Wednesday, July 17, 2013

Permata yang dicari : Bab 5

Bab 5 : ANDAI ITU TAKDIRNYA

“Kak Hana, terima kasih banyak-banyak. Saya memang terhutang budi dengan akak. Hanya Allah yang mampu balas semua jasa akak daripada dulu sampai sekarang.” Afif berdiri betul-betul di hadapan Farhana. Perbicaraan kes itu berjalan dengan lancar. Dia begitu bersyukur kerana bebas daripada pertuduhan tersebut.
“Sama-sama. Allah, tak ada apa laa. Memang tugas akak untuk bantu awak pun kan.Apa guna jadi peguam kalau tak dapat menegakkan keadilan?” Jawab Farhana sambil mengangkat kening.
“Memang kalau ada apa-apa kes lepas ni, saya upah kak Hana lagi. Beres?”
“No problem. Kak Hana on je. Lagi besar kes, lagi mahal la.”
“Erk..krik-krikkk.” Zainul mengangkat bahu, cuba mengusik peguamnya itu.
“Dah jumpa dia?” Kak Hana melihat kearah Afaf yang berpelukan dengan kakaknya dan Arifah di tempat duduk disisi mahkamah itu, sedang mereka berdua berdiri berhampiran dengan pintu masuk mahkamah itu.Afif menggeleng kepala, sambil turut memandang kearah Afaf.
“Kenapa?”
“Entahlah. Siapa lelaki dekat tepi dia tu kak Hana?”
“Awak tanya akak, mana lah akak tahu.”
Dari jauh, kelihatan Afaf sedang memperkenalkan syazwan kepada kakaknya. Mereka kelihatannya sedang berbual dengan mesra sekali. Afif memandang dengan satu persoalan. Siapa sebenarnya lelaki itu? Perasaan cemburu mula terbit dari dalam hatinya. Hatinya mula membara. Bukan kerana marah, tetapi kerana api cemburu melihat afaf bersama-sama lelaki itu. Dia beristighfar di dalam hati. Syaitan mula membisikkan kata-kata dusta. Mungkin afaf sudah melupakannya. “Malang nasibmu, bunga di taman sudah di sunting orang.” Afif mengetap bibir. Dia sudah tidak sanggup untuk berada di situ.
“Kak Hana, saya balik dulu.” Ujarnya lalu melangkah keluar daripada bangunan tersebut.
“Eh, taknak jumpa..” belum pun sempat Farhana menghabiskan kata-katanya, Afif sudah hilang daripada pandangannya.
“Kak Hana!!!” Afaf meluru kearah Farhana lalu memeluknya erat.
“Lamanya tak jumpa! Kak Hana sihat?”
“Alhamdulillah..Afaf? bakal doktor kita, hebatnya dia, Phd!”
“Alaa kak Hana pun hebat jugak. Kagum saya tengok Kak Hana cakap tadi. Tegas!”
“memang laa, jadi lawyer, takkan laa nak lembek pulak suara tu kan?” Farhana mengenyit mata .Dia mencubit pipi afaf. Afaf menutup mukanya dengan tangan,mengelak daripada terus dicubit.Mereka saling ketawa mesra.
“Kak Hana, mana dia?” Afaf mengintai di luar pintu masuk. Tidak kelihatan susuk tubuh insan yang dicarinya disitu.
“Dia dah balik, Afaf.” Ujar Kak Hana. Sambil memegang bahu Afaf. Kak Hana cuba mengukir senyum.
“Kenapa? saya nak jumpa dia..” bergenang air matanya mendengarkan kepemergian Afif. Sungguh dia ingin sekali berbicara dengannya. Tetapi tadi kakaknya terlebih dahulu memeluknya setelah selesai perbicaraan.
“Dia pun memang nak sangat jumpa awak.Memang dia excited sangat tadi. Tapi bila dia nampak awak mesra dengan lelaki tu, tiba-tiba je Kak Hana tengok air muka dia berubah. Terus dia balik. Akak pun tak sempat nak halang,tengok-tengok dah hilang.Siapa lelaki tu Afaf?”
“Kak Hana...” berderai air matanya. Afaf tidak mampu lagi menahan kesedihannya. Dia menangis teresak-esak. Farhana memeluk afaf, cuba untuk menenteramkan hati gadis itu.
