Sunday, July 21, 2013

Sampai syurga : Bab 1

Sampai Syurga

“kringgggg!”  Kedengaran loceng sudah dibunyikan. Hari ini hari ahad, bermakna akan berlangsungnya perhimpunan mingguan di dewan ulul albab. Semua pelajar bergegas ke dewan, akan tetapi, masih terdapat seorang pelajar yang sedang nyenyak tidur di katilnya.
“Tengku..bangun,lewat dah ni..” Kejut Zainul Afif.
“rilek la umi ,along ngantuk ni..” ujar Tengku dalam keadaan mamai.
“Tengku afiq syahmi ! bangun, orang semua dah nak berhimpun ni. Cikgu azri naik nanti baru tau.” Afif menggoncang bahu tengku dengan kuat. Risau juga jika guru penolong kanan hem itu naik ke asrama. Tengku bangun lalu membuka mata.
“ehh,afif..”
“Dah pukul 7 dah ni, dah mandi ke belum?” soal afif.
“dah, sebelum subuh tadi.”
“gi siap-siap..kalau lewat dapat rotan free cikgu Azri bagai.”
“tunggu saya boleh?”
“saya nak turun bawah, cepat sikit siap!” tegas Afif.
Zainul Afif  menggelengkan kepala melihat sahabat baiknya itu.Dia segera berjalan menuju ke dorm yang lain. Sebagai seorang ketua pengawas di sekolah itu, Afif bertanggungjawab untuk memantau pergerakan pelajar pada setiap pagi. Dia merupakan seorang pelajar yang berperwatakan kemas dan berdisiplin.  Begitu juga dengan Tengku afiq. Namun begitu, tengku lebih nakal jika dibandingkan dengan Afif.
“Afif, jom pergi. Dah siap dah.” Ajak Tengku sambil membetulkan tali lehernya. Mereka berjalan beriringan ke dewan. Setibanya disana, perhimpunan baru bermula. Kelihatan di pintu masuk dewan, cikgu azri dan ustaz hadi berdiri memantau pelajar.
“Afif dengan Tengku ni, kenapa lewat?” soal Ustaz Hadi.
“Kami pergi pantau asrama, ustaz.” Balas afif. Tengku segera mengangguk.
“Ada lagi pelajar kat atas asrama?” Cikgu Azri menyoal sambil memegang utuh rotan buluh miliknya.rotan itu sering digunakan untuk mendenda pelajar yang lewat.
“Tak ada dah, semua dah clear, cikgu.” Jawab Tengku pula.
“ok, bagus.pergi masuk. Dah start dah ni.” Kata ustaz hadi. Tengku dan Afif menarik nafas lega.
“Nasib baik selamat.thanks Afif.”Bisik Tengku.
“Lain kali jangan bangun lambat.” Tegur Afif juga sekadar berbisik. Tengku mengangguk sambil tersenyum. Mereka berjalan secara perlahan-lahan  menuju ke barisan MPP di belakang dewan. ******************************************************************************
“Ok, sila semak soalan di kertas peperiksaan masing-masing. Kalau tiada masalah, anda boleh mula sekarang.” Ujar cikgu Hayati. Semua pelajar di kelas itu menumpukan perhatian dalam menjawab soalan.  Tengku menggaru kepalanya. Walaupun sudah beberapa kali dia menghafal  fajta bagi subjek biologi itu, dia masih lagi tidak dapat mengingatinya.  Dia memandang sekeliling, lalu perlahan-lahan tangannya mengeluarkan sedikit buku biologi daripada bawah meja. Tengku cuba untuk membuka helaian yang mempunyai nota mengenai soalan yang sedang dihadapinya.
“Cikgu Yati, Tengku Afiq meniru. Dia tengok buku.” Spontan satu suara melaung daripada arah belakang. Tengku tersentak lalu buku biologinya terjatuh daripada laci meja.Cikgu Hayati segera mengambil buku tersebut lalu berdiri di hadapan Tengku sambil bercekak pinggang.
“Tengku Afiq ! apa ni?
“err..saya tak sempat tengok pun cikgu, baru pegang..sorry cikgu..”
“betul ke ni?”
“betul cikgu..”
“Awak nak teruskan jawab exam ke nak saya ambik terus kertas exam awak?” soal cikgu hayati garang.
“Mintak maaf cikgu, saya janji tak buat lagi.” Tengku meminta maaf sambil membuat muka sedih, sekadar menagih simpati daripada guru tersebut.
“Ok, lain kali jangan buat lagi. Thanks laila sebab beritahu. Bukan apa, kamu semua dengar sini, kalau kamu meniru, result exam tu jadi tak berkat. Cuba fikir, kamu ni dah nak SPM, cuba kalau kamu meniru masa SPM? Result spm tu la nak guna untuk masuk U, untuk kerja. Nanti bagi makan anak bini semua tak berkat. Nak macam tu?” Nasihat cikgu Yati panjang lebar. Kesemua pelajar menggelengkan kepala.
