Wednesday, July 17, 2013

Permata yang dicari : Bab 4

BAB 4 : Segenggam tabah

“Kenapa encik bunuh suami saya? Apa salah dia?” Puan Syarifah, isteri Prof Azman menyoal Afif yang sedang duduk di hadapannya dalam bilik melawat dengan linangan air mata.Duduk disisinya anak bongsu arwah prof Azman, Suraya.
“Ya Allah,puan.. bukan saya yang bunuh abang Azman. Takkan saya nak bunuh dia. Kami keluar minum air bersama-sama dan abang man yang ajak saya keluar. Puan percaya lah cakap saya. Masa kami nak pulang, ada seorang lelaki menghampiri abang azman lalu menikam  abang azman.” Ujar afif menerangkan peristiwa yang sebenar. Perkara yang sama diberitahu kepada polis yang menyoal-siasatnya sebentar tadi.
“Habis tu kenapa cap cari encik ada dekat pisau tu?”
“sebab saya pegang pisau tu, saya cuba nak cabut sebab abang azman terbaring di pangkuan saya masa tu. cuba puan bayangkan kalau puan berada di tempat saya.Saya faham perasaan puan, tapi saya tak bersalah.” Afif bersuara tegas demi membela dirinya. Dia cuba untuk tidak berkasar bahasa dengan Puan Syarifah kerana dia tahu, Puan Syarifah masih lagi bersedih atas kematian suaminya. Puan Syarifah tunduk, air mata mengalir semakin laju membasahi pipinya.
“Mummy..” panggil seorang lelaki di muka pintu.
“Eh, Farish..” Puan Syarifah mendongak ke pintu.
“Encik ni, yang kereta hari tu kan? Kenapa encik bunuh ayah saya?” Ujar Farish lalu meluru kearah Afif. Dia menghayun penumbuknya, tepat mengenai pipi kiri Afif tanpa sempat mengelak.Afif memegang pipinya yang terasa kebas.Belum sempat bergelut, mereka dileraikan oleh dua pengawal polis yang bertugas menjaga bilik tersebut.
“Farish! Mummy tak ajar Rish biadap macam tu” marah Puan Syarifah sambil memegang bahu anaknya. Afif hanya duduk memegang pipinya tanpa bersuara, tidak mahu keadaan menjadi lebih teruk lagi.
“Tapi lelaki ni yang dah bunuh daddy, mummy.” Jerit Farish sambil menundingkan jari ke arah Afif.
“Selagi mahkamah tidak membuktikan dia bersalah, dia tak bersalah Rish, you should know that.Mummy pun sedih dengan kehilangan daddy, tapi rish tak boleh buat macam ni. Kita tiada hak untuk hukum orang tanpa bukti.Biar pihak berkuasa yang menentukannya. Kalau betul dia bersalah, dia akan dapat balasannya.” Puan Syarifah berpaling kearah Afif dengan pandangan sayu. Lalu dia menarik tangan Suraya dan mengajak Farish keluar daripada tempat itu.

Tidak lama selepas Puan Syarifah berlalu, kedengaran suara seseorang memberi salam di muka pintu.
“Assalamualaikum, Afif..”
“Waalaikummussalam..” Afif yang sedang tunduk mendongakkan wajahnya. Dia terkejut melihat Kak Afaf ira yang turut hadir bersama-sama Kak Hana.
“Kak Ira datang jugak?” Tanya Afif, sedikit aneh dengan kedatangan bakal kakak iparnya itu.
“Ya, Kak Hana yang ambik Kak Ira datang dekat KL. Akak datang sini sebab akak risaukan awak.” Ujar afaf lalu mengambil tempat di hadapan afif.
“Afif,bukan kami je yang datang ni.” Kak Hana tersenyum sambil melihat kearah pintu. Serentak dengan itu, masuk Tengku diikuti Ayie dan Arifah daripada belakang.
“Ya Allah, tengku,Ayie! ujar Afif seraya berdiri.Dia bersalaman dengan sahabatnya itu.
“Banyakkan bersabar afif, saya tahu awak tak bersalah.” Ujar engku sambil memeluk Afif.dia menepuk-nepuk bahu Afif, memberi sokongan kepada sahabatnya itu.
“Betul tu Afif, banyakkan bersabar.Kak Hana akan tolong awak.” Ayie menambah sambil memeluk sahabatnya itu.Dia menoleh kearah farhana lalu tersenyum. Mereka berenam duduk sambil membincangkan tentang perkara yang berlaku.