“Afaf..jangan la nangis. Kenapa sedih sangat ni?”
“Kak Hana..lelaki tu kawan saya. Tu family dia..saya tak ada hubungan apa pun dengan syazwan tu.” Afaf menangis teresak-esak. Makin lama makin kuat. Farhana sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.
“Afaf..jangan macam ni. Jangan lah nangis. Salah faham je tu.”
“Saya nak jumpa Afif. Kenapa dia balik macam tu je. Saya tak nak dia salah anggap, Kak Hana, saya rindu dia.” Manik jernih masih lagi laju membasahi pipinya.
Farhana segera mengusap air mata yang menitis di pipi Afaf. “Sayang, dengar sini, bagi Afif masa okay? Dia baru je lepas menghadapi dugaan terbesar dalam hidup. Bagi dia masa untuk tenangkan fikiran. Esok kak Hana yakin, dia sendiri yang akan cari awak. Awak kenal Afif macam mana kan? Stop crying dear. Kami ada dengan awak dekat sini. Kak Hana akan tolong awak, okay? Farhana tersenyum. Tangisan afaf semakin reda, namun masih lagi bersisa. Dia menahan sendu. Afaf memeluk Farhana seerat-eratnya. Arifah dan kakaknya yang dari tadi hanya membiarkan Kak Farhana memujuk Afaf turut datang dan memeluk Afaf.
“Honey, what’s wrong? Are you okay?” Soal Datin Susan. Dia dan Dato’ Aziz baru sahaja selesai berbual dengan Puan Syarifah.
“I’m okay auntie.” Ujar afaf, cuba untuk senyum.
“Why are you crying?” Soal datin susan lagi.
“She miss us, thats why she’s crying.” Afaf Syahira berseloroh. Farhana dan Arifah ketawa mendengarnya.
“Oh, so sweet..”Ujar Datin susan, terharu.
***************************************************************************
Usai solat Isyak, Afif kembali mengadap laptopnya. Dia kembali menyambung novel yang sudah separuh siap itu. Hatinya kembali sayu mengingatkan perbualan mesra antara lelaki yang tidak dikenalinya itu dengan afaf siang tadi. Jika benar bunga di taman sudah di sunting orang, apalah gunanya segala yang dilakukan sebelum ini? Perlukah dia terus menyiapkan novel ini jika cinta hati sudah mustahil untuk menjadi miliknya.
“Sudah lama kita tidak bersua,
Dan hari ini, Apa yang ditunggu-tunggu selama sembilan tahun muncul jua akhirnya. Rindu di hati sudah terubat dengan hanya melihat wajahmu wahai bidadariku. Ingin sekali ku tatap wajahmu yang sentiasa mendamaikan hatiku. Namun apakan daya, Kelihatannya bunga di taman sudah disambar orang. Aku redha dan pasrah, andai itu takdirnya, aku rela.walau pahit, walau hati ini terseksa”
Kali ini, air matanya menitis lagi. Dalam sedar, dia melepaskan segala kesedihan di hati. Mungkin ini petunjuk daripada Allah . Mungkin dia lalai dalam mengejar cinta selama ini. Afif membiarkan sahaja air matanya membasahi pipi. Biarlah, air mata ini menjadi air mata yang bakal menyucikan hatinya. Dia hanya mampu berserah. Kehilangan bunga yang dicintai bukanlah bererti dia kehilangan segala-galanya. Mungkin ini pengakhiran bagi sebuah cerita. Mala mini, dia ingin membiarkan segala bebanan rindu itu pergi bersama air mata. Alunan nasyid Inteam-damba kasih itu menambahkan sayu di jiwa. Dia berzikir di dalam hatinya.
“Semakin jauh ku dari-Mu,Semakin dekat pula kau menghampiri daku,
Oh Tuhan yang maha pengasih,siapalah diriku di pandangan-Mu..
Semakin cuba ku dekati, semakin kuat pula Kau mendugai aku.
Oh,Tuhan yang maha sempurna,kerdilnya diriku dihadapan-Mu..
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu,
Sudikah kau menerima hambaMu yang hina ini..Ya  ALLAH kau maha pengampun..
Di bayangan mentari aku kealpaan,dusta dunia penuh kepura-puraan..
Di kala dini hari aku kepasrahan, mendamba jernih embun kasih sayang-Mu..
