Monday, July 22, 2013

Langkah Tercipta : Bab Akhir

“Afif, ana dah buat keputusan.” Al-Hakim tiba-tiba bersuara. Mereka kini dalam perjalanan menuju ke besut. Afif memandu keretanya dengan berhati-hati ketika melalui jalan di Gong Kepas itu.
“Keputusan apa? Nak nikah lagi satu?” Afif cuba untuk bergurau.
“Nikah lagi satu apanya, isteri pun tak ada lagi. Enta syeikh.”
“dah tu?”
“ana ingat nak cuba masuk politik. Bukan bermakna ana nak pangkat kea pa, tapi ana yakin apabila politik di kawal dengan cara Islam yang sebenar, sekaligus kita dapat membantu untuk menyelamatkan rakyat. Enta pun sedia maklum kan, politik membawa pengaruh yang besar kepada rakyat.” Ujar Al-Hakim dengan bersemangat.
Afif yang  sedang memandu segera memalingkan mukanya ke arah Al-Hakim yang berada di tempat duduk penumpang hadapan.
“Enta pasti?”
“Ya.”
“Alhamdulillah, kalau macam tu, ana sokong enta. Nak jadi exco bawah ana tak?” Afif mengusik.
“Amboi, bukan main lagi jadi exco. Ana nak jadi ahli je dulu.” Ujar Al-Hakim lalu kedua-duanya ketawa mesra. Ukhuwah yang terjalin kelihatan semakin erat dari hari ke hari. Jika bersahabat kerana Allah, sudah pastinya persahabatan itu akan diberkati.
Sabda rasulullah s.a.w,
Tidak sempurna iman seseorang itu, selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Hadis)

“Akhi, berhenti dekat masjid ni boleh? Kita solat asar dekat sini je lah.” Pinta Al-Hakim.Afif segera memandu keretanya memasuki perkarangan Masjid Gong Kepas. Setelah meletakkan kereta di tempat parking yang disediakan, mereka berjalan menuju ke pintu masuk bahagian solat lelaki, bersebelahan dengan pintu masuk bahagian solat wanita. Al—hakim terlebih dahulu masuk ke dalam masjid, manakala Afif berjalan di belakang.

Kedengaran seorang perempuan tua sedang menangis teresak-esak di tangga.Afif terdiam. Dia berasa hairan mengapa wanita itu menangis sayu sedemikian.  Wanita itu duduk di tangga di luar pintu masuk menuju ke ruang solat wanita. Afif segera menghampiri wanita itu.

“Assalamualaikum makcik.” Ujar Afif sambil tersenyum.
“Waalaikummussalam.. eh YB Dato’..” Jawab makcik itu,sedikit terkejut melihat kedatangan wakil rakyat yang dikenalinya itu.
“Makcik kenal saya?”
“Ya YB.” Ujar makcik itu.Kedengaran tangisannya masih lagi bersisa.
“Tak payah lah panggil saya YB, panggil Afif je.Kenapa makcik nangis ni makcik? Makcik ada masalah ke?”
“Afif, mak Nab nak sangat baca Al-Quran, tapi mak Nab tak reti.Mak Nab sedih afif..” ujar wanita yang membahasakan dirinya sebagai MakNab itu dengan penuh sayu.
“Kalau macam tu, mak Nab belajar la mengaji dengan ustaz dekat masjid ni.” Tutur Afif sambil tersenyum.
“Mak Nab dah pergi jumpa ustaz Faiz, mak Nab belajar dengan dia, tapi mak Nab tetap tak dapat nak baca. Mak Nab tak ingat tajwid. Mak Nab sedih sangat afif.” Tangisan Mak Nab makin lama makin sayu. Dia memeluk senaskah Al-Quran yang dipegangnya dari tadi sambil air mata terus membasahi pipi. Afif bertambah sayu melihat makNab. Dia juga berasa takjub melihat kesungguhan seorang wanita yang sudah tua untuk membaca Al-Quran. “Alangkah bagusnya jika semua orang mempunyai rasa cinta terhadap Al-Quran seperti makNab.” Monolog hatinya.
“Macam ni lah MakNab, makNab jangan risau..mulai esok, saya akan ajar maknab mengaji perlahan-lahan sampai maknab boleh kenal huruf, boleh baca Al-Quran. Mak nab nak tak belajar dengan saya?” Janji Afif. Dia betul-betul ikhlas untuk membantu Mak nab.
“Betul ni Afif?” MakNab memandang afif dengan pandangan yang berkaca.
“betul MakNab, insya Allah.”
“Tapi MakNab tak mampu nak bayar afif nanti.”
“Ya Allah makNab..tak perlu bayar-bayar ni. Saya memang nak tolong MakNab, biar makNab dapat baca Al-Quran. Sekarang ni maknab balik dulu, esok lepas asar, waktu-waktu macam ni saya datang ajar makNab ya?” Pujuk Afif sambil tersenyum.
“Terima kasih banyak Afif..” Ujar MakNab terharu sambil menyeka matanya. MakNab meminta diri untuk pulang lalu berjalan perlahan-lahan keluar daripada perkarangan masjid.
Usai solat, Afif bertanya kepada imam masjid itu tentang MakNab.
“MakNab tu memang nak sangat baca Quran, Yb, tapi maklumlah, orang tua, dia tak dapat ingat apa yang kita ajar. Tiap-tiap hari dia menangis sambil pegang Quran. Saya dah cuba ajar dia, tapi dia tetap tak dapat nak baca.” Jelas imam tersebut.
Afif memandu kereta tanpa bersuara. Al-Hakim yang pelik melihat sikap Afif itu segera menegurnya. Lantas, Afif menceritakan segala yang berlaku kepada Al-Hakim.
“Mampu ke enta ajar maknab tu?” soal Al-Hakim.
“insya ALLAH,  ana akan cuba.”
“Alhamdulillah, ana sokong enta, cuba lah, ingat sabda rasulullah?”
“Sebaik-baik orang di antara kalian adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)
“InsyaAllah, doakan ana.” Al-Hakim tersenyum. Dia menepuk bahu sahabatnya itu, sebagai tandan sokongan.
***************************************************************************
Sudah dua minggu Afif mengajar MakNab membaca Al-quran. Pada suatu hari, dia terpaksa pergi ke Brunei atas satu urusan. Sekembalinya Afif daripada brunei, dia pergi ke masjid itu pada keesokan harinya untuk mengajar MakNab seperti biasa. Namun, kelibat makNab tidak kelihatan.Afif pergi pula pada keesokan harinya,makNab tetap tidak muncul-muncul.Masuk hari ketiga,seorang perempuan dalam lingkungan usia 30-an datang berjumpa dengan Afif di pejabatnya.
“Assalamualaikum, YB Dato’ Zainul Afif?” soal wanita itu.
“Ya, ada apa yang boleh saya bantu?”
“Saya Fatimah, anak Makcik Zainab, MakNab yang Dato’ ajarkan mengaji tu.”
“Oh ya..sejak dua tiga hari ni, saya tak Nampak maknab.MakNab tak sihat ke Puan Fatimah?” Ujar Afif sambil tersenyum.
“Dato’, sebenarnya dah genap tujuh hari ibu saya meninggal dunia.”