“Ha, kalau taknak, jangan meniru. Sambung jawab soalan tu. Masa tinggal setengah jam lagi.” Cikgu hayati mengakhiri tazkirah spontannya itu. Tengku segera berpaling memandang Laila ,memasamkan muka. Dari jauh, laila tersenyum sinis sambil mengangkat tangan.
“Sama-sama!” ucap laila sambil ketawa.
“Laila?” soal cikgu hayati.
“Tak cikgu, tadi cikgu cakap terima kasih dekat saya, saya balas balik.hehe.” Cikgu Hayati kembali membaca bukunya.  Laila segera menjelirkan lidah kea rah Tengku. Padan muka, siapa suruh meniru sangat.
Tengku menggenggam penumbuknya. Dia  begitu menyampah melihat Laila yang sering mencari gaduh dengannya. Laila merupakan seorang pelajar  perempuan yang nakal dan sering melanggar peraturan sekolah. Mungkin Laila ingin membalas dendam kerana Tengku telah merampas novel yang dibawanya ke kelas tempoh hari.
“Siap kau laila.” Monolog Tengku geram.
**********************************************************************************
“Apa kes tadi ? saya dengar awak kena tangkap sebab meniru?” Afif memandang tengku dengan perasaan ingin tahu.Dia memegang segelas ice blended berperisa Kopi yang dibelinya di cafe sebentar tadi. Mereka berjalan beriringan menuju ke kelas. Sekarang waktu rehat pagi, semua pelajar sedang menikmati makanan masing-masing.
“Ala, saya baru je nak bukak,pastu ada la nenek kebayan sorang tu report dekat cikgu.”
“Laila ke?”
“nenek kebayan tu la. Geram betul. Nak balas dendam sebab kita rampas dia punya novel minggu lepas agaknya.”
“haha..boleh pulak macam tu.”
“betul la, lagipun daripada form 1 sampai form 5 ni, dia selalu cari pasal dengan saya.geram betul.”
“Ala, geram-geram pun, dia jugak yang awak suka kan? Bukan ke awak dah lama suka laila?”
“memang la suka.Muka cantik, neelofa pun kalah kalau nak bandingkan dengan laila tu. Tapi masalahnya perangai kasar macam lelaki.macam nenek kebayan.” Rungut tengku. Dia membetulkan spek yang dipakai.
“Tengku, tu nenek kebayan awak tu.Dia tengah jalan dengan afaf tu.” Ujar Afif sembil menunjuk kearah Laila dan Afaf yang  sedang menuju kearah mereka.
“amboi, padahal nampak afaf je tu.haha..afif, pinjam air awak jap.nanti saya ganti balik.” Tengku segera mengambil ice blended daripada tangan Afif. Muncul satu rancangan jahat di mindanya.
“Ehem, laila..jap,berhenti la jap.” Tengku menahan laila daripada melepasi mereka.
“ha,kau apa hal?” Tengking laila . Afaf hanya berdiri di sebelahnya sambil memandang ke arah afif. Dia membuat muka penuh tanda tanya. Afif hanya mengangkat bahu. Dia sendiri tidak tahu apa rencana rakannya itu.
“Rilek la.garang macam nenek kebayan. Thanks tadi tau, aku nak belanja kau ice blended ni. Nak tak? Pelawa tengku sambil tersengeh.
“Boleh jugak. Bak duit.” Laila menjawab spontan.
“Apa pulak duitnya, nah, amek ni!” Tengku membuka penutup gelas lalu mencurahkan ice blended itu ke tudung Laila.
“What the! Hoi mangkuk!” jerit Laila sambil menepis air yang membasahi tudungnya. Afaf dan Afif hanya berdiri kaku, hanya melihat gelagat sahabat mereka sambil menggelengkan kepala.
“alolo, kesiannya..tudung basah ea?meh aku tolong keringkan ye?” Tengku mengambil segenggam tanah lalu melemparkan tanah itu ke tudung Laila yang dibasahi ice blended sebentar tadi. Habis hitam tudung putih yang dipakainya. Laila mendengus geram. Dia mengangkat tangan, cuba melayangkan penumbuk ke arah Tengku namun Tengku terlebih dahulu melarikan diri sambil ketawa.
“Serve you rights! Nenek kebayan.” Jerit Tengku.Afif menepuk dahinya lalu berjalan mengekori tengku.
“Laila, awak okay?” Tanya Afaf.Dia sendiri pening melihat perangai kedua-dua sahabatnya yang langsung tidak matured itu.
“okay,tapi..tudung ni la.geram betul.” Laila memegang bahagian tudung sekolahnya yang kotor itu. Bau kopi kuat begitu menyakitkan hidung.Tambahan pula, laila memang tak suka kopi.
“kenapa korang suka gaduh? Laila..bukan ke awak suka tengku tu?” usik Afaf.