Oh Tuhan..
Andainya dihitung amalanku,belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu..
Oh Tuhan yang maha pemurah, hindari diriku dari siksa-Mu..
oh Tuhan..
Kasih sayangMu Tuhan, itulah  yang ku dambakan..dengan rahmatMu..
Ampunilah diriku...”

Afif mematikan laptopnya, lalu berbaring di atas katil. Hatinya terasa ringan sedikit selepas meluahkan beban yang terpendam kepada Yang Maha Kuasa. Benarlah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Perlahan-lahan, dia memejamkan matanya.

Puan Syarifah dan Farish menuju ke balai polis apabila dimaklumkan bahawa lelaki yang benar-benar bersalah telah ditangkap setelah dua hari kes mahkamah itu berlalu. Sungguh cekap pihak polis menjalankan tugas. Puan bersyukur kerana pembunuh itu bakal mendapat balasan yang setimpal. Semoga roh suaminya dapat bersemadi dengan aman.
Dari jauh, puan Syarifah terpandang seorang lelaki yang sudah dua hari ingin dihubunginya.Dia segera berjalan ke arah lelaki tersebut.
“Encik Afif..”
Afif berpaling menghadap Puan Syarifah.
“Encik Afif, saya nak minta maaf atas kekasaran saya dengan anak saya tempoh hari. Diharap encik sudi maafkan kami ya?” ujar Puan syarifah dengan penuh rasa bersalah.
“Tak mengapa puan, saya faham perasaan puan pada hari itu. Anggap sahaja semuanya sudah selesai. Saya tak pernah berdendam.
“Encik, maafkan saya..” Farish menghulurkan tangan untuk bersalaman lantas disambut oleh Afif. Terdetik rasa malu dalam hatinya, kerana Afif merupakan seorang lelaki yang begitu jujur dan baik, namun kerana terlalu mengikutkan perasaan tempoh hari, dia telah menumbuk lelaki yang baik itu. Afif tersenyum. Tidak ada sedikitpun dendam di dalam hatinya.
“Puan, sebenarnya, sebelum arwah meninggal, arwah abang ada sampaikan satu pesanan buat puan.” Tutur afif dengan sopan.
“Apa dia?”
“Arwah cakap yang arwah amat sayangkan puan sekeluarga.”
Puan syarifah menggenggam tangan farish. Dia begitu terharu mendengar pesanan tersebut. Dia mengucapkan terima kasih kepada Afif. Lantas, Farish memeluk ibunya itu.Dia tahu, ibunya pasti sebak mendengar kata-kata yang disampaikan oleh Afif sebentar tadi.
“Abang, kami pun sayangkan abang..bersemadilah dengan aman.semoga kita dapat berjumpa di syurga kelak.” Getus hati kecilnya.
***************************************************************************
Sebuah kereta persona hitam berhenti betul-betul dihadapan pintu pagar rumahnya.Kebetulan Afif yang baru bersiap ingin pergi berkerja segera membuka pintu pagar.  Dia kenal benar dengan kereta itu. Cermin kereta di bahagian pemandu diturunkan.
“Afif, cepat masuk dalam kereta sekarang.” Arah Farhana serius.
“Kenapa ni Kak Hana, saya nak pergi kerja ni.”
This is an order, get into my car,now!” Tegas Farhana. Riak mukanya kelihatan tegang sekali. Tanpa membantah, Afif membuka pintu di sebelah pemandu lalu duduk. Farhana segera memandu menuju ke lebuh raya.
“Kak Hana, sebenarnya ada apa ni? Akak nak bawa saya ke mana?” soal Afif. Dia merasa aneh. Kak Farhana tidak pernah berkelakuan ganjil seperti ini.
“Rilek lah, awak ingat akak nak culik awak ke?” ujar farhana sambil ketawa.
“Habis tu akak tiba-tiba je datang macam tu, dah la muka macam singa. Takut saya.memang macam nak kidnap betul ni.” Afif bercakap dengan nada yang bersungguh-sungguh. Farhana hanya ketawa mendengarnya.
“Akak nak bawak saya pergi mana?”
“Awak sayang afaf tak?”
“akak ni, orang tanya dia, dia tanya orang balik. Tak perlu saya jawab soalan akak tu, sebab akak sendiri tahu jawapannya.”
