Wednesday, July 17, 2013

Permata yang dicari : Bab 1



Permata Yang Dicari
-Simfoni hati-

BAB 1 – Kenangan yang tersingkap

“sudah bertahun lama, kita tidak lagi bersua, hanya tinggal kenangan yang tak mungkin kita lupa, potret lama masih ku simpan, ku bingkaikan kenangan , hingga terkadangku tersenyum sendirian”
          Afif tersenyum mendengar setiap bait lagu far east yang bertajuk bingkisan rindu  yang sedang diputarkan di radio ikim.fm itu. Kenangan lama menjengah kembali. Jauh di sudut hatinya, dia rindu kepada seseorang yang berada nun jauh di perantauan. Mana mungkin dia melupakan insan tersebut walaupun sudah sembilan tahun tidak bertemu. sembilan tahun, mungkin bukan satu jangka masa yang panjang, tapi sudah cukup untuk menerbitkan rasa rindu di hati pemuda yang berusia dua puluh enam tahun itu. Zainul Afif, seorang pensyarah di fakulti syariah dan undang-undang itu kini dalam perjalanannya menuju ke Universiti Sains Islam Malaysia bagi menghadiri satu mesyuarat di sana. Sambil memandu, dia terkenangkan kenangan manis yang berlaku sepuluh tahun lalu, ketika dia masih lagi menuntut di bangku sekolah.
“Kak Hana, kalau saya bagitahu akak, akak janji jangan cerita pada orang lain ya?” afif memandang wajah ustazahnya itu dengan muka yang serius. Entah mengapa, hatinya senang untuk berkongsi cerita dengan guru muda yang mesra disapa sebagai Kak farhana kerana jarak usia mereka yang tidak berapa jauh, umpama kakaknya sendiri.
“oh , okay, insyaAllah. Ada apa ya?” Balas Kak Hana sambil tersenyum.Kelihatan raut wajahnya yang sedang menanti cerita daripada afif dengan penuh minat dan tanda tanya.
“sebenarnya kan kak, saya memang dah lama suka afaf tu, daripada saya tingkatan dua lagi.Asalnya saya anggap perasaan ni biasa je, maklumlah, saya anggap saya ni budak lagi masa tu. Bila akhir tingkatan tiga, saya rasa perasaan tu makin kuat. Tiap kali saya tengok muka dia, hati rasa tenang je, rasa aman je.” Afif bercerita sambil merenung ke lantai. Mereka sebenarnya sedang berlatih untuk pertandingan forum remaja peringkat daerah. Kebetulan waktu itu waktu rehat,jadi, afif mengambil kesempatan itu untuk berbual dengan gurunya.
“amboi, sampai ke situ sekali awak ni. Haha..pastu?” ujar Kak Hana,sekadar mengusik.
“akak jangan laa gelak, saya serius ni.”
“ye laa.sorry..sambungla cepat.” Kak Hana tersengih melihat afif. Mukanya merona merah. Pasti kerana menahan malu. Bagaimanapun, ceritanya itu memang menarik perhatian.
“pastu..saya takut laa saya jatuh hati ni, mainan syaitan je. Saya ambil keputusan untuk solat istikharah.Saya mohon petunjuk pada Allah, betul atau tidak yang afaf ni jodoh saya.”
“hebatnya , lepas tu, dapat petunjuk tak?”
“dapat, Alhamdulillah lepas dua tiga kali buat solat istikharah tu, saya selalu dapat mimpi yang afaf ni jodoh saya, kitorang nikah,pastu dapat zuriat,kiranya dia teman hidup saya yang ditakdirkan oleh ALLAH. Tapi, saya tak tahu la kami berjodoh betul atau tak.sekadar tu je yang saya dapat buat. Sebab lepas tu, saya diam je la. Takkan nak beritahu afaf pulak. Memang saya senyap je. Kitorang pun tak digosipkan, sampai lah kak Hana usik saya depan Afaf hari tu. jadi perasaan tu datang balik.”
“Eh, ye ke? Ala, akak gurau je la. Ingatkan tak, tapi rupanya betul, hehe. Takpe lah afif, sebenarnya perasaan suka ni fitrah manusia.Cumanya, kita kena pandai-pandai jaga. Tak salah nak suka orang, yang salah couple. Cinta sebelum nikah, berkepit sana sini, tu yang salah.  Kalau awak betul-betul suka afaf, doa la banyak-banyak. InsyaAllah, kalau dia jodoh awak, Allah akan satukan awak dengan dia jugak akhirnya. Tapi, buat masa sekarang ni..belajar la dulu ya? Sebab korang baru tingkatan empat. Muda lagi ni, SPM pun tak lepas lagi. Rilek la..tengok akak, umur 19 tapi rilek je takde couple apa. Takde suka sape-sape lagi. Belum sampai masanya afif. Yang penting, bila masanya yang ditentukan tiba, lambat atau cepat, ia akan berlaku jugak. Bukan kah ajal maut, jodoh pertemuan itu semua di tangan tuhan? So, yakinlah pada Allah. Akak doakan, semoga awak dapat yang terbaik. Zaujah solehah,InsyaAllah. Haa..kan dah panjang lebar akak cakap ni.” Kak Hana ketawa kecil. Dia memang sentiasa berfikiran positif dan terbuka, sebab itu, afif senang bercakap dengannya.