“Ntah la mamat tu..muka hensem, tapi perangai..afaf ! yang suka tu senyap dah la, kalau tak saya beritahu satu sekolah ni yang awak suka afif !” gertak laila.
“amboi..pandai ugut kita ye?”
“Haha..tau pun takut.” Laila ketawa melihat muka afaf yang merona merah dek usikannya sebentar tadi.
“Takpe la, awak pergi naik dorm dulu, tukar tudung. Saya tunggu kat bawah.sempat lagi ni, ada 20 minit lagi. Ujar Afaf perlahan.
“Ok. Thanks afaf.” Ujar Laila tersenyum.namun di hatinya masih membara marah.
**********************************************************************************
“Afaf, sekarang dah pukul berapa?” soal laila.
“Dah pukul 6 petang. Kenapa?Jom gi makan.” Afaf menyimpan bola tampar yang digunakan di dalam stor sukan.
“Jap la, saya tunggu abang saya ni.” Kata Laila sambil memandang ke arah pintu masuk.Tidak lama kemudian, sebuah kereta Myvi masuk lalu berhenti betul-betu di tempat Laila berdiri.
Daripada kereta itu, keluar seorang lelaki yang kacak berkaca mata sambil memegang satu kotak yang berbalut seperti kotak kek. Laila segera mengambil kotak tersebut lalu diletakkan ke atas bangku di wakaf itu.
“Adik nak buat apa dengan benda tu?” soal abangnya. Dia sendiri berasa aneh apabila laila menelefonnya tengah hari tadi semata-mata meminta membawanya benda itu. Memang tak masuk akal. Ada la tu rancangan nakal yang dia laksanakan.
“Ada laa, thanks abang ayie. Nanti adik belanja abang ok?” Ujar Laila manja. Di sekolah,perwatakan laila kasar sekali namun di rumah,laila berubah menjadi seorang anak yang begitu manja.oleh kerana dia anak bongsu daripada dua beradik, dia begitu rapat dengan abangnya itu.
“ye la. Abang pergi dulu tau, dah janji dengan kak Epa nak bawak dia dengan Danish dan Dania keluar makan dekat Marry brown malam ni.”
“Alaa, kenapa tak bawak terus kfc ke apa untuk laila tadi?”
“Abang lupa la sayang, esok lusa abang belanja ok?”
“ok laa..”
“jangan merajuk laa. Tak cantik muncung mulut macam tu, macam itik je. Abang pergi dulu ye?”
“ok bang, take care.” Laila segera bersalaman dengan abangnya. Abang Ayie memang sporting. Walaupun sibuk menguruskan klinik sendiri,namun dia sering memenuhi segala permintaan adiknya yang seorang itu. Ayie melemparkan senyum kepada Afaf,lalu berlalu pergi daripada situ.
“Apa tu Laila?” soal afaf.
“Hadiah untuk Tengku. Awak boleh tolong saya tak?” tanya Laila sambil tersenyum.
“tolong apa?”
“meh nak bisik..hehe..”
Usai prep malam, semua pelajar pulang ke dorm masing-masing. Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Afif berjalan masuk ke dorm Tengku sambil membawa satu kotak besar yang berbalut cantik.
“Tengku, ni ada hadiah untuk awak.” Ujarnya sambil menghulurkan kotak itu kepada tengku. Tengku segera menyambut kotak tersebut.
“Sape bagi ni afif?”dia menyoal sambil meletakkan kotak tersebut di tengah-tengah bilik.
“Tak tau la, afaf cakap orang yang bagi tu minat awak. Dia suruh rahsiakan.”
“Amboi, macam tu sekali. Apa benda ni agaknya? Kek ke?”
“entah, bukak je la.”

Afif dan beberapa orang lagi penghuni bilik tersebut memerhatikan tengku yang sedang membuka kotak itu dengan penuh tanda tanya. Kotak berwarna biru yang diikat dengan reben cantik berwarna kuning keemasan itu memang begitu memukau sesiapa sahaja yang memandangnya.

Tengku membuka kotak itu perlahan-lahan. Apabila kotak dibuka, aroma segar terus tersebar menusuk rongga hidung. Kesemua yang ada disitu ketawa terbahak-bahak, termasuklah afif.
“kenapa best sangat ni hadiah awak tengku?” Ujar afif sambil menekup hidungnya menggunakan tangan. Wajah tengku merona merah menahan malu. Dia melihat ada satu kad pink di tepi ‘kek’ tersebut.

salam sayang-Laila”

“Tak guna punya nenek kebayan!!” jerit tengku lalu melemparkan kotak itu menerusi tingkap. Kelihatan kotak itu dan seisinya jatuh di luar pagar berhampiran.

“rilek tengku,rilek..banyakkan bersabar.” Ujar Afif sambil tersengih.  Entah dari mana laila dapat  tahi lembu sebanyak itu , dia sendiri pun tak tahu.

No comments:

Post a Comment