Sunday, July 28, 2013

Nota Cinta

 “Arifah, sekarang pilih siapa yang awak nak untuk jawab soalan seterusnya.” Ujar cikgu suhaila. Subjek matematik tingkatan empat kelihatan lebih mencabar daripada tahun yang sebelumnya. Arifah memandang sekeliling. Sebagai seorang pelajar baru di sekolah itu, dia kurang mengenali rakan-rakan sekelasnya.
“Afaf..” ujarnya ringkas.
“Lelaki la pulak. Tadi kan dah perempuan. Cepat pilih lelaki sorang.” Jawab cikgu Suhaila.
“Hayi.” Nama lelaki yang dikenalinya melalui majalah sekolah itu disebut tanpa ragu-ragu. Kebetulan rakannya di sekolah lama dahulu telah memperkenalkan bakal rakannya di sekolah yang baru ini melalui majalah sekolah,tambahan pula, Arifah hanya mengecam Hayi yang duduk di hadapannya. Seisi kelas berasa aneh kerana apabila dia menyebut nama itu.
“Ehemm..Ayie tu..” kedengaran suara budak-budak lelaki yang lain mengusik.
“Okay dah,,Arifah boleh duduk.Hayi, jawab soalan seterusnya.” Ujar cikgu Suhaila, mengubah angin agar tidak menjadi taufan.
Usai kelas, beberapa orang pelajar perempuan mendekatinya. Masing-masing tersenyum penuh makna.
“Epa! Macam mana awak boleh kenal Ayie? Ada apa-apa ke?” ujar mereka.
“Mana ada, saya kenal melalui majalah sekolah kawan saya dulu. Kawan saya tu kawan kepada Ayie. Kenal sikit-sikit , alaa, sekadar cam muka je lah.” Ujar Epa malu-malu.
Arifah segera melangkah keluar daripada kelas melalui pintu masuk belakang. Sekarang waktu rehat, jadi dia ingin menuju ke dewan makan bersama-sama rakan sekelasnya.
“Ehh!” ujarnya apabila dia hampir dirempuh oleh satu susuk tubuh yang tidak dikenali di pintu hadapan. Lelaki itu segera berpaling menghadapnya.
“Arifah, sorry2!” Ujar Ayie lalu segera tunduk. Epa menggeleng lalu segera pergi dari situ.
“Epaaa! First day dah macam tu. so sweet !” Usik Raja Najihah, sambil mengerling ke arah Ayie yang berada di muka pintu. Ayie segera melangkah masuk kembali ke kelas, cuba menahan jantung daripada tercabut.
“buat malu je. Aishh..” monolog hatinya. Dia mengintai Arifah melalui tingkap. Namun kelibat gadis baru itu sudah tidak kelihatan.
“Ayie! Intai sape tu haa?” usik tengku sambil ketawa.
“Takde sape, intai Teacher Ramlah, lepas ni kan masa dia.” Ujar Ayie lalu dia segera mengambil tempat di kerusinya smabil mengeluarkan buku teks kimia.
“Elehh, ye la tu..padahal dia intai budak baru tu.” Tengku kembali mengusik.
“Mana ada, tak payah nak pandai-pandai sangatlah Tengku.” Ayie membuat muka protes, seumpama malu tapi mahu.
****************************************************************************
“itu first time saya kenal dia, Kak Hana. Orang kata, dari mata turun ke hati.  Lagipun, saya tak pernah suka pada sesiapa sebelum ni, bila hadirnya dia, saya rasa lain.” Tutur Ayie mesra. Farhana mencatat setiap bait yang dilafazkan oleh ayie menerusi mata pena. Novelis muda itu seakan dapat menyelami hakikat sebuah cerita yang sedang di rungkaikan oleh pemilik cerita itu sendiri.
“Rasa macam mana?” Soal farhana kembali.