“Ha, kalau sayang, duduk diam-diam. Jangan banyak tanya. Takut tak sempat je ni.
“Kenapa akak, Afaf dah nak balik London ke?”
“Tu laa. Hari tu tak nak jumpa dia sangat.”
“Kak..bunga sudah disunting orang, takkan saya nak rampas hak orang kan?”
“Eh! Sape kata? Teruk afaf nangis lepas awak pergi tu tau tak.Dia nak sangat jumpa awak. Dia rasa serba salah sangat bila akak cakap awak jeles. Lagipun syazwan tu bukan suami dia la.Tu kawan dia je.”
“Betul ke ni kak?  Afaf nangis? Ya Allah, rasa bersalahnya saya. Habis tu saya nak buat apa ni kak?” soal afif. Timbul rasa bersalah dalam hatinya. Sang bidadari telah menangis kerananya.Sungguh, dia merasa bersalah yang teramat.
“Senang je, duduk diam-diam ye.” Ujar Farhana tersenyum sinis lalu dia menukar  gear, menambahkan kelajuan kereta.Keretanya meluncur dengan amat laju di atas lebuh raya itu.
“Kak Hana!!! Akak nak drift ke apa laju sangat ni?”
“Ya  Allah, semoga aku tak terlambat.”  Farhana bermonolog di dalam hatinya,membiarkan persoalan afif  kosong tidak terjawab.Yang pasti, apa yang dilakukannya ini adalah demi kebaikan Afif juga.
Pada masa yang sama, di rumah Afaf syahira, ibu bapanya yang datang daripada Terengganu dua hari yang lalu, semata-mata untuk bertemu dengan Afaf syazwani sedang sibuk melayan tetamu di rumah itu. Afaf menjemput Datin susan sekeluarga menikmati hidangan yang disediakan.
“Sebenarnya, kami datang ni bukan hanya sekadar melawat saudara saya. Kami sebenarnya ada hajat yang lebih besar.” Ujar Datin susan.
“Apa hajatnya?Besar sangat nampaknya tu.” Tanya Encik Satmi, sekadar mengusik. Dato’ Aziz ketawa sambil memandang wajah isterinya.
“Sebenarnya kami berkenan sangat dekat syazwani. Kalau boleh, kami nak menyunting bunga di taman, untuk dijadikan penyeri hati kepada anak tunggal kami ni. Boleh ke kiranya kami ingin melamar  syazwani untuk syazwan ?” Jelas Datin susan, sambil tersenyum memandang anak teruna yang amat disayanginya itu. Syazwan tertunduk malu.
Afaf terkejut mendengar penjelasan Datin susan sebentar tadi. Dia tidak menyangka, secepat ini mereka ingin melamarnya.
“Kami tak kisah, terpulang pada tuan empunya badan untuk membuat pilihan sama ada setuju atau tidak,kan abang? “ Ujar ibu afaf.
“Ya , betul tu. tanya tuan empunya diri tu ha.” Bapa afaf menyahut.
“So wani, how?” Datin susan menyoal kembali.
“saya..urm..” Sukar untuk Afaf melafazkan kata. Dia cuba untuk mengumpul semangat. Ini satu-satunya peluang yang ada.  Afaf tidak ingin mempersiakan peluang yang diperolehinya itu.  Dia melemparkan senyuman kepada Datin Susan.
“Mana kak Hana ni...” getus Afaf syahira. Dia mengetahui tujuan kedatangan Datin susan sekeluarga setelah mendengar perbualan antara datin susan dengan Syazwan di mahkamah tempoh hari. Oleh itu, dia berpakat dengan Kak hana untuk menyelamatkan keadaan sebelum segala-galanya terlambat. Tapi dengan reaksi Afaf syazwani yang bersahaja, seakan-akan menerima lamaran tersebut. Afaf Syahira berasa risau. Kenapa secepat ini Adiknya itu berubah angin?
“Ting tong...”
“Assalamualaikum...”
Kedengaran suara perempuan memberi salam.  Afaf syazwani segera membuka pintu. Hatinya kembali berbunga melihat insan yang berdiri di belakang kak Hana.  Lalu kak Hana member isyarat kepada Afif untuk masuk ke dalam rumah terlebih dahulu.
