afaf.
Lelaki yang sedang membelasah pemuda itu terkejut lalu cuba untuk menendang afaf. Afaf mengelak, lalu melayangkan tumbukan yang padu ke perut lelaki tersebut. Lelaki itu jatuh terduduk sambil mengerang kesakitan.
Afaf segera mendapatkan pemuda yang dibelasah itu.
“eh, you..” dia terkejut melihat lelaki yang terbaring itu.Lelaki sama yang ditemuinya di kedai bunga tempoh hari.
“Are you okay?” tanya afaf .Bibir lelaki itu luka dan berdarah, mungkin akibat ditumbuk dengan kuat oleh lelaki tadi.
“i’m okay, what a coincident,miss.” Ujar lelaki itu sambil terbatuk menahan sakit.
“Miss! Watch out!” jerit lelaki yang terbaring itu.
 Dari belakang, lelaki yang jahat tadi menghayunkan sebatang kayu lalu memukul kepala afaf dengan kuat. Afaf rebah menyembah bumi, lalu lelaki jahat itu melarikan diri meninggalkan mereka berdua.
Dunia dirasakan berputar, seakan-akan ajalnya sudah tiba.Afaf tidak larat untuk membuka kelopak mata. Sayup kedengaran suara lelaki itu memanggilnya.Dunia gelap dengan serta merta.
“Syaz, are you okay?” Datin susan memeluk anaknya yang baru selesai dirawat. Syazwan hanya mengalami cedera kecil sahaja, jika dibandingkan dengan gadis yang telah menyelamatkannya tadi.
“I’m okay mum, but she’s not okay right now.” Ujarnya risau sambil memalingkan muka kearah seorang gadis yang sedang terbaring di atas katil.Kelihatan kepalanya berbalut. Afaf sekarang masih tidak sedarkan diri, mungkin  kerana hentakan yang kuat itu tadi.
“who is she?” soal puan susan sambil memandang kearah gadis tersebut.
“she is, rose. The one that helped me. Thanks God she was there, if not,maybe i have been killed by that thieft.”
“Mama harap dia cepat sedar. Kita kena berterima kasih kepada dia.”
“yes mama, syaz akan tunggu sampai dia sedar. Papa mana ma?”
“Papa pergi main golf dengan Uncle Adam.”
“I see.” Syazwan sedia maklum bahawa ayahnya memang akan menghabiskan masa lapang dengan bermain golf bersama Uncle Adam.
“Aduh!” jerit Afif apabila bola tampar yang dibaling oleh Tengku terkena tepat pada kepalanya.
“Sorry Zainul, ingatkan awak dah ready dah.” Tengku mengangkat tangan meminta maaf.
“Zainul, okay tak ni?kalau tak , kita rest dulu.” Ayie menambah.
“okay,tapi tak tahu kenapa, rasa tak sedap hati la.” Afif memegang kepalanya. Pening juga kena  bola tampar ni. Memang daripada tadi lagi dia berasa tidak sedap hati.
“Rehat jom.” Ujar Tengku lalu menghulurkan sebotol air mineral kepada zainul.
“Mama , rose dah sedar.” Ucap syazwan apabila melihat tangan afaf yang bergerak. Perlahan-lahan Afaf membuka mata.”
“where am I?” soal Afaf, dia terkedu melihat sekitarnya yang dipenuhi dengan mesin dan wayar.
“You’re in hospital now.”
Afaf kembali memejamkan matanya. Sungguh, dia tidak berdaya untuk bergerak.
Dua jam kemudian, afaf kembali sedar. Syazwan dan Datin Susan setia menunggu di birai katil.
“Feeling better now dear?” soal Datin Susan ramah. Dia menggenggam erat tangan afaf.
“Alhamdulillah, better than before.” Afaf membalas. Dia tersenyum melihat pemuda itu dan wanita di sebelahnya. Sudah tentu Auntie ini ibu kepada lelaki itu. Fikirnya.