“innalillahi wa inna ilaihirajiun..” Afif terkejut mendengar berita itu.Dia memandang puan Fatimah dengan pandangan sayu.
“Sehari selepas Dato’ berangkat ke Brunei. Ibu saya ada memberitahu saya yang dato’akan ke brunei. Keesokan harinya, dia Nampak ceria sangat. Saya Tanya kenapa, ibu saya jawab dia dah dapat baca Al-Quran walaupun masih merangkak-rangkak. Dia asyik senyum je. Dia tak habis-habis puji Dato’.banyak kali dia pesan pada saya untuk berterima kasih kepada Dato’ dan sampaikan salam dia kepada Dato’. Malam tu, dia sekali lagi menangis. Saya Tanya kenapa, dia cakap dia rasa tenang sangat. Pastu dia start baca Al-Quran sampai lewat malam. Keesokkan paginya, masa saya nak kejut dia untuk solat subuh, saya tengok ibu saya yang masih lagi memakai telekung putih tengah terbaring sambil memeluk Al-Quran. Bila saya check nadi dia, ibu saya dah tiada. Tapi satu je yang saya takjub. Dia meninggal dalam keadaan tersenyum, dato’.”
Puan Fatimah bercerita sambil mengusap air mata yang menitis di pipinya. Tidak berapa lama kemudian, dia meminta diri untuk pulang. Afif mengucapkan terima kasih di atas perkhabaran tersebut.
Afif berasa sebak. Dia juga takjub dengan pemergian makNab yang pergi dalam keadaan tersenyum. Sungguh, itulah husnul Khatimah. Al-Fatihah.
Afif menelefon Al-Hakim untuk mengkhabarkan tentang perkara itu.
“Subhanallah, untungnya MakNab. Pengakhiran yang baik seperti itu lah yang kita mahukan Afif.” Ujar Al-Hakim.
“Ya, semoga roh maknab di tempatkan dalam golongan orang-orang beriman, sebagai salah seorang ahli syurga.” Ujar Afif terharu.Dia menyeka butiran permata yang menitis dipipi.
“InsyaALLAH..amin..”
***************************************************************************
Tidak berapa lama kemudian, Al-Hakim diangkat menjadi seorang wakil rakyat merangkap ahli dewan undangan kawasan Ketereh. Dia sering bekerjasama dengan Afif dan mereka saling membantu antara satu sama lain dalam menyelesaikan apa jua masalah yang timbul demi membina kembali zaman kegemilangan Islam seperti di zaman Sultan Muhammad Al-Fateh.
Al-Hakim teringat kata-kata afif disaat pertama kali mereka bersua.
“sebenarnya politik tak kotor, manusia yang telah mengotorkannya.” Al-Hakim tersenyum sendiri.Dia memegang erat seutas tasbih putih di tangannya.
“Ehem..YB Ustaz Syeikh Al-Hakim, jom pergi. Muktamar dah nak bermula dah ni.” Ajak Afif.
“Enta syeikh, baiklah YB Dato’ Zainul Afif, ayuh kita pergi.” Sahut Al-Hakim.
Mereka berjalan menuju ke dewan secara beriringan,sambil tersenyum.Dengan langkah yang sama,serta niat yang sama, bagi membantu seluruh umat Islam, demi tuhan yang satu, Allah subhanahu wa ta’ala.
“Orang mukmin sama ada lelaki atau perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t,sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya.Sehinggalah dia menghadap Allah taala tanpa membawa doa sedikitpun.” (Hadis riwayat imam Tirmizi)

-TAMAT-  © FaaIzmir-23/7/13

No comments:

Post a Comment