Wednesday, July 17, 2013

Permata yang dicari : Bab 6 (akhir)

Bab 6 : PERMATA YANG DICARI
“Hadirnya tanpa kusedari , Menggamit kasih cinta bersemi..
Hadir cinta insan padaku ini,Anugerah kurniaan ilahi..
Lembut tutur bicaranya, menarik hatiku untuk mendekatinya..
Kesopanannya memikat di hati,mendamaikan jiwaku yang resah ini.”

Afaf terharu membaca lirik lagu permata yang dicari yang digunakan Afif bagi menggambarkan dirinya. Dia membaca setiap helaian demi helaian novel yang mencatatkan segala kenangan mereka bersama. Sejak menerimanya ketika majlis pernikahan mereka beberapa bulan yang lalu, Afaf begitu gembira membacanya. Afif memang seorang novelis yang begitu pandai bermain perasaan dalam setiap penulisannya.

“Ehemm..” Kedengaran seseorang berdehem di belakang. Afaf segera berpaling. Dia tersenyum melihat wajah yang sentiasa memberi kebahagiaan di hatinya. Belahan hati pengarang jiwanya.

“Khusyuk nampaknya saudari membaca novel tersebut?” Ujar Afif sambil ketawa mengusik.

“Sudah tentu saudara, kerana ceritanya dikarang menggunakan hati. Terusik jiwa membacanya.” Afaf bermadah. Dia  kini sedang bersantai di koridor rumahnya,menghadap ke arah taman bunga yang cantik sekali.Ditemani suami yang tercinta di sisi, sungguh, dia bahagia di saat ini. Afif mengambil tempat di sisi bidadarinya.Lantas dia bersuara.

“Jika dahulu kita telah berjanji untuk setia menunggu, kini saya berjanji untuk terus setia berada di sisi awak.” Afif mengukir janji setianya kepada afaf.

“Awak, dalam banyak-banyak bunga ros kat depan tu, awak suka yang warna apa?” Afaf menutup novel yang dibacanya lalu melihat kearah Afif. Hatinya gembira mendengar ucapan suaminya sebentar tadi.

“saya tak nak bunga yang lain, saya hanya inginkan bunga di tepi saya ni. Bunga yang telah menjadi penyeri hati, bunga yang tidak akan pernah layu. Bunga yang lebih cantik daripada semua bunga ros kat depan tu.” Tutur Afif sambil memandang kearah bunga-bunga yang sedar mekar ditaman. Tidak ada satu pun yang dapat menandingi bidadari kurniaan ilahi  yang sudah sah menjadi miliknya itu. Afaf berasa amat terharu, lantas dia memandang wajah suaminya itu sambil tersenyum. Matanya sekali lagi bergenang. Lantas dia memegang tangan Afif, lalu berkata,

“Awak, biarpun cinta kita tidak sehebat cinta Adam dan Hawa’, tapi saya janji untuk setia, setia sampai syurga.


-TAMAT-



1 comment:

  1. Assalam 'alaik. Sy Fitriyyah, sy mmg suka baca2 blog & tak tahu mcm mana bole tersinggah page akak ni. Seronok baca penulisan akak, it seems real. Atau akk mmg terinspirasi dr kisah benar?? Hope to read more from you :) Btw, Salam kenal akak Farhana

    ReplyDelete