“Amin..insyaAllah kak, saya memang nak belajar dulu, taknak terjerat dengan hawa nafsu ni. Lagi panjang akak cakap, lagi saya suka. Kalau boleh nak rakam nasihat akak tu, dengar sebelum tidur” Ujar Afif berseloroh sambil mencapai helaian skrip forumnya.
“dah laa, tak payah nak loyar buruk sangat ya.Nak rakam konon, perli akak la tu.” bidas kak Hana sambil ketawa kecil. Kelihatan di tepi mereka, Ayie, afaf, mimi, yati, izzah dan tengku sedang sibuk menyiapkan skrip masing-masing.
“tapi kan akak, sekarang ni, perlu ke saya cakap dekat afaf tentang perasaan saya?” Afif kembali menyoal dengan wajah yang keliru.
“tak perlu, masih terlalu awal untuk semua tu. akak faham, semakin meningkat remaja, semakin kuat perasaan untuk mencintai dan dicintai. Yang penting, kita kena kembali pada syariat. Awak kena kuat melawan godaan nafsu dan syaitan. Diamkan dulu perasaan tu. bila sampai masanya nanti, awak boleh berterus-terang dekat dia.” Kak Hana mengucapkan kalimah yang terakhir sambil memandang  ke arah afaf yang berada tidak jauh daripada mereka. Afaf tersenyum apabila melihat Kak Hana memandang ke arahnya.
“Kak Hana, jom mula forum?” soal Afaf perlahan. Cuba mengubah angin,mungkin malu apabila melihat Kak Hana  dan Afif memandangnya serentak.
“skreeeettttt!!” Tiba-tiba kedengaran satu bunyi geseran yang kuat. Afif tersedar daripada lamunan.
“Astarghfirullahal azim..” ucapnya panjang sambil meraut muka. Sebuah kereta perodua myvi membunyikan hon sambil mengangkat tangan.
Afif segera memberhentikan kereta BMW miliknya di bahu jalan, diikuti oleh pemandu kereta myVi tersebut. Pemuda yang memandu kereta itu keluar lalu menghampiri afif yang sedang berdiri di sisi keretanya.
“Maafkan saya bang, saya nak cepat tadi. Ingatkan lepas, tak sangka la pulak bergesel dengan kereta abang.” Ucapnya sambil memandang kearah kereta milik afif yang kelihatan sedikit calar. Raut wajahnya kelihatan cemas, mungkin risau disaman oleh lelaki yang berpakaian kemeja segak dihadapannya itu.
“eh, takpe lah, abang pun mintak maaf jugak, tak perasan tadi.” Jawab Afif sambil tersenyum, cuba meredakan suasana agar tidak terlalu tegang.
“calar jugak kereta abang ni, saya bayar ganti rugi ya?”
“eh tak apa dik, sikit je ni. Lain kali hati-hati ya?”
“saya minta maaf banyak-banyak ya. Rasa bersalah la pulak, nanti dah siap baiki, abang hantar bil dekat saya, saya bayar ganti rugi.” Wajah pemuda itu kelihatan sedikit pucat. Afif ketawa kecil.
“rilek la dik, sikit je ni. Tak apa, abang tak kisah.”
“saya rasa bersalah la bang, macam ni la, abang ambik kad nama saya ni, lepas tu ada apa-apa abang telefon saya ya?” pemuda itu menghulurkan sekeping kad nama, lalu disambut afif sambil tersenyum.
“okay, lain kali hati-hati ya? Abang minta diri dulu, ada urusan dekat tempat kerja. Assalamualaikum.”
“baik bang, terima kasih dan saya mintak maaf banyak-banyak. Waalaikummussalam.”
Mereka bersalaman sambil berbalas senyum. Setelah pacuan empat roda yang dipandu afif meluncur laju meninggalkan tempat itu, pemuda itu menarik nafas lega. Dia memasuki keretanya lantas meninggalkan tempat itu dengan segera.
“Ya Allah, nasib baik tak ada apa-apa yang teruk tadi.” Monolog afif sendirian. Hatinya memang berdebar tadi, takut ada sesuatu yang tidak diingini berlaku. Alhamdullillah, hanya keretanya sahaja yang tercalar. Lepas mesyuarat dia bercadang untuk menghantar keretanya di bengkel untuk dibaiki.