“Auntie,uncle, syaz.. inilah lelaki yang wani maksudkan..dia lah lelaki yang wani nantikan.”
Afif yang tidak tahu menahu akan apa yang berlaku hanya berdiri kaku sambil memberi salam. Semua mata tertumpu kepadanya. Dia bersalaman dengan Encik satmi, Dato’ Aziz dan syazwan.
“Tak mengapa lah,kalau itu keputusan Wani, Auntie tak kisah. Kami hormati keputusan Wani.So, Wani nak ikut kami balik ke London atau tak?” Soal Datin susan, cuba menyembunyikan kekecewaannya.
“Mungkin tak auntie, wani nak stay dulu dekat sini. Terima kasih auntie.”
“Kalau macam tu, kami minta diri dulu lah ya? Sebab kami punya flight malam ni. Nak singgah di rumah adik uncle dulu di serdang. Jumpa di sana la nanti ya?” ujar Dato’ Aziz.
“Baiklah, hati-hati auntie, uncle..” Ucap Afaf. Mereka saling bersalaman. Sebelum meninggalkan rumah itu, Syazwan bersalaman dengan Afif.
“Bro, jaga wani baik-baik. I know you’re the right man for her.” Bisiknya.
“No worry, I’ll take care of her, better than I take care of myself.” Balas Afif.
Syazwan tersenyum, lalu melambaikan tangan kepada Afaf.
“Take care rose..” hatinya berbisik.
“Jadi, ini lah zainul afif ya?” soal Encik Satmi. Sambil menepuk bahu bakal menantunya itu.
“Ya saya.” ujarnya tersenyum.
“Welcome to the family!” ujar Encik satmi sambil tersenyum memandang afif. Afaf tersipu malu. Hatinya berasa amat gembira. “Alhamdulillah..” monolog si bidadari di hadapan puteranya.
“Kalau macam tu, apa kata kita percepatkan tarikh perkahwinan kamu berdua. Apa pendapat kamu afif?” Ujar ibu Afaf gembira.
“Eh, biar betul ni makcik?” Afif seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Adakah dia sedang bermimpi?
“Betul la..benda baik haruslah disegerakan. Next week nikah, lepas tu Afif hantar Afaf pergi London, boleh? Afaf  tu kena belajar lagi. Dia mana habis lagi Phd tu afif oi.” Ujar bapa afaf dengan bersemangat.
“Kalau macam tu kata pakcik, saya ikut je. Lagipun saya memang dah bersedia untuk bernikah.”
“Amboi..semangat..” Usik Afaf syahirah, sambil mengenyitkan mata kepada Kak Hana.
“Tak nak ucap terima kasih dekat kami ke? Kak hana pecut laju tau takut laa bunga terlepas di tangan orang.” Ujar Kak  Hana mengusik.
“Terima kasih kak ira, Kak Hana..kak Hana boleh jadi pemandu Formula one dah ni. Laju betul drift tadi. Kecut perut saya.” Seloroh Afif. Kak Hana mencebik lalu ketawa.
“Ha, so get ready lah ya afif? Afaf setuju dari tadi lagi tu.” soal Encik Satmi kembali.
“Baiklah makcik, pakcik..” jawab afif sambil tersenyum.
“Apa kata pakcik makcik tu, cuba tukar kepada mak dan ayah?” usik Kak Ira.
“baiklah, mak, ayah..” sahut Afif. Semua yang ada disitu ketawa bahagia. Yang paling bahagia pastilah afaf dan afif. Segala penantian sebelum ini tidak sia-sia. Mereka bakal diijabkabulkan dalam masa terdekat. Alangkah bahagianya hati Afif. Setiap dugaan yang berlaku ada hikmahnya.Ini lah hikmah buat dirinya. Dia melemparkan senyuman kepada afaf  lalu afaf tertunduk malu.
***************************************************************************
“Aku nikah akan dikau, zainul afif dengan Afaf syazwani dengan mas kahwin sebanyak sembilan ribu ringgit,tunai.”
“Aku terima nikahnya Afaf  Syazwani dengan mas kahwin sebanyak  sembilan ribu ringgit, tunai.”
“Sah?”
“sah-sah”
“Alhamdulillah..”
“Mabrook ya syeikh..”

“Barakallahulakuma~”

No comments:

Post a Comment