“Satu je cara yang boleh kita lakukan dalam waktu yang terdekat untuk membuktikan Afif tidak bersalah.” Ujar kak Hana penuh bersemangat.
“Apa dia kak Hana?” soal Arifah sambil menggenggam erat tangan Ayie.
“Kita kena cari saksi.mungkin ada orang yang menyaksikan kejadian tersebut.Kalau kita ada sorang saksi pun sudah cukup untuk membuktikan yang zainul tak bersalah.” Jelas Kak Hana.Sebagai seorang peguam yang berpengalaman, dia sudah banyak kali mendapat kes sebegini. Tambahan pula, tiada bukti lain yang menunjukkan Afif bersalah. Ini bermakna, Zainul Afif bukan orang yang disyaki membunuh Azman Zulkifli.
“So, kalau macam tu, kita kena cari saksi tu secepat mungkin la kan?” Afaf menambah.
“Betul tu Kak, kita tak boleh bazir masa sekarang.Jom pergi!” ucap Tengku.Dia begitu ingin membantu sahabatnya yang seorang itu.
“Jap,awak dah beritahu afaf tentang hal ini?” soal Arifah kembali sambil memandang wajah Afif.
“belum, dan saya taknak beritahu dia.Kak Afaf ira tak beritahu Afaf mengenai hal ini kan?”
“Tak.”ujar Afaf sambil menggelengkan kepala.
“Saya harap awak semua tak beritahu dia.saya tak mahu afaf risau.”
“baiklah, kita kena bergerak sekarang, dah pukul enam ni.” Ujar Kak Hana.
“siapa nak ikut akak?” soalnya kembali.
“saya!” Ayie,tengku dan Arifah berkata serentak.
“Saya mestilah akan ikut kemana saja kak Hana pergi, kan?” ujar Afaf sambil mengenyitkan matanya. Farhana tersenyum riang.Mudahlah kerjanya untuk mencari saksi dengan adanya pertolongan adik-adik juniornya itu.
Mereka semua keluar daripada bilik melawat.Belum sempat Kak Hana keluar, Afif memanggilnya.
“Kak Hana..”
“Ya Afif?”
“Terima kasih banyak-banyak sebab bantu saya.Saya harapkan kak Hana untuk kes ini.”
“Tak ada apa-apa lah afif, rilek laa..”
“Saya memang terhutang budi dengan kak Hana ni.” Bergenang air matanya tatkala itu.
Farhana teringat kembali sebelas tahun yang lalu, ketika dia ingin berhenti daripada menjadi guru sambilan di imtiaz, hatinya turut sebak ketika itu.
“kak hana nak berhenti betul-betul ke?” Afif bersuara perlahan, sekadar berbisik memandangku.
“ada ke orang berhenti main-main?”
“jangan la berhenti kak, kak takde nanti sunyi kita.”
“tapi adik kak hana dah tunggu kak hana dekat rumah tu.”
“kak balik, pastu datang balik lepas lepas tu..boleh?”
“tak janji laa afif,rilek laa.” Aku membalas sambil tersenyum.
“setara kita sedih kak nak berhenti, tak tau la kalau afaf tu, nangis kot.”
“ye ke sedih?”
“kak, kalau boleh nangis, kita nangis. Mujur takleh nangis je ni.”
“Alaa,rilek laa.”
Perasaan sebak yang sama, namun situasi dan jalan ceritanya berbeza. ”Berat sungguh dugaanmu adikku.” monolog hatinya.Lantas, dia cuba untuk mengubah angin.
“Sabar ya Afif, jangan la sedih camtu.lagipun akak tolong ni bukan bukan free ya.Nanti awak menang kes ni, sila bayar cash dekat kak Hana 30k. Bukan cheque tau, akak nak cash. Assalamualaikum~” Farhana ketawa lalu keluar daripada tempat itu.Sebenarnya dia tidak ingin mengalirkan air mata di hadapan Afif.Oleh itu, dia cuba menahan sebak.Afif ketawa kecil lalu menjawab salam. Dia tahu yang kak Hana hanya bergurau.
“Moga Allah memberkatimu,ukhtiku.” Ungkapnya di dalam hati. Kedua-dua pengawal yang mengawasi Afif terus membawanya kembali ke lokap. Itu kali pertama dalam hidupnya tidur di dalam lokap. Afif yakin, ada hikmah di sebalik semua ini. Allah tidak akan menguji hambanya,melainkan dengan sesuatu yang mampu ditanggung oleh hambanya.