“agaknya apa khabar afaf di sana ya?” bisik sang hati, cuba meluahkan rindu. Afaf Syazwani, gadis muda yang seusia dengannya kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Phd dalam bidang perubatan di University Oxford, London.
Terbayang kembali saat-saat akhir ketika mereka selesai menduduki peperiksaan Spm dahulu, afif meluahkan perasaan yang sudah lama terpendam.Ketika itu, mereka berada di dewan Ulul Albab di SM Imtiaz untuk majlis perpisahan pelajar tingkatan lima dengan guru-guru.
“Afaf, sebenarnya saya ada hajat untuk disampaikan..saya dah lama suka awak. Kalau boleh, saya nak jadikan awak penyeri hati yang halal disisi saya.” Ujar afif, nekad.
“kita sebenarnya memiliki perasaan yang sama..” ujar afaf, tertunduk malu.
“Jadi, kalau awak sudi untuk terima saya, insyaAllah, bila tiba masanya, saya akan pergi berjumpa dengan ibu bapa awak,boleh? Afif meneruskan bicara sambil melihat afaf yang masih tertunduk malu.
“InsyaALLAH. Saya terima, tapi saya mohon agar awak dapat tunggu saya habis belajar dulu. Saya bercadang untuk belajar sampai ke Phd dalam bidang perubatan. Bila saya tamat belajar, datanglah menjemput bunga di taman. Sanggupkah seorang putera raja menanti kepulangan puterinya?” afaf cuba berkias.
“Seribu tahun pun akan tetap ku tunggu jua. Jika itulah permintaan puteri, akan tetap ku nanti dengan penuh setia.” Balas afif,bermadah pujangga.
“tapi afif, dalam tempoh penantian tu, seandainya awak atau saya jatuh hati pada insan lain, mungkin itu tanda kita tiada jodoh bersama, tapi jika jodoh itu milik kita, insyaAllah, saya akan cuba untuk setia.”
“Andai itu takdirnya, saya redha afaf. Tapi, selagi masih berpeluang, pantang bagi hang jebat menyerah kalah. Saya akan tunggu awak. InsyaAllah. Ucap afif dengan nada puitis. Sememangnya afif merupakan seorang yang suka bersastera.
“Jom kita serahkan perasaan ini pada Allah, jika jodoh itu milik kita, semoga dia kembalikan cinta itu kepada kita, bila tiba waktunya nanti.” Sambung afif, sambil tersenyum.
“insyaALLAH..” Afaf tersenyum. Matanya yang berwarna coklat keemasan kelihatan mula berkaca. Mungkin kerana sebak bercampur terharu. Di dalam hatinya terdetik bait yang sukar untuk dilafazkan, “Jalan kita masih panjang..sanggupkah awak tunggu saya, afif?”
 Afif melihat jam tangannya, lagi tiga puluh minit sebelum mesyuarat bermula. Setibanya di USIM, Afif melangkah menuju ke bilik mesyuarat.
“bismillah...”
Gelas yang dipegang terlepas daripada genggamannya, lalu jatuh berkecai di permukaan lantai. Gadis itu memegang dahinya, terasa agak pening.
“dear, are you okay?” soal Sofia,rakan serumahnya, yang melangkah masuk ke ruang dapur setelah mendengar bunyi kaca tersebut.
“i’m okay..sorry about the cup.”
“Oh my god, you look so pale, are you sick? Sofia menyentuh dahi Afaf, terasa panas.
“Afaf, i think you got a fever, take a rest dear , don’t worry about the glass, i will clean it later.” Sofia  memegang tangan afaf. risau melihat sahabatnya yang kelihatan pucat itu.
“but Sofia, i’m okay, don’t worry.” Afaf mencapai penyapu untuk membersihkan serpihan gelas kaca yang pecah itu.
Sofia segera mengambil penyapu daripada tangan afaf.
“no u’re not. Please Afaf, go and take a rest , don’t forget to eat the medicine okay? I still have the medicine that i got for having a fever last month.”
“okay, thanks a lot Sofia, u’re so kind.Love you.” Afaf bersuara lemah. Dia tersenyum ke arah Sofia yang sudah tiga tahun menjadi housemate nya di Kota London itu.
Sofia memang seorang yang baik hati dan prihatin. Bukannya afaf tidak ada sahabat yang berbangsa melayu disini, tapi dia lagi senang berkawan dengan Sofia.Walaupun Sofia berlainan bangsa, tapi Sofia merupakan seorang gadis eropah yang beragama Islam. Hal ini menjadikan afaf lebih akrab dengan Sofia.
“Kenapa dengan aku ni. Demam rindu agaknya. Rindunya dekat Malaysia..rindu family ! dan hati ini  rindu ,rindu pada dia.apa khabarmu disana? bicara afaf di dalam hatinya, lantas dia memejamkan mata, cuba berehat di atas tilam yang empuk itu.
