Wednesday, July 17, 2013

Permata yang Dicari : Bab 3

Bab 3 : Allah uji tanda Allah sayang
                                 

“Okay, class is dismiss” Ucap Afif lalu mengemaskan failnya.Kuliahnya pada hari ini tamat pada pukul 4 petang. Afif melangkah menuju ke kereta untuk pulang ke rumah.Masih tergiang-giang di telinganya suara Kak Ira yang memberitahu bahawa Afaf dipukul di London ketika ingin menyelamatkan orang. Sungguh walaupun Afaf seorang yang berperwatakan lembut tetapi dia seorang yang tegas.Afif tersenyum sendirian apabila memikirkan yang Afaf telah mempunyai tali pinggang hitam dalam taekwando manakala dirinya tali pinggang kuning pun tiada.
“Prof ! nak balik dah ke?” tegur Professor Azman, rakan sejawatannya.
“Eh,abang, ingat nak balik rumah terus ni. Kenapa?” Afif menjawab sambil membuka kunci keretanya.
“Jom keluar makan dulu nak? Aku belanja dekat Restoran Angsana. Lama dah tak borak dengan kau.”
“boleh jugak tu, jom lah.” Ucap Afif lalu mereka menaiki kereta masing-masing menuju ke tempat yang dijanjikan.
Setibanya di sana, mereka mengambil tempat di bahagian tepi kiri restoran.Lebih selesa untuk berbual daripada berada di meja tengah.
“Apa khabar anak bini abang?” soal Afif membuka bicara.
“Sihat. Kau pulak macam mana? Bila nak kahwin?” Azman kembali menyoal. Dia menghirup air kopi yang dipesan sebentar tadi.
Afif tunduk sambil mengacau air kopi di dalam cawan. Lalu dia mengangkat mukanya, memandang Azman sambil tersenyum.
“Entahla abang, kalau dah sampai masanya nanti,saya nikah la.”
“Dah ada calon?”
“Dah, orang Terengganu.”
“Oh dekat la macam tu, kau Kelantan kan Afif. Sebelah je la ye.” Usik Prof Azman.
“Dekat la nampaknya, kalau jodoh saya dengan dia,insyaAllah.”
“Aku nampak kau macam susah hati je ni, kenapa?”
“takde la abang man, saya risaukan future wife saya tu la. Dia ada dekat London sekarang ni.Baru lepas keluar hospital sebab kena pukul time nak selamatkan orang.”
“Laa..dia kerja polis ke kat London tu?
“ish, mana ada la, dia tengah belajar, course perubatan. Masa tu dia nak selamatkan ada orang kena belasah ni. Lepas tu dia pulak kena pukul.Kakak dia yang call beritahu saya semua ni.”
“macam tu, dah ok ke belum?”
“dah, tapi saya ingat nak pergi lawat dia la man.apa pendapat abang?”
“pergi lah, tak ada masalah pun kalau kau nak pergi lawat dia kat sana tu.”
“tapi saya dah sembilan tahun tak jumpa dia.”
“lamanya afif.tapi Kau pergi je la. Nampak kesungguhan kau ambil berat pada dia.bila plan nak pergi sana?”
“Mungkin minggu depan, insyaAllah. Tapi saya belum beli tiket flight lagi la.”
“Alah, yang tu tak ada masalahnya lah.haha.rindu isteri la tu.” ujar Azman sambil ketawa. Dia tahu bahawa sahabatnya yang dianggap seperti adik sendiri itu sedang menanggung rindu.Lagipun, mestilah dia faham perasaan Afif kerana dia sendiri telah berumah tangga.Kalau ditinggalnya isteri selama sehari pun sudah menggunung rindu, apatah lagi sembilan tahun.
Usai makan, Afif dan Azman berjalan menuju ke kereta untuk pulang. Semasa Azman ingin membuka pintu keretanya, tiba-tiba datang seorang lelaki lalu menghampiri Azman.
“Ya Encik ada apa?” soal Azman apabila melihat lelaki itu merapatinya. Afif pula berdiri di sebelah pintu keretanya sambil melihat kearah lelaki itu.
Tiba-tiba lelaki yang tak dikenali itu mengeluarkan sebilah pisau lalu menikam perut azman. Darah membuak-buak keluar. Lelaki itu berlari meninggalkan azman yang jatuh terduduk di tepi keretanya sambil menahan sakit. Afif yang terkejut terus berlari mengejar lelaki itu,namun tidak Berjaya kerana lelaki itu terlebih dahulu pantas menyelinap di lorong belakang kedai. Afif berlari kembali ke kereta untuk menolong azman.