“Rasa bahawa dia jodoh saya.”  Ayie tersenyum, lalu dia tertunduk malu.
“Bagusnya. Kak Hana masih ingat saat baru kenal awak, masa tu kak Hana dah kenal Epa.sebab Epa kan satu group Quran bawah halaqah Kak Hana.” Ujar Farhana ceria. Lantas memori belasan tahun yang lampau tersingkap kembali.
“eh, awak bukan budak debat kan?” Ujar guru muda itu ke arah seorang remaja lelaki yang lengkap berpakaian jubah putih dan kopiah.
“Bukan, tapi saya tak exam lagi math, saya ada hal pagi tadi. So cikgu Suhaila suruh saya exam sekali dengan budak-budak debat. Boleh Kak Hana?” Ujarnya sambil menjelaskan situasi yang sebenar.
“Oh, takde masalah la kalau macam tu. tapi awak kena ikut saya pergi bilik guru ambil soalan extra, sebab saya amek cukup-cukup untuk budak debat je ni. Nah , tolong bawak beg laptop saya, boleh?” Farhana menghulurkan beg laptop miliknya kepada Ayie.
“Beratnya, kenapa tengok akak ni bawak tadi tak nampak pun macam berat.” Komen Ayie dalam hatinya.
“Kenapa?” soal Farhana tiba-tiba.
“Eh takde apa kak. Hehe.” Ayie tersengeh sambil mengekori ex-seniornya itu ke bilik mesyuarat.
“Okay, masa tinggal dua minit. Dah pukul 12 malam dah ni. Hantar lah, Kak Hana nak balik pulak ni.” Ujar Farhana sambil meraup muka. Sudah pasti dia berasa mengantuk kerana terpaksa berjaga sedari pagi sehingga ke lewat malam.
“Tengku, Amir, Zainul..siap dah? Soalnya pendek.
“Dah, jap Kak Hana, nak check.”ujar Tengku. Zainul dan Amir hanya mengangguk.
“Raja, dengan awak , yang pakai spek tu, dah siap?”
“Dah, tapi kak hana, raja tidur.” Ayie menjawab smbil menggoncang bahu Raja Haris.
“Bangun laa Raja, kunci dekat sini kang.” Seloroh Farhana.
“Jap, awak nama apa ea? Macam pernah nampak laa.” Farhan atiba-tiba bersuara sambil memandang Ayie.
“saya? Ayie.”
“Awak ada kakak ke kat sini?”
“takde, kenapa kak hana?”
“macam pernah nampak laa awak ni.”
“Kak cuba tengok elok-elok muka ayie ni, ada serupa dengan seseorang budak form 4 ni. Bakal isteri dia.” Raja menambah, cuba mengusik Ayie. Farhana merenung wajah Ayie.
“Muka awak macam epa kan?” Getus Kak Hana sambil tersenyum.
“Tepat dah tu, bijak kak.” Ucap  Zainul. Raja dan tengku ketawa sambil memandang ke arah Ayie.Ayie menutup mukanya menggunakan kopiah.
“Mana ada lah kak, kebetulan je tu.” Ujarnya menutup malu. Lantas mereka berenam berjalan beriringan menuju ke koridor. Tiba-tiba Farhana ketawa.
“Kak okay tak ni? Tiba-tiba je ketawa.” Tegur Amir.
“Ok..tapi ayie ni, kenapa jalan sama je macam epa? Awak ni sebijik macam epa lah!” Farhana bersuara dalam tawa.
“memang dah, suami isteri haruslah sama kak, akak ni buat-buat tanya pulak.” Raja menyindir, sekadar menghangatkan suasana.
“Ala, kak  Hana tanya je lah.” Farhana mencebik. Ayie ketawa gembira. Serentak dengan itu, Amir segera bersuara.
“Kak, apa yang bertenggek dekat tangki air tu? macam tengah lambai dekat akak je!” Ujar Amir sambil menunding jari ke arah tangki air. Farhana segera berpaling sambil menutup telinganya.
“Amir!!!!”