Usai mesyuarat, Afif segera melangkah keluar daripada bilik mesyuarat sambil mencapai telefon bimbitnya.
“Assalamualaikum..” satu suara kedengaran di hujung talian.
“waalaikummussalam..Kak Hana , sibuk ke? Akak ada dekat mana ni?”
“tak sibuk pun afif, Kak Hana ada dekat Nilai ni, baru lepas habis perbicaraan kes dekat mahkamah syariah tadi.Ehemm..Ada apa-apa nak beritahu akak ke? Pelik je pensyarah yang selalu busy ni tiba-tiba call kita.” Kak Hana cuba mengusik afif sambil ketawa.
“Haa, kebetulan sangat laa tu. Saya nak mintak tolong kak Hana boleh?”
“mintak tolong apa?”
“ada masalah sikit ni, kereta saya kena masuk bengkel. Kebetulan saya nak cerita sesuatu dekat akak, jadi boleh tak akak datang ambik saya dekat Bengkel kereta tepi Pasaraya Econsave tu kejap lagi?”
“oh, boleh, insyaAllah. Akak datang sekarang ya. Jumpa dekat sana.”
“ok kak , terima kasih banyak-banyak..assalamualaikum..”
“Waalaikummussalam..”
      Sebuah pacuan empat roda meluncur laju lalu berhenti di hadapan bengkel. Pemandunya yang berpakaian hitam putih, kemas berkot hitam mengatur langkah memasuki premis itu.
“ehemm. Assalamualaikum prof .” Gadis itu berdehem sambil berdiri di belakang afif yang sedang menunggu bil membaiki keretanya.
“eh, waalaikummussalam..Ustazah, opps..silap,our lawyer , bila sampai?” Afif tersengih sambil menyapa kakak seniornya itu. Farhana Izmira, kini merupakan seorang peguam syariah dan peguam civil professional yang sedang bergiat aktif dalam bidang yang diceburinya. Setelah mendapat ijazah dalam jurusan Syariah dan Undang-undang beberapa tahun lalu, Kak Hana terus berkhidmat sebagai peguam, berbeza dengan Afif yang lebih berminat untuk menjadi pensyarah, walaupun jurusan yang diambil mereka adalah sama.
 “baru je sampai. So, macam mana kereta awak?”
“Alhamdulillah, tak ada masalah pun, cuma bergesel tadi.Calar sikit je ni, Cuma nak cat balik untuk tutup kesan calar tu. Esok siaplah.”
“akak ingatkan eksiden teruk la tadi. Takpelah, akak boleh je hantar awak balik.”
“Terima kasih akak, akak baru habis kerja kan?”
“aah, kenapa afif?”
“Akak tak rasa lapar ke? Dah lewat untuk makan tengahari ni.pukul dua dah kak.”
Afif membuat muka serius sambil menunjukkan waktu melalui telefon bimbit miliknya. Kak Hana ketawa melihat wajah afif agak serius itu.
“eleh, cakap je la awak lapar.jom lah, tadi kata nak borak kan? Kita pergi solat dekat masjid tepi tu jap, pastu akak bawak awak ke satu restoran yang paling sedap dekat nilai ni.”
“boleh, no hal. Akak bawak, saya follow je.”
“kalau boleh, awak belanja kak hana la, mesti boleh jugak kan? Haha.”
“ala, saya baru ingat nak suruh akak belanja.”
“bila lagi nak rasa prof belanja kan?dah, jom kita pergi.”
“Jap kak, nak ambil resit.”
 Afif berjalan menuju ke kereta setelah mengambil resit. Dia mengambil tempat di sebelah tempat duduk pemandu.Kak Hana meletakkan kot nya di kerusi belakang, sambil menoleh kearah afif.
“taknak bukak ke kot tu? dah nampak macam pegawai penyiasat nak pergi siasat kes bunuh je.haha.” Kak Hana mengusik sambil menghidupkan enjin kereta.
“hehe..Lupa kak...patutlah panas semacam je.mesti abang dekat kedai tadi tengok saya pelik sebab pakai kot panas-panas ni.”
“akak pun pakai kot masuk bengkel tu tadi..”
“akak pun dua kali lima dengan saya.” Ujar afif lalu ketawa.
“Amboi, nak perli akak la tu.”
“mana ada la kak , saya cakap betul ni. Kos pun sama , Cuma akak lagi hebat la kan.”
“Eleh, tak payah nak bodek sangat, yang pasti awak tetap kena belanja akak.” Kak Hana ketawa sambil ligat memutar stereng kereta.Masih banyak topik yang ingin dibincangkannya bersama afif selepas ini.






No comments:

Post a Comment