“Allahurabbi, Afif ! tolong aku Afif.” Ujar azman sambil darahnya membuak-buak keluar.
“Bertahan abang man, bertahan, saya akan bawa abang ke hospital.” Ujar Afif sambil memangku kepala azman, dia memegang pisau yang terpacak di perut sahabatnya itu.Azman kelihatan semakin sukar untuk bernafas.
“bertahan abang, mengucap..”  
“tolong..kalau aku mati..tolong beritahu anak dengan isteri aku afif..yang aku..sayang diorang..”
“Abang jangan cakap macam tu, mengucap abang, bertahan..”
Namun apakan daya, belum sempat Afif mengangkat azman masuk ke dalam kereta, sahabatnya itu telah pun meninggal dunia di ribanya.
“Innalillahiwa inna ilaihi rajiun..abang azman” Ucap afif perlahan , penuh sayu. Dia tidak menyangka semua ini akan berlaku dengan sekelip mata. Orang awan yang kebetulan lalu di situ menelefon polis dan ambulan. Setibanya ambulan di sana, jenazah Azman dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.
Setelah memberi keterangan dibalai polis, Afif segera pulang ke rumah. Dia membasuh baju yang penuh berlumuran dengan darah itu. Di fikirannya tergiang-giang amanat akhir abang azman sebentar tadi.
“tolong..kalau aku mati..tolong beritahu anak dengan isteri aku afif..yang aku..sayang diorang..”
Dua perkara yang kini bermain di benaknya. Afaf dan abang Azman.Allahurabbi, jiwanya menjadi makin sayu, sayu menanggung rindu dan sayu dengan kehilangan insan yang disayangi umpama abang kandungnya sendiri.
********************************************************************************
“Good morning wani.” Ujar syazwan sambil tersenyum.
“Good morning syaz.” Afaf membalas senyuman. Dia baru sahaja tahu bahawa kedai bunga yang selalu dikunjunginya itu ialah milik syazwan. Entah mengapa, selepas kejadian itu, syazwan sering berada di kedai bunga milik ibunya itu.
“red roses?” soal syazwan sambil menghulurkan sejambak bunga ros segar kepada Afaf.
“ohh thank you so much..” Afaf mencium bau harum bunga ros tersebut. Memang harum sekali baunya.
“Auntie susan sihat , syaz?” soal Afaf kembali.
“Sihat, Alhamdulillah. Wani cuti kan sekarang?”
“ya, cuti dua minggu. Why?”
“Actually, mama, papa and I nak berangkat ke Malaysia sekejap lusa. Jom la ikut sekali. Pasal tiket semua jangan risau, papa uruskan.”
“Oh really? Kenapa tiba-tiba nak balik Malaysia?”
“Uncle I meninggal. Kami nak lawat keluarga uncle.” Ujar syazwan, menerangkan perkara yang berlaku.you nak ikut tak?”
“well, of course i nak, tapi I segan.”
“syazwani, mama I kan ada. You tak payah nak segan la.apa-apa hal i inform you later okay? Balik nanti kemas barang you tau, lusa dah nak pergi.” Ucap syazwan gembira. Sebenarnya selain melawat keluarga arwah pakciknya, ada agenda lain yang tersembunyi.
“Okay, see you later.kirim salam dekat dato’ dan datin ya?” ujar Afaf lalu meminta diri. Dia segan sebenarnya untuk mengikut mereka sekeluarga, tapi jauh di sudut hatinya, afaf gembira kerana dia akan bertemu dengan keluarganya di Malaysia.sudah setahun dia tidak pulang ke Malaysia sejak kali terakhir dia menjejakkan kaki di Negara tanah tumpah darahnya itu. Sejak peristiwa yang berlaku dua bulan lalu, hubungan Afaf dan family Datin susan semakin akrab. Syazwan juga sering membantunya jika dia dan sophie dalam kesusahan.Dato Aziz juga baik dengannya. Afaf melangkah sambil mencium ros yang dipegangnya. Hatinya berbunga riang. Yang pasti, kepulangannya ini akan dirahsiakan kepada keluarganya. Dia mahu membuat kejutan kepada keluarga tercinta di sana.