Setibanya Farhana, Tengku dan tiga yang lain di tempat kejadian, mereka berpecah untuk mencari orang-orang yang mungkin menyaksikan kejadian tersebut.
“Pakcik, pakcik nampak tak masa orang mati kena tikam tu?” Tengku bertanya kepada seorang pegusaha kedai runcit yang terletak berhampiran dengan tempat letak kereta itu.
“Pakcik ada juga dengar, tapi pakcik tak nampak pula masa kes tu berlaku.Masa ambulan datang tu pakcik tengok ada dua lelaki, satu yang meninggal, satu lagi habis berdarah baju dia” Ujar pakcik itu.Kelihatannya dia begitu semangat bercerita.
“Jadi pakcik tak tau la sape yang bunuh ni?” soal tengku sambil memicit kepalanya yang agak pening.
“Tak tahu nak, pakcik pun tak tahu. Dengar kata polis dah tangkap orang yang bunuh laki tu.”
“oh, tak apa lah pakcik ye, terima kasih.” Ujar Tengku ramah, lalu meminta diri.Dia segera keluar daripada premis itu.
Dua jam berlalu, namun mereka masih tidak menjumpai orang yang melihat kejadian itu. Afaf dan farhana kembali ke kereta Persona milik farhana yang diletakkan di tempat letak kereta tersebut.Mereka menunggu Ayie, Arifah dan Tengku untuk berangkat pulang.Sementara menunggu, Afaf berbual dengan Farhana tentang perkara tersebut.
“Kak Hana, macam mana ni, dah semua tempat kita cari tapi semua cakap tak tahu pasal kejadian tu. Saya bukan berputus asa, tapi saya risau pasal Zainul afif dalam lokap tu. Kalau kita tak jumpa saksi kes ni, macam mana? Kesian dia kena tidur dalam lokap malam ni.cuba kak hana bayangkan, kalau kita tak dapat saksi, alamatnya lagi lama la dia kena tidur dalam bilik berjeriji besi tu.” Ucap Afaf sedih.Dia tidak dapat membayangkan bagaimana rasanya jika dia berada di tempat bakal adik iparnya.
“Rilek, jangan panik awak, doa banyak-banyak, insyaAllah ada orang yang tengok kejadian itu.Mesti ada punya.Doa biar dipermudahkan Allah.Kak Hana harap ada orang yang dengar, Cuma kita kena usaha lagi.Tambah pulak dah dekat maghrib dah ni,lepas solat,kita datang lagi sini.Mana tahu ada rezeki kan?”Farhana cuba menghilangkan perasaan takut yang dialami oleh sahabatnya itu.
Benar kata orang,bercakap waktu siang,pandang-pandang, bercakap waktu malam,dengar-dengar.Tiba-tiba,muncul seorang perempuan tua,berjalan kearah mereka.Rupa-rupanya makcik itu dari tadi telah mendengar perbualan diantara afaf dengan Kak Hana sebentar tadi.
“Makcik nampak kejadian tu, bukan lelaki muda berbaju kemeja itu yang menikam rakannya, tapi orang lain.” Ucap makcik itu. Afaf dan farhana berpandangan antara satu sama lain. Antara takjub dan gembira. Setelah mendengar penjelasan daripada insan yang dicari-cari, Farhana meminta butiran diri makcik tersebut, lalu memintanya untuk tunggu di sini pada pukul 8 pagi esok. Dia sendiri yang akan menjemput makcik itu dan akan membawanya sendiri ke mahkamah.Lalu makcik tersebut meminta izin untuk pulang kerana hari sudah semakin lewat senja.
“Alhamdulillah afaf, tengok, Allah sentiasa membantu hambanya yang berada di dalam kesusahan.” Ujar kak Hana sambil tersenyum gembira memeluk afaf.
“Kak, saya tak jumpa saksi.” Tengku menghampiri mereka.
“Kami pun.” Ujar Ayie dengan wajah yang sayu. Mereka turut berasa risau kerana tidak dapat menjumpai orang yang boleh menjadi saksi.
“Tak mengapa,masuklah dalam kereta.Jangan risau ya, esok Kak Hana akan usahakan juga cara untuk kita tolong zainul.” Ujar Kak Hana, sambil mengenyitkan mata kepada afaf yang duduk di sebelahnya.
“Mummy, kita nak pergi mana ni? Ni bukan jalan nak pergi rumah auntie kan?” Syazwan bertanya setelah melihat jalan yang dilalui mereka tidak sama dengan jalan yang biasa dilalui.