“Girl, thank you for helping me and i’m so sorry for getting you into this trouble.” Ucap syazwan. Dia begitu terpesona melihat wajah gadis ini. Sudah tentu gadis yang berwajah seperti kacukan belanda ini tinggal berdekatan dengan kawasan dia dibelasah pencuri tempoh hari. Afaf mengangguk lemah.
“by the way, I’m Syazwan Aziz, and this is my mother, Madam Susan.” Dia memperkenalkan dirinya serta ibunya kepada Afaf. Sekadar pemanis bicara, permulaan bagi satu perkenalan yang bagaikan suratan jodoh.
“Afaf Syazwani , I’m Malaysian.” Tutur afaf sopan.
“Malaysian, what a beautiful fate we got here.” Ucap Datin susan sambil tersenyum memandang anaknya.
“Actually, syazwani..” Syazwan mula bersuara.
“people used to call me Afaf.”
“I hope you don’t mind if i call you syazwani, easy to remember, as my name is syazwan. Don’t you?”
“urm..okay, nevermind.” Afaf tersenyum. Lelaki bermata coklat di hadapannya ini aneh sekali.Walaupun mempunyai warna mata dan nama yang hampir sama, hatinya sedikit pun tidak terpaut pada lelaki itu.
“Kami pun orang Malaysia juga, kan mama?” ucap syazwan sambil tersengih memandang ibunya.
“yes dear.Papa Syazwan orang Malaysia. Tiap-tiap kali raya kami akan pulang ke Malaysia. For sure we are muslim, same as you.” Kata Datin susan bersungguh-sungguh. Dalam hatinya terdetik, Syazwani nampak sepadan dengan syazwan. Walaupun baru pertama kali bersua muka, Datin susan sudah terpikat dengan perwatakan Afaf yang lembut itu.
Setelah dibenarkan pulang, Afaf mengucapkan terima kasih kepada Datin susan dan syazwan kerana telah bersusah payah menunggu nya di hospital. Datin susan menyuruh syazwan untuk menghantar Afaf hingga ke depan apartmentnya.
“Babe! Where have you been?whats wrong wth your head?” Tanya Sofia apabila melihat wajah Afaf yang terpacul di muka pintu.
“I involved in an incident , Sofia..but don’t worry, i’m okay.”
“Have you told you family about this?”
“Yes Baby..” Afaf membalas sambil mencubit pipi Sofia yang lembut itu.
“Allahurabbi ! Afaf!” jerit Sofia. Merah padam pipi gadis Russia yang putih melepak itu dicubitnya.
“Opss, sorry~!” Balas Afaf sambil ketawa lalu dia berlari menaiki tangga,menuju ke biliknya.
Afaf dan Sofia memang akrab seperti sepasang kembar. Berada jauh daripada keluarga membuatkan mereka lagi mengambil berat antara satu sama lain. Walaupun berada di Negara yang minoritinya Islam, mereka tetap tidak mengabaikan syariat yang dipelajari selama ini.
Afaf mengeluarkan dua keeping gambar. Satu gambar keluarganya dan satu lagi gambar ketika dia menyetai pasukan forum sekolah pada tahun 2013.
“Apa agaknya khabar mereka di Malaysia?” getus hati kecilnya. Sebentar tadi dia telah pun menghubungi keluarganya di Malaysia.Namun, ada lagi insan yang amat dirinduinya.Telah hampir sembilan tahun mereka tidak bersua.Memang Afaf juga menyimpan rindu yang ingin dilafazkan, namun lafaz yang tersimpan itu tidak mampu diucap.Tatkala rindu menggugah diri, Afaf hanya mampu berdoa kepada Ilahi, semoga insan itu setiasa bahagia walaupun dia tiada di sisi.
“Afaf, dinner is ready ~” Panggil Sofia daripada tingkat bawah.
“oh okay.. i’m coming!”


No comments:

Post a Comment