‘ting-tong..’ kedengaran bunyi loceng yang dipasang memenuhi segenap ruang. Siapa pula agaknya yang menekan loceng tersebut. Jam baru menunjukkan pukul 8 pagi. Kebetulan hari ini hari ahad, maka Afif mengambil peluang untuk berehat di rumah sahaja. Afif meletakkan akhbar yang dibacanya lalu membuka pintu.
“Ini encik Zainul Afif?” soal seorang lelaki yang lengkap berpakaian seragam polis.terdapat dua orang lagi anggota polis di belakangnya.
“Ya, saya zainul Afif. Ada apa yang boleh saya bantu?” soal Afif.
“Saya inspektor Razif , maafkan saya, kami perlu menahan anda, sila ikut kami ke balai.” Ujar pegawai polis tu lalu kedua-dua tangan Afif digari oleh dua pegawai polis yang berada di belakang.
“Tapi encik, apa salah saya?” Afif yang terkejut dengan tindakan lelaki itu segera menyoal.Dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku.
“Encik didapati bersalah atas tuduhan membunuh Encik Azman Zulkifli, beberapa hari lalu dengan sebilah pisau.”
“Tapi bukan saya yang bunuh dia, saya tak bersalah encik!”
“Encik boleh menjelaskannya dibalai polis, tugas kami adalah untuk menahan encik.sila ikut kami ke balai.” Ujar pegawai polis itu tegas.
Farhana termenung di biliknya. Panggilan yang diterimanya sebentar tadi begitu mengejutkan. Afif meminta pertolongannya untuk membela dirinya berkaitan dengan kes bunuh.
“Ya Allah..” monolog hatinya. Dia turut bersimpati pada nasib yang menimpa bekas anak muridnya itu. Yang pasti, dia sudah bersiap sedia untuk membantu Afif sekaligus menegakkankan keadilan. Afif tidak bersalah. Setelah mendengar apa yang diceritakan oleh afif sebentar tadi, Farhana yakin afif tidak bersalah.Dia kenal benar dengan perangai afif. Lantas Farhana mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor seseorang.
“Hello, assalamualaikum..Afaf, ni Kak Farhana.”
“Waalaikummussalam. Kak Hana! Lamanya tak dengar khabar.sihat?” ujar Afaf Syahira, teruja. Afaf syahirah merupakan kakak kepada Afaf syazwani yang kini bertugas di Kuala Lumpur sebagai seorang doktor pakar bedah.
“Alhamdulillah, awak sihat?”
“Sihat, Alhamdulillah.”
“Afaf, Kak Hana ada something nak bagitau awak ni.”
“Apa dia kak Hana?”
“Zainul..Zainul ditahan polis atas tuduhan membunuh.”
“Astarghfirullahal azim..biar betul kak Hana? Takkan la zainul sanggup bunuh orang?”
“betul ni,takkan la akak nak tipu. Tapi zainul tak bersalah.Akak yakin dia tak bersalah. Pagi tadi dia ditahan polis. Tengahari tadi dia call minta tolong akak uruskan kes dia.Esok dia akan dibicarakan di mahkamah Nilai. Sekarang dia ada dekat balai polis tu.”
“Kak Hana, saya nak pergi lawat dia. Kak Hana datang ambil saya boleh?”
“ambil dekat rumah awak ke? Husband awak bagi tak ni?”
“InsyaAllah dia bagi. Hehe..saya tak susahkan kak hana kan?”
“Ala, chill la, tak kisah pun.bersiaplah, dalam sejam lagi akak sampai.”
“thanks kak hana, love you sis.”
“love you too..assalamualaikum..”
“waalaikummussalam.
Peguam itu mencapai kot yang disangkut di almari lalu mengambil kunci kereta di dalam laci. Sebelum sempat keluar daripada rumah, dia terdetik untuk menghubungi Ayie. Lantas nombor ayie segera didail.
“Assalamualaikum.” Kedengaran suara lembut menjawab panggilan.
“waalaikummussalam, sape budak comel yang angkat ni?” Farhana turut membuat suara seperti budak kecil.
“Ni Danish..nak cakap dengan siapa?”
“alolo Danish comel..auntie hana nak cakap dengan papa. Papa ada?”
“Papa takde, mama je ada. Nah cakap dengan mama ye?”
“mama pun boleh..” ujar farhana ketawa. Dia geli hati mendengar suara comel si kecil itu.
“Assalamualaikum Kak Hana.” Suara Arifah menyapa di hujung talian.
“Waalaikummussalam epa..ayie ada?”
“Ayie tido la kak hana. Kenapa?”
“Epa, zainul kena tahan polis, sekarang dia ada dekat balai polis nilai. Ayie tak kerja hari ni kan?”
“Astarghfirullahal azim..kenapa kena tangkap kak Hana?Ayie cuti, klinik tutup hari ni.”
“Apa kata awak datang nilai? Kita lawat Zainul petang ni.Esok bicara dekat mahkamah.”
“insya Allah, sekarang jugak saya beritahu ayie.”
“Datanglah ya? Pukul lima jumpa dekat sana, suruh ayie ajak tengku sekali. Bank pun tutup ni.”
“bereh, insyaAllah.”
“ok, assalamualaikum.”
“waalaikummussalam.”

Farhana segera menghidupkan enjin kereta. Banyak destinasi yang perlu dituju. Yang pasti, tujuannya satu, untuk membantu sahabatnya yang seorang itu.

No comments:

Post a Comment