“Dear, we are heading to mahkamah, sayang. Auntie ada dekat sana, pagi ni ada perbicaraan kes uncle.” Terang Datin susan kepada anaknya.
“Syazwani tak kisah kan ikut kami dulu?” soal Datin kepada Afaf yang senyap sedari tadi.
“No auntie, saya ikut je.” Afaf mengukir senyum. Dia mengalihkan pandangan ke luar tingkap apabila bertentang mata dengan Syazwan.Sungguh, syazwan memiliki sepasang mata yang tajam menggoda. Namun hatinya tidak mudah di tawan dengan hanya sepasang mata, ia memerlukan lebih daripada itu,kesetiaan dan keikhlasan.Segala kriteria itu terdapat pada Afif, maka kerana itulah sudah sekian lama hatinya terpaut pada jejaka itu,yang kini bertakhta di sanubarinya. Walau jasad terpisah tapi raganya tidak.Afaf memejamkan matanya.Mengimbas kembali kisah yang berlaku dahulu.
“Afaf, nak tahu something tak?” Soal Kak Hana sambil tangannya menekan pad kekunci telefon.
“Apa kak hana?” Afaf memegang tangan seniornya itu, dengan muka yang teruja untuk mendengar cerita.
“Masa awak tengah leka tengok sekolah Tengku Mahmud berforum tadi,kak hana tanya afif..”
“Kak hana tanya apa?”
“Excited nampak.rilek-rilek..Kak hana tanya afif, ada banyak bunga atas tu kan, so kak hana suruh dia pilih yang mana satu dia nak untuk bagi awak.Cuba teka dia balas macam mana?”
“Dia ambik bunga ros?”
“salah..”
“dia..pilih bunga yang paling cantik atas pentas tu.betul tak?”
“pun salah..”
“alaa..dah tu?”
“dia cakap dia taknak semua bunga tu.dia nak bunga dekat bawah ni je.siapa lagi, kalau bukan awak.Haha~” cerita Kak Hana ringkas.niatnya memang untuk mengusik afaf, tapi hakikatnya cerita itu fakta yang tepat lagi jitu, bukan auta semata-mata.
“Kak Hana.betul ke ni..hehe.” Afaf tersipu-sipu malu.
“haa, malu la tu. Kak Hana tak tipu okay! Tanya Afif tu. Betul tak afif?” Kak hana menguatkan suaranya agar didengari oleh afif yang berada di meja hadapan.
“ha? Betul kak, betul tu.” Jawab afif spontan, walaupun sebenarnya dia tidak tahu akan perkara sebenar yang dibualkan oleh Kak hana dan afaf.
Afaf tersenyum. Itu antara kenangan manis yang terjalin di antara dirinya dan afif di bangku sekolah dahulu. Afaf berhajat untuk menghubungi afif selepas pulang ke pangkuan keluarganya sebentar nanti. Dia tersenyum penuh keterujaan memikirkan perkara tersebut.
Tengku, Ayie, Arifah dan afaf mengambil tempat di bahagian hadapan mahkamah, tempat duduk yang disediakan untuk orang awam. Sejurus dengan itu, perbicaraan dimulai dengan hakim memanggil masuk tertuduh dan peguam bela serta peguam cara yang akan menjalankan perbicaraan. Afif yang diiringi seorang pegawai polis masuk ke kandang tertuduh, manakala Kak Hana berjalan menuju ke ruangan yang disediakan untuk peguam bela.
Pada masa yang sama, Syazwan dan keluarganya masuk ke ruangan mahkamah, diikuti Afaf syazwani. Afaf terkejut melihat Afif yang berdiri dalam kandang tertuduh,begitu juga afif yang terpaku melihat kehadiran afaf yang tidak dijangka-jangka.Setelah sembilan tahun tidak bersua muka, akhirnya pandangan mereka bertaut di dalam mahkamah ini. Satu pertemuan yang menyedihkan sekali. Namum Afaf segera mengorak langkah, mengambil tempat di sisi Datin Susan. Di benaknya lahir pelbagai persoalan. Apa sebenarnya yang berlaku?
“Tertuduh, Zainul Afif disabitkan dengan tuduhan membunuh Azman bin Zulkifli.” Hakim mula membacakan pertuduhan kes.  Bulat mata afaf mendengarkan pertuduhan itu. Dia terkejut dengan  apa yang didengarinya sebentar tadi. Benarkah hal ini? Tanpa disedari, air mata menitis membasahi pipi. Dia tidak dapat menahan sebak yang meruntun hati. Makin lama, makin deras air matanya mengalir. Dari jauh, afif memandang wajah afaf dengan pandangan yang sayu.