***************************************************************************
 “Ayie, ingat tak lagi masa kita berlatih forum dulu, yang Epa masuk pidato tu?” Kak Hana kembali menyoal.
“Ingat, kenapa?”
“Ingat tak yang akak ajak awak dengan dia amek gambar sekali tu?”
“hehe..mestilah ingat. Semangat saya suruh zainul dengan Tengku tunggu saya.” Ujar Ayie sambil mengembungkan pipinya.
“Ala, tak payah nak buat muka cute sangat la Ayie!” Ujar Kak Hana sambil ketawa. Ayie cuba mengingati kembali saat itu.
Selesai latihan forum, kesemua peserta mengemaskan barang masing-maisng sebelum menuju ke dewan makan untuk minum malam. Kak Hana yang kebetulannya sedang mengambil gambar bersama-sama pelajar perempuan dengan menggunakan webcam miliknya segera memanggil Ayie.
“Ayie meh laa..Epa ajak amek gambar sekali!” Laung kak Hana kepada Ayie yang berada di muka pintu.
“Tengku, tunggu aku jap.” Bisik Ayie kepada tengku. Tengku segera mengambil beg Ayie lalu berjalan menghampiri Zainul.
Usai Ayie, Kak Hana dan Epa mengambil gambar, Raja, yati, nik dan ila yang melihat gambar itu segera ketawa.
“Epaaa! Sweetnya awak dengan ayie.” Ujar yati.
“ohmaii ohmaii..sweetnyaa!” tambah raja sambil mencubit pipi epa. Ayie sudah terlebih dahulu berlari mengejar zainul dan Tengku.
“apa laa raja ni, apa yang sweet ntah.” Ujar Arifah sambil mengawal agar tidak tersenyum.
“Kak Hana nak simpan, nanti korang kawen, akak nak bagi gambar ni. Haha~” Kak Hana mengusik. Merah padam muka Arifah dibuatnya.
Farhana segera mencoretkan memori itu ke atas helaian kertas yang dipegangnya. Lantas dia kembali memandang wajah Ayie sambil tersenyum.
“Kak Hana sendiri rindu semua kenangan tu..best kan?”
“ya.” Ayie mengangguk. Hatinya sebak, kerana rindukan kenangan silam yang tidak akan pernah pudar walau dihanyut arus dan zaman. Dia membetulkan kaca matanya.
“Saya ingat lagi, masa dekat-dekat nak raya. Masa lepas SEM tu. Kan Kak Hana datang sekolah. Pastu masa kak balik, kak ingat tak lagi yang saya cerita dekat akak tu?”
“urm, yang awak cakap awak takut Epa tak suka awak. Awak takut bertepuk sebelah tangan kan?”
“aah, yang saya cakap dekat akak, mulai sabtu tu saya nak berubah.entah kenapa, memang saya rasa sedih sangat masa tu”
“awak cakap awak down tu kan?akak ingat laa, masa tu panjang lebar akak cuba bagi motivasi dekat awak. Nasib baik awak boleh hadam motivasi tu.risau jugak akak kalau doktor ni putus asa.” Farhana mengusik Ayie yang sedari tadi asyik tersenyum.
“mana ada laa kak, akak memang pakar motivasi terbaik lah!” selorohnya. Lalu mereka ketawa bersama-sama.
“Akak ingat lagi yang awak mimpi beri khutbah tu. Maknanya Allah masih lagi beri peringatan kepada awak, agar jadi hambaNya yang bertaqwa.”
“Betul tu kak..saya ingat lagi lepas tu, saya datang sekolah dengan niat yang baru. Nak jadi orang yang hebat, mukmin yang hebat akhlak dan Qurannya.”
“Mantaplah~ pastu macam mana kisah awak lepas tu?”
“dengan Epa ke?”
“Aah..camne korang dekat sekolah?”
“macam biasa je, tak pernah bercakap face-to-face ke apa. Sampailah lepas habis SPM tu..”
“awak lamar dia ke?” seloroh kak Hana sambil membulatkan matanya. Ayie mengangguk sambil tersenyum menampakkan lesung pipinya yang manis itu.
“Tapi kitorang nikah lepas saya dah habis degree. Masa tu saya jadi doktor, terus saya masuk meminang. Alaa , kan Kak Hana sendiri datang dengan suami kak hana masa wedding kitorang tu.”
“Aah, ye laa. Akak tak lupa. Sweet la korang..macam budak-budak kecik je.haha~” Farhana mengusik lagi.Kelihatan wajah ayie sudah merona merah.
“Alaa, akak ni..”
“Gurau je la.tapi comel apa~haha.jom lah balik, kita sambung esok pulak.” Farhana segera menyimpan warkah-warkah yang tercatat kisah kenangan lama itu di dalam fail miliknya. Walaupun sibuk dengan kes perbicaraan di mahkamah, peguam yang bergelar novelis itu sentiasa mengisi masa lapang dengan menghasilkan karya yang dibuat hasil kisah benar sahabat-sahabatnya. Biarlah berkarya melalui hati , pasti hasilnya jua akan memikat hati.
“Haa, alang-alang. Husband kak Hana sihat?”
“Alhamdulillah sihat..ada kat rumah tu , jaga Farhan dengan Farhana.Epa,Danish dengan dania sihat?”
“Sihat ..alhamdulillah~” Ayie tersenyum.
“Zainul dengan Afaf sekarang macam mana?” Ayie kembali menyoal.
“Kak Hana dengar zainul sekarang dah jadi YB dekat besut tu. Afaf macam biasa, doktor.
“Hebat lah zainul..memang sesuai la jadi YB.Tengku?”
“Tengku accountant. Alaa, pengantin baru tu tengah honey moon dekat Istanbul la sekarang. Haha~” Ujar Kak Hana sambil ketawa.
“hebatlaa...haha.”
“Jom balik Ayie.sambung esok pulak la cetusan idea ni.” Ajak Farhana.
“orite, jom gerak sekali?”
“okay.”
Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kereta masing-masing. Dua jam masa dihabiskan bersama-sama di pejabat milik Farhana di firma guamannya itu belum cukup untuk mengimbas kembali semua kenangan mereka bersama. Tengku, Zainul, Afaf, Epa, Raja, Ila, dan lain-lain, entah apa agaknya khabar mereka sekarang. Jauh di sudut hati, Farhana rindu untuk bersua muka dengan adik-adiknya itu.
“Ayie, nanti kirim salam sayang dekat Epa dan prince and princess tu tau?” Pesan kak Hana.
“insyaAllah, kak Hana pun, send my regards to your family.” Ujarnya sambil mengenyitkan mata.
“InsyaAllah, assalamualaikum~” Farhana mengakhiri perbualan sambil menghidupkan kereta.
“Waalaikummussalam.” Ujar Ayie sambil melambaikan tangan.
Serentak dengan itu, sebuah kereta BMW dan persona hitam meluncur laju meredah lebuh raya, menuju destinasi masing-masing. Yang pasti, perbualan itu akan bersambung lagi, esok atau lusa, dan hari-hari yang berikutnya. Masih banyak kenangan yang perlu diimbas dan diimbau kembali.


Ayie tersenyum,dan gadis itu telah pun sah menjadi miliknya.

3 comments: