Monday, July 22, 2013

Langkah Tercipta : Bab 2

Sudah dua hari Afif menghadiri Muktamar Islam sedunia yang dihadiri oleh ramai muslimin daripada seluruh pelusuk dunia. Muktamar yang berlangsung selama tiga hari dua malam bertempat di Putrajaya International Convention Centre itu diisi dengan ceramah-ceramah agama daripada ulama’-ulama’ yang tersohor di seluruh dunia.Muktamar itu turut membincangkan tentang masalah yang dihadapi oleh umat islam dan cabaran dalam menyebarkan dakwah pada masa kini. Afif mengambil setiap ruang dan peluang yang ada untuk menimba ilmu sebanyak yang mungkin.
Setelah sesi pada waktu tengahari berakhir, Afif segera menuju ke surau yang disediakan untuk menunaikan solat zohor. Usai solat, dia duduk di belakang surau sambil termenung memikirkan masalah yang dihadapi oleh rakyatnya.
“Assalamualaikum ya akhi.” Sapa seorang lelaki sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman daripada arah belakang.
“Waalaikummussalam. Aiwah?” Afif segera menyambut salam yang dihulurkan.
“Anta malizi?” soal lelaki itu kembali. Lelaki yang tinggi berkaca-mata itu mengambil tempat di sebelah kanan Afif.
“naam.” Balas Afif sambil tersenyum.
“ana Al-Hakim.ana pun orang Malaysia.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya, turut sama tersenyum.
“ana Zainul Afif.Enta asal mana?”
“Kelantan. Enta?”
“la, sama lah. Ana Kelantan jugak. Tapi sekarang ni ana tinggal dekat Besut.”
“oh,sebenarnya ana baru balik daripada Madinah. Mengaji dekat sana. Dah Sembilan tahun tak balik Malaysia. Ni pun, baru balik. Tak sempat balik Kelantan lagi.” Ujarnya sambil tertawa kecil.
“hebat enta, enta ambik course apa dekat sana?”
“ana belajar fiqh wa usuluh. Selain tu,ana belajar qiraat dengan Sheikh Salah ibn Mohamed Al Budair selama tiga tahun.”
“Sheikh Salah, imam masjid nabawi kan?”
“ya. Eh akhi, jom pergi makan. Ana belanja. Bukan senang nak jumpa sahabat sekampung dekat Kuala Lumpur ni.” Al hakim mengajak. Ternyata walaupun baru sahaja mengenali lelaki itu, dia amat gembira dapat berkenalan dengan Afif.
“boleh juga.” Ujar Afif. Lalu, mereka bingkas bangun daripada tempat duduk masing-masing.
Baru sahaja Al-Hakim berdiri tegak, tiba-tiba dia terdengar namanya dipanggil.
“Assalamualaikum ya syeikh, imam kabir Al-Hakim!” Ucap seorang lelaki Arab lalu memeluk Al-Hakim.
“Waalaikummussalam. Syeikh Hassan. Kaifahalik ya syeikh?” Al-Hakim membalas pelukan ukhuwah daripada sahabat yang dikenalinya semasa dia melawat bumi Jordan setahun yang lalu.
“Alhamdulillah, Alhamdulillah.enta?” Ujar Syeikh Hassan sambil ketawa.
“Alhamdulillah, kheir.” Balas Al-Hakim pendek. Afif hanya memerhati daripada tepi. Tidak mahu mengganggu dua sahabat itu.
Al-Hakim memperkenalkan Afif kepada Syeikh Hassan. Setelah berbual selama lima minit, mereka meminta diri kerana dia dan Afif ingin pergi ke restoran berdekatan untuk makan tengahari.
Setelah memesan makanan dan minuman yang diingini, Afif meraup wajahnya. Hatinya tiba-tiba menjadi gelisah. Entah mengapa, hatinya sebak memikirkan perihal masalah umat Islam zaman sekarang. Di media massa sendiri dapat dilihat, manusia saling bergaduh disebabkan politik, pengaruh wahabi yang sering membidaahkan sesuatu perkara,pengaruh barat dan banyak lagi. Terbaru, isu Tabaruk yang dianggap sebagai taksub. Tambah pula dengan isu masyarakat Islam yang dihina oleh orang kafir. Yang tambah menyedihkan, sikap masyarakat melayu sendiri yang semakin terpengaruh dengan budaya songsang daripada barat.
“Syeikh, kenapa?” Al-Hakim yang menyedari perubahan emosi sahabatnya itu segera menepuk bahu Afif.
“entahlah, ana rasa sebak bila memikirkan masalah umat islam sekarang,tambah pula rakyat di bawah tanggungjawab ana di besut tu.”
“di bawah tanggungjawab? apa maksud enta?” Al-hakim memandang wajah Afif dengan penuh tanda tanya.
“Akhi, ana sebenarnya seorang ahli politik. Wakil rakyat bagi parlimen Besut.” Ujar Afif serius.
“Oh, ahli politik, yang berhormat la ni.enta dato’?”
“naam. Enta ikut perkembangan politik di Malaysia?”
“tak. Samihini, ana dengar..politik di Malaysia kotor. Enta pro kerajaan atau pembangkang?”
“Ana, kerajaan.”
“owh..”
Afif memandang wajah Al-Hakim yang sedang tunduk memandang meja. Dia membetulkan kacamata yang dipakainya.Pasti Al-Hakim tidak menyangka lelaki sepertinya rupanya ialah pro kerajaan.
“Akhi, mungkin enta rasa aneh. Sebenarnya politik Malaysia tidak kotor, Cuma manusia yang telah mengotorkannya. Ana masuk aliran ni, sebab ana nak cuba membersihkan kembali apa yang telah dikotorkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sebelum ni.Kalau bukan kita, siapa lagi kan?Kalau dibiarkan benda yang kotor, maka makin kotorlah ia.sebab tu ana nak perbetulkan apa yang telah terpesong.Kami mengamalkan konsep wasatiyyah, yang bersederhana dalam setiap hal. Begitu juga dengan amar ma’ruf nahi mungkar. Ana praktikkan semua tu, akhi. Sekarang, ana nak minta tolong enta, boleh?” Panjang lebar Afif memberi penjelasan kepada Al-Hakim. Al-Hakim tersenyum mendengar penjelasan Afif itu.
“Apa yang enta nak ana bantu enta?”
“Bantu ana selamatkan masyarakat Islam kita.”
***************************************************************************
   Afaf yang baru sahaja selesai dalam melakukan operasi pembedahan terhadap seorang pesakit jantung kini sedang berehat di dalam ruang pejabatnya. Dia menatap sekeping gambar lama yang di ambil tiga tahun lalu, di saat dia baru sahaja menikahi Afif. Dia masih ingat lagi ketika itu, dia pulang ke Malaysia daripada London kerana ingin melawat keluarga sahabatnya. Afaf menyambung pengajiannya di peringkat Phd di Oxford university, manakala Afif pula berkhidmat sebagai pensyarah undang-undang syariah di Usim,Nilai. Peristiwa yang berlaku masih segar di ingatan. Afaf tidak pernah menyesal menolak lamaran Syazwan demi Afif. Selepas berkahwin, Afif berpindah ke kampung halaman afaf dan bekerja sebagai seorang pegawai syariah di pejabat agama. Tidak lama selepas itu, dia berkecimpung di dalam dunia politik seterusnya dipilih sebagai wakil rakyat dalam kempen pilihan raya baru-baru ini. Sungguhpun begitu, Afif memang seorang suami yang menjalankan setiap amanahnya dan  juga seorang bapa yang baik. Putera sulung mereka kini sudah menginjak usia setahun setengah. Afaf tersenyum bahagia. Benarlah firman Allah,
perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang
baik untuk perempuan-perempuan yang baik.” (Surah annur,ayat 26)
Dia meletakkan kembali gambar berbingkai kaca itu ke atas meja. Lantas, Afaf mencapai kot putih miliknya lalu melangkah keluar daripada pejabat.
Pada masa yang sama, Afif dalam perjalanan menuju ke Kota bharu untuk berjumpa dengan Al-Hakim. Al-Hakim kini sedang menguruskan Maahad At-Taqwa miliknya. Maahad itu sudah pun mempunya pelajar seramai tiga ratus lima puluh orang. Sejak mengenali Al-Hakim di Muktamar Islam lima bulan yang lalu, Afif sering merujuk kepadanya jika ada masalah yang berkaitan dengan umat Islam. Mereka akan bersama-sama mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Sejak akhir-akhir ini, pelbagai program berbentuk kerohanian dianjurkan oleh Afif di daerahnya. Afif sering menjemput Al-Hakim untuk menyampaikan ceramah. Teknik penyampaian secara santai tapi berhikmah yang digunakan oleh Al-Hakim telah menarik minat orang ramai terutamanya golongan remaja untuk lebih mendalami ilmu agama. Alhamdulillah, berkat usahanya itu, sedikit demi sedikit masalah sosial dalam kalangan masyarakat semakin berkurangan.
“Assalamualaikum ustaz.” Seorang pelajar memberi salam.
“Waalaikummussalam.” Balas Al-Hakim yang sedang dalam perjalanan menuju ke bilik guru  sambil tersenyum. Dia bersalaman dengan pelajarnya itu.
“Ustaz, bila imtihan syafawi?” soal Amir yang merupakan seorang pelajar yang hafiz. Ujian Syafawi ialah ujian yang akan mengukur setakat mana seseorang pelajar itu dapat menjaga hafazannya.
“insyaAllah, lusa. Tolong maklumkan pada semua ya?”
“InsyaAllah ustaz, syukran ustaz.”
“Afwan.”
Pada masa yang sama,sebuah kereta BMW berwarna hitam datang dan berhenti betul-betul berhampiran dengannya. Al-Hakim tidak dapat mengecam pemandunya disebabkan cermin kereta yang agak gelap. Seorang lelaki keluar daripada pacuan empat roda itu. Lalu berjalan menghampiri Al-Hakim.
“Assalamualaikum syeikh!” Ucap Afif sambil tersengih.
“Waalaikummussalam, Allahurabbi, enta Afif, datang tak beritahu ana dulu.” Al-Hakim memeluk sahabatnya itu.
“Saja nak buat surprise ni. Enta free tak sekarang?”
“Insya Allah free, ada apa ya?”
“Ana nak ajak enta pergi besut. Ada program.”
“Laa, kenapa tak maklumkan awal-awal?”
“ana pun baru tahu ni. Enta boleh ikut tak? Lagipun dah lama ana tak berdiskusi dengan enta. Ana datang dari jauh ni semata-mata untuk jemput enta. Jom lah.” Pujuk Afif. Al-Hakim membetulkan serban yang dipakainya. Dia segera mengangguk.
“Aiwah, ana pergi letak buku kejap.”
“Alhamdulillah..ana tunggu dekat kereta ya?”
“baik yang berhormat Dato’..” Seloroh Al-Hakim, sekadar mengusik Afif.

“Allah syeikh..” Afif ketawa lalu berjalan menuju ke keretanya.

No comments:

Post a Comment