“Tuan yang dipertua, walaupun cap jari tertuduh ada pada pisau yang ditikam pada mangsa, tidak semestinya tertuduh bersalah. Seperti yang kita sedia maklum, anak guaman saya ini merupakan rakan akrab mangsa. Adalah tidak logik jika tertuduh membunuh mangsa dengan menggunakan pisau kerana tertuduh boleh menggunakan teknik lain yang lagi berkesan untuk membunuh tanpa meninggalkan bukti.” Farhana Izmira mula memberikan hujah untuk membela Afif. Dengan tegasnya dia memberikan sebab-sebab yang mengakibatkan timbulnya keraguan pada tuduhan yang dijatuhkan ke atas tertuduh.
“Tuan yang dipertua, saya mohon izin mahkamah untuk menjemput masuk seorang saksi bagi kes ini.” Farhana menyambung bicara sambil melihat tepat kearah Hakim.
“Mahkamah mengizinkan saksi masuk ke kandang saksi.”  Lantas Makcik Vivian masuk.
“Boleh ceritakan sedikit sebanyak tentang diri anda?” soal Farhana kepada saksi.
“Saya Vivian wong, seorang tukang sapu sampah yang bekerja di sekitar kawasan tempat letak kereta.”
“Makcik Vivian, pada hari Khamis yang lalu, di manakah makcik berada pada jam kira-kira lima petang?”
“Saya sedang berehat di bawah sebatang pokok, di tempat letak kereta itu selepas membersihkan kawasan itu.”
“Adakah makcik melihat dengan mata sendiri akan kejadian yang berlaku pada waktu itu?” Farhana kembali menyoal.
“Ya. Pada waktu itu, dua orang lelaki berbaju kemeja putih sedang dalam perjalanan menuju ke keretanya.Tiba-tiba datang seorang lelaki yang memakai t-shirt tidak berkolar dan berkacamata gelap, menghampiri mangsa. Lelaki itu mengeluarkan sebilah pisau lalu menikam mangsa.Lelaki itu melarikan diri dengan serta merta manakala mangsa jatuh terduduk. Seorang lagi lelaki yang berdiri di kereta di sebelahnya segera mengejar pembunuh itu, namun dia kembali mendapatkan mangsa. Lelaki itu ingin mencabut pisau daripada perut mangsa. Dia memangku mangsa yang tercungap-cungap, sukar untuk bernafas.kelihatan mangsa mengucapkan sesuatu pada lelaki yang memangkunya itu. Tidak berapa lama kemudian, lelaki itu meninggal dunia. Beberapa minit selepas itu, ambulan dan polis sampai di tempat kejadian.” Makcik Vivian menyebut setiap butir peristiwa yang disaksikan sendiri olehnya pada masa itu.
“Makcik Vivian, adakah makcik cam lelaki ini? “ Soal Farhana kembali, sambl menundingkan jari kearah Afif.
“Ya,dia lah yang memangku mangsa.”
“Adakah dia yang telah menikam mangsa?”
“Tidak.”
“Adakah makcik Vivian kenal dengan tertuduh sebelum kes ini?”
“Tidak. Itu pertama kali saya melihat wajahnya, dan saya yakin, dia bukan orang yang membunuh mangsa.Walaupun saya dah tua, tapi saya masih ingat wajah lelaki yang telah menikam mangsa.Dia bukan orangnya.” Ucap makcik Vivian.
“terima kasih makcik Vivian.”
“sama-sama.”
“tuan yang dipertua, seisi mahkamah juga sudah mendengar penerangan daripada makcik Vivian. Saya yakin, tuan yang dipertua, anak guam saya tidak bersalah. Mohon mahkamah menarik balik tuduhan yang dijatuhkan ke atas saudara zainul Afif.”  Farhana mengucapkan kata-kata terakhir sebagai penamat kepada proses pembelaan. Setelah itu, Yang dipertua hakim berbincang dengan sidang mahkamah sebelum memutuskan keputusan sepakat ke atas tertuduh.
“Mahkamah memutuskan bahawa Zainul Afif ,dengan ini didapati, tidak bersalah.”
Afif mengucap syukur. Afaf syahira memeluk Farhana. Ayie mendakap isterinya. Tengku melemparkan senyuman kepada Afif manakala di sebelah sana, Afaf menyeka air matanya.
“Alhamdulillah ya Allah..” Ucap mereka serentak.


No comments:

Post a Comment